Part 39

1.4K 120 15
                                    

"Naee!" jawab Dasom dan segera mengambil batu mutiara biru itu. Tangannya terketar-ketar sewaktu memegang batu mutiara biru itu.

"Unnie! Kita dah dapat!" jerit Dasom. Hyorin tersenyum kemenangan. EXO pula tidak menghiraukan mereka. Sepatutnya EXO merampas semula Batu Mutiara Biru itu tetapi ia tidak pula berlaku. Kisah apa mereka tentang batu tersebut. Yang penting sekarang ialah member YEOGI.

Badan ahli YEOGI masih terapung dan kaku disitu.

Perlahan-lahan , cecair berwarna biru muda keluar dari badan kesemua ahli YEOGI dan menuju kearah Hana.

Muka Hana berkerut seperti kesakitan. Badan ahli lain mulai menegak dan perlahan-lahan jatuh keatas tanah.

Exo mendapatkan pasangan masing-masing. Ahli YEOGI semuanya keletihan dan pucat.

"Hana unnie.." panggil Taeyeon. Sedaya upaya dia cuba untuk mendongak dan dibantu oleh Baekhyun. Tangannya cuba untuk mencapai unnienya itu.

"Baekhyun, tolong unnie aku.." Rayu Taeyeon dan mula mengalirkan air mata. Baekhyun keliru.

+

"Kita kat mana ni?" tanya Jungli kerana sekeliling mereka berwarna putih. Ahli YEOGI mula berpusing-pusing dan mencari di mana penghujung tempat ini.

Dari suatu sudut, seorang lelaki tua datang menghampiri mereka.

"Eo! Pakcik tua yang dalam tv yang heret kita ke sini tu!!"  jerit Hyoyeon. Pakcik tua itu tersenyum.

"Pakcik. Ni tempat apa? " tanya Minsya dengan penuh sopan. Tongkat diangkat dan dihalakan ke seluruh pelusuk tempat. Tiba-tiba ianya memaparkan keadaan di dalam gua.

"Kamu semua kena korbankan seorang dari kamu untuk terima semua kuasa yang ada dalam badan kamu tu. Darah kamu perlu disatukan ke badan salah seorang dari kamu, kalau tak dunia vampire tak dapat diselamatkan," jelas pakcik tua itu.

"Korbankan? Maksudnya?" Minsya bingung.

"Pilihlah seorang daripada kamu. Fikir dengan betul. Setelah darah-darah Z bersatu, orang yang sanggup berkorban itu akan menjadi debu yang akan memulihkan semula vampire-vampire yang sakit," sambung pakcik tua itu lagi.

Jantung ahli YEOGI dipam dengan laju sekali.

"Kamu semua tak boleh mengelak. Cepat! Sebelum terlambat. Masa bergerak," kata pakcik tua itu sebelum menghilang.

Ahli YEOGI memandang satu sama lain. Semua terdiam. Siapa yang nak mati demi vampire yang tiada pertalian darah dengan mereka?

"Aku sanggup!" kata Hana dengan penuh yakin. Taeyeon menggeleng.

"Tak boleh! Unnie kena hidup!" jerit Taeyeon dan memegang tangan Hana.

"Unnie..Macam mana masa depan unnie nanti? Unnie nak sangat ke mati hah?" soal Seolhyun.

"Mati jangan di bawa main wei. Parents kau macam mana?" soal Eunqa.

"Jangan nak bergurau. Orang tengah serius ni!" Marah Sulli.

"No I'm not joking guys. Aku bukan comedian. Aku betul-betul nak tolong vampire kat sini. Kerana terpaksa aku relakan," jawab Hana. Mereka semua mulai dilanda kesedihan.

"Ingat unnie. Unnie sentiasa ada dalam hati kitorang walaupun unnie jadi debu nanti." Seolhyun memeluk Hana buat kali begitu juga ahli lain.

+

Badan Hana diturunkan perlahan-lahan di hadapan Chanyeol. Chanyeol yang sudah sedia menangis mengelap air matanya. Hana membuka matanya yang terasa berat sekali. Darah ahli YEOGI meresap perlahan-lahan ke dalam tubuhnya sehingga melemahkannya.

"Yeol-ahh, uljima. Kau--Kau tak boleh menangis macam ni. Nanti aku tak sanggup," arah Hana.

"Tolonglah jangan buat, Hana. Ya?"

"Mian. Chanyeol, kau tolong jagakan diorang ya?" jawab Hana dan menghalakan jarinya kearah member YEOGI. Taeyeon terus berlari mendapatkan Hana. Dia memeluk Hana.

"Shuu. Taeyeon kena kuat. Jaga diorang okey. Kalau unnie mati, unnie serahkan jawatan leader kepada kamu. Arasseo?" ujar Hana. Taeyeon terkedu.

Hana berdiri, mengumpulkan tenaganya.
Baru sahaja SISTAR ini pergi dari situ, badan mereka ditarik ke tengah-tengah bulatan. Hana pula terbang diatas mereka. Batu mutiara biru dirampas begitu sahaja tanpa perlu berebut.

Batu tersebut mulai pecah berkecai seperti debu dan cahayanya mula meresap masuk ke dalam jantung Hana.

"Hoii budak! Apa yang kau nak buat dengan kitorang hah?! Pulangkan batu mutiara biru kitorang!" marah Sistar.

"Senyaplah!" marah Hana lalu menutup mulut Sistar dengan kasar. Badannnya kembali berpusing-pusing mengikut arah jam. Semakin lama semakin laju.

Ahli Yeogi sedar apa yang sedang berlaku pada Hana.

"Andwae! Badan Hana unnie akan hancur! Tao-yaaa, halanglah!" jerit Mijoo kearah Tao. Tao tidak dapat melakukan apa-apa. Takdir sudah menentukan yang Hana akan pergi.

Putaran semakin laju dan membuatkan badan Hana mampu merempuh puncak gua dan membuat lubang disitu. Cahaya berwarna biru yang keluar dapat dilihat sehinggalah ke istana Woobin dan Hyeri.


"ANDWAEEE!!"

++

Ahli Yeogi duduk melutut dihadapan bulatan-bulatan berlambang tersebut. Sistar telah pun mati setelah terkena cahaya biru yang dikeluarkan oleh Hana tadi.

Orang yang paling sedih siapa lagi kalau bukan Chanyeol. Dia dipapah oleh Kyungsoo agar tidak jatuh.

"Kyungsoo-ya, aku tak bermimpi kan?" tanya Chanyeol kepada Kyungsoo. Kyungsoo senyap sahaja. Tidak mahu menjawab soalan yang akan membuatkan Chanyeol makin sedih.

"Kaja kita balik. Duduk dekat sini bukannya boleh buat apa," arah Taeyeon. Dia bukannya sudah move on namun, jawatan leader telah jatuh kepadanya. Jadi hendaklah dia berlakon lebih tabah daripada member lain.

"Sul tak nak. Sul nak tunggu Hana unnie," ujar Sulli, degil.

"Mijoo pun sama. Hana unnie tengah tunggu kita. Dia pergi sekejap je," ujar Mijoo pula.

Taeyeon memegang kepalanya. Baru seminit menjadi leader, dia sudah stress.

"Yeon-ah, jom. Diorang semua tu biarlah dulu. Nanti pandai-pandailah guardian angel diorang pujuk," arah Baekhyun.

Tiba-tiba, satu cahaya tiba kearah mereka, membawa mereka pulang ke istana Woobin.

-bersambung

Part 40 akan jadi last part..sorry tak reti buat sedih2..maaf kalau bab ni banyak mengarut😂😂

(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]Where stories live. Discover now