Part 23

2.5K 223 8
                                    

[ Circle- Lovelyz ]

Ahli YEOGI memandang kearah belakang. Entah kenapa EXO terlihat amat kacak dari pandangan mereka. Rambut EXO yang berserabut kerana ada angin yang menerpa tadi menambahkan lagi kekacakan mereka.

"I love my boy..oh yeahh..I love my boy..i love you my boy..i love my boy.. tuturuturuturu.." tiba-tiba Taeyeon menyanyikan lagu DIVA, lagu kumpulan After School dengan lincahnya. Aduhai, dah start dah Taeyeon sawan channel.

"Kitorang akan jaga korang..Percayalah!" Kai mula membuat janji yang sepatutnya dia tidak mulakan.

"Betul.. kitorang janji!" sahut EXO yang lain. Mereka sepatutnya memikirkan tentang itu dua kali.

"Pinky promise?" Taeyeon menghulurkan jari kelingkingnya kearah EXO. EXO menyambutnya dengan tersenyum. Ahli yang lain juga menuruti perbuatan Taeyeon.

"Kaja, cari yang lain!" jerit Kyungsoo dengan bersemangat..
"HERE WE GO!" sahut Chanyeol pula.

×××

"ARGHHHHH!!" jerit ahli YEOGI setelah pintu bilik mereka dibuka oleh Seolhyun. Rupa-rupanya Putera Jaehyun yang datang. Mereka semakin resah.

"Apa..pu--putera..bu--buat..kat..s--sini?" soal Eunqa dengan terketar-ketar.

"Nak bagi buah pear ni..Makanlah," balas Jaehyun dengan senyuman menggodanya. Namun sedikit pun mereka tidak tergoda.

"Err..Nae..Pu..putera keluarlah dulu," pinta Seohyun. Jaehyun tetap tidak berganjak dari situ.

"Tak nak.. Selagi awak tak makan..Saya tak akan pergi. Anggaplah ini balasan sebab tolong saya tadi," balas Jaehyun. Disebakan dia putera, mereka terpaksa akur.

Mereka perlahan-lahan menggigit pear tersebut. Peluh dingin mengalir di dahi masing-masing.

"Mashitta!" jerit Minsya dan terus menghabiskan pear itu. Jaehyun tersenyum namun dalam hatinya dia terasa ingin menagis, meraung dan macam-macam lagi.

"Kami dah makan. Keluarlah," arah Hana. Jaehyun tidak mengangguk mahupun menggeleng, dia dengan segera keluar dari situ.

Sampai sahaja di biliknya, dia menangis teresak-esak. Jaena datang untuk menenangkannya.

"Mianhae," kata Jaena seraya memeluk Jaehyun dengan erat. Mereka berdua berpelukan dan menagis. Tidak sanggup rasaya untuk membunuh orang. Kalau bukan sebab Sistar adalah Raja, tidak mahu dia mengikuti segala rentak rancangan jahat Sistar.

×××

"Hana, kau tipu eh? Aku rasa okay je?" ujar Minsya dan terus memakan buah pear itu. Hana pelik. Rasanya dia tak salah dengar.

Erghh..erkkk..uhuhkk uhukk

Minsya tiba-tiba tersedak. Mulutnya mengeluarkan buih berwarna putih, sama seperti keadaan Taeyeon hari itu cuma kali ini, ia tidak busuk.

(April 19th- Apink)

"Minsya. Minsya..Wae?!" soal Hana, cemas..
"To..long.." kata-kata terakhir Minsya sebelum pengsan. Hana mengalirkan air mata. Hanya Minsya sahaja yang makan buah pear itu.Yang lain pula hanya berpura-pura.

"Eoteokhae? Apa kita nak buat?" tanya Mijoo yang turut cemas. Dia juga menangis sakan.

"Mollayo.." jawab Hana. Dia meraup mukanya dan rambutnya dengan kasar.

"Jaehyun tak guna! Aku nak bunuh dia!" jerit Eunqa. Dia mula bangun dan mencari-cari pisau yang disimpan olehnya di dalam laci.

"Sabar unnie. Kita bawa Minsya jumpa dia. Kita tanya dulu kenapa dia buat macam ni," Seohyun cuba untuk menenangkan Eunqa.

"Tanya? HAHAHA! Apa lagi jawapannya selain nak bunuh kita!" balas Eunqa sambil tersenyum sinis kearah Seohyun.
"Unnie, walaupun Seo hanya maknae tapi cubalah dengar cadangan Seo. Jebal?" Rayu Seohyun. Dia tak mahu kakaknya ditimpa masalah. Cukuplah Minsya sahaja sekarang.

"Arasseo..Jom...Jumpa dia.." Eunqa akhirnga akur. Mereka sama-sama mengangkat Minsya kearah bilik persidangan istana Jaehyun.

×××

Grumm grumm

Jongdae memandang kearah langit. Dia memerhatinya dengan teliti. Tiba-tiba raup wajahnya berubah.

"Yeol..Aku rasa kita ada masalah besar," kata Jongdae dengan nada berbisik. Chanyeol berpaling dan memandang Jongdae.

"Masalah apa?" soal Chanyeol.
"Dengar kilat tadi? Aku rasa tu bukan kilat yang akan membawa hujan, tapi ia akan membawa bencana. Bukan saja kepada kita, tapi kepada ahli YEOGI Z yang terpisah," jelas Jongdae.

Chanyeol mulai gelabah.

"Kalau macam tu.. Kai! Teleport kita semua ke tempat diorang berada!" jerit Chanyeol. Kai hanya berdiam diri.

"Macam mana nak teleport kalau diorang pun aku tak tahu ada kat mana?" balas Kai. Chanyeol merengus kasar.

"Kai, kau bayangkan aja muka diorang.. Lepastu pandai-pandai lah kau," cadang Yixing. Kai menepuk bahu Yixing dan tersenyum

"Pandai kau!" kata Kai lalu mengetuk kepala Yixing. Mengarut apakah kau Yixing? Mana boleh buat macam tu.

"Cuba aje lah Kai. Mana tahu menjadi?" arah Sehun. Kai mengeluh.

"Fine! Tapi kalau aku mati awal, korang semua tak akan tenang.."

Kesemua ahli EXO dan YEOGI memegang Kai. Perlahan-lahan badan mereka menghilang. Di waktu yang sama, ada dua ahli YEOGI yang amatlah curious tentang kata-kata Jongdae tadi.

"Aku masih tak faham. Kenapa dia panggil kita yeogi z?" bisiknya.

"Entahlah. kita sama-sama tanya nanti?" cadang seorang lagi. Mereka mengangguk.


-bersambung

Gais yuk baca ff baruku.. Potter. Thank you❤

(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]Where stories live. Discover now