It's You- Henry
"Kita dah nak sampai kat gua tu. Ada apa-apa yang korang nak ucapkan?" soal Chanyeol dan memerhati setiap seorang ahli YEOGI.
Matanya kini tertancap pada Hana. Hana mengalihkan pandangannya kearah lain. Agak sukar untuknya memandang kearah Chanyeol.
"Boleh tak kalau kita teruskan perjalanan dan tak bercakap pasal benda macam ni?" soal Eunqa dingin. Sungguh dia bosan mendengarkan kata-kata Chanyeol tadi. Nak bagi-bagi ucapan pula. Kalau boleh mahu sahaja dia tumbuk muka Chanyeol yang seperti selipar itu. Nasib baiklah muka Luhan macam Hello Kitty kesayangannya kalau tak. Hmm.
"Arra..Kaja.." balas Chanyeol, lemah.
×××
"Kenapa kau tak cakap apa-apa tadi?" soal Minseok kepada Jungli. Jungli mengeluh perlahan.
"Nak cakap apa? Lagipun aku memang tak ada apa-apa nak bagitahu korang semua," balas Jungli acuh tak acuh.
"Ish..Cakap jelah macam 'aku sayang korang semua' or ' aku sayang kau Minseok selamanya.." tokok Minseok.
"Perlu ke aku cakap macam tu? Bila masa aku in L.O.V.E dekat kau? Gila bayang punya lelaki.." marah Jungli dan berjalan meninggalkan Minseok di belakang. Minseok kecewa dan menarik-narik rambutnya.
"Payah sangat ke kau nak cakap 'saranghae' dekat aku? Atau aku yang kena mula dulu?"
×××
"Shinka, lepas kau balik ke dunia manusia.. urm...apa kau nak buat?" soal
Kyungsoo tergagap-gagap."Mollayo. Aku tak fikir lagi. Wae?" Shinka memandang Kyungsoo dengan mata yang membulat.
"A-aku .. tak de pape lah.." balas Kyungsoo. Shinka tidak berpuas hati lalu merangkul tangan Kyungsoo dan merenungnya.
"Palli bagitahu. Aku sure kau nak bagitahu sesuatu kan? Cepat sebelum aku tumbuk kau.." ugut Shinka. Kyungsoo ketawa mendengarkan ugutan Shinka yang terlalu comel baginya.
"Mana ada apa-apa. Aku cuma nak bagitahu yang aku suka kau je.." kata Kyungsoo yang seolah-olah terpukau dengan ugutan comel Shinka tadi. Shinka serta-merta melepaskan rangkulan dan menjarakkan diri daripada Kyungsoo.
"A—apa kau cakap? Tak mungkin. Tak! Maldo andwae!" katanya dan berlari meninggalkan Kyungsoo. Kyungsoo yang tersalah sangka pula menyesal kerana terlepas cakap.
×××"Kenapa kau tak pandang aku tadi?" soal Chanyeol dingin. Hana yang sedang menebas daun-daun yang menghalang laluan merengus kasar. Mujurlah jarak diantara mereka dan ahli yang lain agak jauh..
"Suka hati aku lah. Salah ke aku tak pandang kau?" balas Hana, kasar.
"Memang salah. Aku tak suka kau buat macam tu. Hati aku sakit!" marah Chanyeol. Hana terkedu. Dia memandang Chanyeol dengan wajah yang tidak dapat ditafsirkan.
"Kenapa pulak hati kau nak sakit? Kau bukannya namjachingu aku.." Hana tersenyum sinis..
"Memang aku bukan namchin kau. Untuk pengetahuan kau, aku suka kau! Sebab tu lah hati aku sakit. Kau tak faham-faham lagi ke? Selama kita mengembara bersama ni kau masih tak faham ke?" jelas Chanyeol yang mengharapkan cinta daripada Hana.
"I don't care. Aku tak kisah langsung pasal tu. Selama ni aku cuma fokus untuk balik ke bumi aje. Apa masalah kau sampai nak jatuh cinta pada aku?" marah Hana dan mencampakkan parangnya keatas tanah. Dia berlari ke hadapan tanpa arah tuju.
Chanyeol meraup rambutnya kasar. Dia pun tak pasti macam mana, tapi perasaannya pada gadis itu jelas. Mungkin, ianya cinta pada pandang pertama?
×××
"Eunqa. Kau dah ada namjachingu ke masa dekat bumi?" tanya Luhan kerisauan. Eunqa menggeleng.
Soalan apakah ini? Dia nak pandang lelaki pun payah.
"Tak de. Kenapa?"
Luhan tersenyum.
"Kalau ada orang nak lamar kau. Kau terima tak?" tanya Luhan lagi. Eunqa mengerutkan muka.
"Kalau aku tak de perasaan kat dia. Tak kanlah aku nak terima. Eww apa lamar-lamar ni.." balas Eunqa. Saja mahu berbasa-basi dengan Luhan.. Luhan menahan sabar.
"Kau tahu tak ada orang suka kau?"
Eunqa terdiam. Dia merenung Luhan dan membuat muka bingung.
"Nugu?"
"Aku," balas Luhan sambil tersenyum.. Wajah Eunqa terus masam semasam buah mangga yang belum masak..
"Kau..suka....aku..?" Eunqa tersenyum sinis dan menampar-nampar pipi Luhan..
"Hey..sedar tak? Kau vampire, aku manusia. Nanti anak kita jadi apa? Wolf? Separuh vampire separuh manusia?" balas Eunqa. Luhan tergamam. Hatinya tergores.
×××Jongdae memegang tangan Sulli sebaik sahaja menyedari yang tiada orang lain akan memerhati mereka. Wajah Sulli tiba-tiba naik merah sebaik sahaja Jongdae menyentuh tangannya..
"Sulli-ya, kau ada suka siapa-siapa tak kat dalam kumpulan kitorang?" soal Jongdae untuk mendapatkan kepastian. Sulli terdiam.
"Entah," balasnya malu-malu. Jongdae mengangkat dahu Sulli dan mata mereka bertembung.
"Kau tahu tak..yang...aku...suka..kau?" soal Jongdae dengan suara yang menggoda. Sulli menggeleng perlahan.
"Sekarang aku dah bagitau. Jadi, maknanya kau dah tahu lah," kata Jongdse sambil tersenyum manis. Sulli turut mengukir senyuman.
"Tapi..aku tak boleh balas cinta kau Kim Jongdae.." jawab Sulli lalu melepaskan tangan Jongdae.
"Waeyo?""Sebab ada halangan diantara hubungan kita.. Aku dari bumi.. Kau dari Lyoxo.. Kau vampire dan aku manusia.. Kau ada kuasa dan aku orang biasa. Kita tak boleh bersama.." balas Sulli.
++++++
Sehun menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba untuk memberanikan dirinya..
"Seohyun.." panggilnya lembut. Seohyun berpaling dalam gerakan slow motion. Muncul lampu di belakangnya dan rambutnya mengerbang.
Sehun menggosok-gosok matanya dan tersenyum seksi.
"Seohyun..kalau aku bagitahu ni..kau jangan marah ya?"
Seohyun mengangguk.
"Neomu neomu saranghae Seo Ju Hyun.." bisik Sehun di telinga Seohyun. Seohyun kaku.. Vampire yang terkacak di mata melamar dirinya sekarang?
"Apa..kau cakap tadi?" Seohyun bagaikan tidak percaya dengan kata-kata Sehun.
"Neomu-neomu saranghae SeoHyun-ah.." ulang Sehun. Seohyun hampir pengsan sebaik mendengar perkataan 'saranghae' buat kali kedua dari mulut Oh Sehun.."Patut ke..aku terima kau?" tanya Seohyun sebelum pengsan selama lima saat di pangkuan Sehun. Sehun tersenyum kemenangan..
-bersambung
Allahu maaf lewat update. Line problem kat sini hujan lebat kemain
YOU ARE READING
(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]
WampirySekumpulan gadis terkenal di Korea yang memiliki darah yang paling unik didunia telah diculik oleh Vampire Vampire Love Siri 2 : Our Kingdom (mohon baca ^^) Highest rank #5 in Vampire #4 in Vampire #3 in...