Click!Bunyi dan cahaya yang keluar dari lensa kamera memenuhi segenap taman di mana di sinilah tempat YEOJAGIRLS atau nama singkatannya YEOGI mengadakan pertemuan pertama dengan peminat dari seluruh negara.
Mereka adalah ahli kumpulan baharu di bawah syarikat SN Entertainment yang baru sahaja membuat kemunculan pertama pada setahun lepas.
Ke-11 ahli YEOGI tersenyum sambil memandang kamera. Gadis-gadis cantik dengan ketinggian setara 170cm itu berjalan serentak kearah tempat duduk untuk memulakan fansign.
Sepanjang sesi fansign, ada beberapa ahli yang fokus berbual bersama peminat sementara yang masih belum mendapat giliran sedang sibuk memandang sekeliling. Sudah lama mereka tidak keluar menghirup udara segar setelah terperap di bilik latihan.
( Eun Qa POV )
Aku memandang sekeliling, masih gementar walaupun sudah beberapa kali berdepan dengan manusia seramai ini. Mata aku tertumpu kearah peminat yang tidak habis-habis mengambil gambar sehinggalah aku terpandang seseorang.
'Wow!' Hanya itu sahaja yang mampu aku katakan dalam hati. Lelaki itu berambut putih seperti salah seorang idol seperti kami juga.
"Hei. Tengok apa?" bisik Mijoo kepada aku yang sedang bergerak dengan tidak selesa. Aku ada satu masalah. Bila aku nampak orang yang kacak, aku jadi tak tentu arah. Macam cacing kepanasan.
"Huh? Tengok— burung puyuh," jawabku sambil menunjuk kearah langit. Mijoo merenung aku dengan wajah kesal.
"Eunqa, kalau kau tak selesa kita boleh hentikan sekejap acara ni," ujar Taeyeon, risau.
Aku menoleh kearah Taeyeon. Ini Taeyeon, fake leader kami. Dia berazam ingin menjadi seorang ketua walaupun tak lepas memandangkan Hana lebih tua daripadanya dan aku pun dah muak bila dia tak membahasakan diri aku sebagai kakak/unnie.
"Entahlah weh. Aku rasa kau yang lagi perlukan bantuan dekat sini," bisikku dan berpura-pura ketawa seperti membisikkan lawak kepada Taeyeon agar wartawan tidak curiga. Kemudian aku tergelak kecil melihat reaksi Taeyeon. Dia mencebik.
Aku memandang semula ke tempat di mana lelaki berambut putih tadi berada.
"Lah. Hilang," kataku perlahan.
"Apa yang hilang?" tanya Mijoo sekali lagi kerana dia yang berada di tepiku.
"Sibuk lah kau," jawabku selamba dan Mijoo menatap aku bingung.
( Min Sya POV )
"Kenapa lelaki tu? Macam pelik je aku tengok?" bisikku dengan senyuman palsu. Aku paling tak suka bila tengok orang semacam begini. Rasa nak pukul orang.
"Apa yang pelik weh?" soal Seohyun, yang paling muda. Menyibuk je.
"Nothing. Eh— Panggil aku 'unnie' lah! Kau kan lagi muda dari aku!" marahku kepada Seohyun tapi dalam nada melawak.
"Yelah nenek," jawab Seohyun, sengaja menaikkan darah aku.
"Excuse me? Nenek?"
"Kata lagi tua. Nenek lah kan?" jawab Seohyun, selamba.
"Seohyun, nice one!" celah Seolhyun iaitu kembar tidak seibu atau sebapa kepada Seohyun.
Mereka digelar kembar kerana mempunyai nama yang hampir serupa. Perangai pun apatah lagi Nama gelaran Seohyun ialah Seobaby manakala Seolhyun pula Seolkid. Itu la salah satu cara kami membezakan mereka.
YOU ARE READING
(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]
VampirosSekumpulan gadis terkenal di Korea yang memiliki darah yang paling unik didunia telah diculik oleh Vampire Vampire Love Siri 2 : Our Kingdom (mohon baca ^^) Highest rank #5 in Vampire #4 in Vampire #3 in...