Part 11

3.4K 250 9
                                    


Ahli EXO dan YEOGI kini dalam kebuntuan untuk mencari jalan ke seberang. Ada yang mundar-mandir untuk mencari jalan dan ada yang sedang merenung ke bawah gaung dalam kebingungan.

Eunqa mengeluarkan sekeping duit syiling dari poket seluarnya. Dia menjatuhkannya ke dalam gaung dan mengira sehingga duit syiling itu jatuh ke dasar.

"Satu, dua, tiga, empat— Dah tak ada bunyi? Maknanya dalam lah ni? Aishh, mampus lah," kata Eunqa dengan cemas. Tangannya yang ditekap ke tanah itu tergelincir dan dia hampir jatuh ke dalam gaung.

"Eunqa!" jerit Luhan lalu menarik lengan Eunqa dan secara tak sengaja telah memeluknya. Jeritan Luhan nampaknya menarik perhatian ramai. Eunqa terkejut.

Ahli EXO dan YEOGI yang lain menarik nafas lega kerana Eunqa tidak jatuh ke dalam gaung.

"Eunqa, lain kali hati-hati sikit," nasihat Shinka yang risau. Eunqa hanya kaku di situ disebabkan Luhan.

"Erm, Luhan? Boleh lepaskan aku tak?" pinta Eunqa sambil menolak bahu Luhan. Luhan melepaskan pelukannya dan pergi kearah Exo-K dan berbual dengan Sehun.

Eunqa pula pergi kearah maknae-maknae dan duduk bersama mereka tanpa berbicara. Keadaan menjadi kekok antara Luhan dan Eunqa. Mereka tak pernah berinteraksi dengan berlainan jantina sebelum ini. Memanglah pernah tapi tidak serapat sampai bersentuhan begitu meskipun secara tidak sengaja.

"Hyung, apa kata kalau kita terbang je ke sana? Lagipun kalau kita duduk lama-lama kat sini, nanti makhluk lain dapat kesan kita?" cadang Tao sambil memegang bahu Minseok.

Minseok mengangguk.

"Betul tu, jom lah kita terbang. Lagipun kalau kita terbang cepat-cepat, tenaga kita tak akan cepat habis," sambung Suho pula. Minseok masih mengangguk

"Jom lah hyung-hyung ku semua. Kai rasa tadi macam ada benda perhati kita semua je," celah Kai pula.

"Arasseo! Kyaa palli berkumpul kat sini!" jerit Chanyeol kepada ahli YEOGI. Ahli YEOGI bangun dan berkumpul di tepi tebing. Chanyeol menerangkan rancangan EXO kepada ahli YEOGI dan menerima persetujuan. Perlahan -lahan ahli EXO memeluk bahu mereka dan terbang ke seberang.

"Uwaa, amazing!!" jerit Hyoyeon dengan kagumnya. Pemandangan hutan larangan tersebut dari atas agak cantik. Dia tidak sedikit pun merasa terkejut sebaliknya kagum.

"Jangan terpedaya dengan kecantikan hutan ni. Ianya imaginasi je," kata Kai tiba-tiba. Hyoyeon bingung.

"Tapi, kan cantik tu. Macam mana saya tak boleh terpedaya?" balas Hyoyeon sambil bergerak-gerak.

"Hei jangan gerak lah!" jerit Kai dan membuatkan Hyoyeon sedikit tersentak. Kai hilang imbangan dan Hyoyeon terlepas dari genggamannya.

"Hyoyeon!" jerit ahli YEOGI yang lain. Kai segera terbang dengan laju kearah Hyoyeon yang sedang terkapai-kapai di atas udara.

"Hyoyeon!" jerit Kai lalu mencapai tangan Hyoyeon dan memeluknya. Kai segera terbang keatas semula dan jatuh tersembam ke tanah. Wajah Kai amat pucat ketika ini. Hyoyeon pula trauma.

"Hyo! Gwenchana?" soal Hana sambil membelek-belek badan Hyoyeon. Mungkin Hyoyeon tercedera sewaktu mendarat tadi.

"Unnie, Hyo takut!" balas Hyoyeon lalu memeluk Hana. Mereka yang lain hanya menunjukkan reaksi risau.

"Taeyeon, kau pujuk lah dulu hyoyeon. Unnie nak pergi sana jap," arah Hana kepada Taeyeon. Taeyeon akur. Hana beredar ingin menemui Kai.

"Hana, ni semua salah Kai. Kalau dia tak lepaskan bahu Hyoyeon tadi, Hyoyeon tak kan jatuh!" marah Minsya secara melulu

"Tapi Minsya, kau pun nampak kan Hyoyeon bergerak tadi," balas Shinka yang membela Kai.

"Ish, tapi dia tak patut lepaskan Hyoyeon!" marah Minsya lagi.

"Hoi! Perempuan-perempuan gila! Senyap boleh tak? Kau tak nampak ke Kai tengah pucat sekarang ni?" marah Chanyeol. Mereka tersentap.

"Asal dia jadi macam ni?" soal Seohyun yang sedia berdiri di tepi Sehun dari tadi.

"Kami tak boleh terbang lama-lama. Kalau tak tenaga kami akan berkurangan macam keadaan Kai sekarang ni. Tadi Kai dah gunakan hampir separuh tenaga dia sebab nak selamatkan kawan kau tu," jelas Sehun panjang lebar. Seohyun mengangguk tanda faham.

"Tapi kenapa? Bukan korang memang boleh terbang ke?"

"Ya. Itu dulu sebelum wabak misteri tu berlaku. Kuasa kitorang perlahan-lahan merosot bermula dengan kuasa terbang. Sebab itu kami kena cari Batu Mutiara Biru tu untuk lengkapkan upacara suci demi kembali ke asal," jawab Sehun. Seohyun mengangguk lagi.

"Sekarang ni kita nak buat apa?" tanya Jungli kepada Minseok. Minseok hanya diam. Dia pun kelu.

"Tolong carikan bunga rouge— maksud aku bunga merah magik yang berduri. Lepastu bawa kesini," arah Kyungsoo sambil menilik wajah Kai.

"Nae!" balas mereka. "Tapi rupa dia macam mana?" Celah Hana.

"Merah.. Berduri.. Kau akan tahu bila kau nampak," balas Kyungsoo.

"Okay. Kita berpecah dan cari bunga merah berduri tu. Jangan pergi jauh sangat arasseo?" arah Hana kepada mereka. Mereka mengangguk.

"Seolhyung, khaja. Kita cari berdua?" ajak Seohyun. Seolhyun menggeleng.

"Aku nak cari dengan Sulli," balas Seolhyun.

"Seohyun, kau carilah dengan Jungli" kata Sulli lalu menarik tangan Seolhyun pergi. Seohyun akur.

Sewaktu Seohyun sedang mencari bunga merah berduri yang diberitahu oleh Kyungsoo, dia tidak perasan bahawa ada seseorang memerhatinya dari atas pokok.

'Seohyun..seohyun~~ ambil bunga tu'
Bisik satu suara dari dalam fikiran Seohyun. Dia ternampak sekuntum bunga mawar putih yang cantik.

"Cantiknya," kata Seohyun dan ingin memetik bunga mawar putih tersebut. Namun dia teragak-agak kerana di sekeliling bunga mawar putih itu terdapat daun-daun yang bergigi tajam.

'Seohyunnie~~ ambil saja. Daun-daun itu tidak akan menggigit' bisik suara itu lagi.

Seohyun sepertinya dipukau oleh suara tadi dan terus menyentuh batang bunga mawar berwarna putih itu.

-bersambung

(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]Where stories live. Discover now