Part 5

4K 305 12
                                    

"Eunqa, Minsya, Shinka, Seolhyun, Sulli, Taeyeon, Mijoo, Jungli, Hyoyeon, Seohyun! Ireona!" Hana mengejutkan mereka bersepuluh usai terjaga. Susah betul bila jadi leader. Mereka semua bangun serentak dan menggeliat sehingga berbunyi sendi-sendi yang sedang dibetulkan.

"Huarghh! Dah pagi ke?" tanya Seolhyun kepada Hana.

"Tak lah. Dah malam ni," sindir Hana sambil melipat selimutnya dengan teliti.

"Kalau macam tu tidurlah. Kenapa kejutkan kitorang?" ujar Eunqa lalu melentokkan kepalanya pada bantal berisikan bulu angsa. Tidak dapat dibayangkan betapa selesanya bantal tersebut.

"Hish! Dah pagi lah! Ireona juseyo! Sarapan dah siap!" arah Hana. Dia cuba untuk mengumpan ahli-ahlinya dengan makanan.

"Hah?!" Kesemua ahli YEOGI bangun dengan tergesa-gesa. Mereka melipat selimut dan mengemaskan katil dengan terburu-buru. Baru sahaja mereka ingin keluar dari bilik, Hana memanggil mereka.

"Mandi dulu!" jerit Hana, cemas.

Mereka semua berhenti serentak dan tersengih malu. Lalu seorang demi seorang pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Hana menggeleng kecil.

"Unnie, tak takut ke nanti?" tanya Mijoo kepada Minsya. Bulu romanya meremang kerana terlalu takut.

"Takut? Kenapa?" Minsya menjongketkan sebelah keningnya.

"Nanti kan kita kena masuk dalam hutan tu. Lepastu ditemani budak-budak lelaki yang kita langsung tak kenal semalam tu. Keselamatan kita tak terjamin tau?" jelas Mijoo kepada Minsya.

Minsya hanya mampu tersenyum. Sejujurnya dia juga takut tapi dia tidak boleh menunjukkan kelemahannya di hadapan adik-adiknya. Eunqa dan Sulli datang kearah mereka sambil menggosok gigi.

"Korang janganlah takut. Kitakan ada sebelas orang?" pujuk Eunqa dan tersembur sedikit ubat gigi ke muka Minsya.

"Kalau ye pun janganlah sampai tersembur. Dan mereka pun ada sebelas orang weh," balas Minsya lalu mengelap ubat gigi tersebut dengan jarinya.

"Tapi kan, korang tak rasa diorang tu comel ke?" ujar Sulli pula. Tangannya ditongkat ke dagu seolah-olah sedang berfikir.

Eunqa dan Minsya memandang Sulli dengan pandangan 'kau-biar-betul?'

"Apa yang comelnya? Rasa macam nak sepak je adalah," balas Eunqa dengan wajah menyampah.

"Betul tu!" sokong Minsya.

"Hoi Sulli, kau ada suka seseorang diantara diorang tu ke?" duga Jungli yang baru sahaja selesai mandi. Dia mengibaskan rambutnya ke muka Eunqa, Minsya dan Sulli.

"Sul rasa lah. Ni yang Sul rasa ehh? Laki dengan rambut terbelah kat tengah tu cutelah," kata Sulli sambil menggenggam tangannya dan meletakkan tangannya di dada. Dia tersenyum sewaktu membayangkan rupa jejaka yang dikatakan kacak itu.

Jungli berfikir sejenak. Matanya terus terbeliak.

"Sulli! Kau biar betul? Diorang tu orang asing! Vampire lagi! Boleh dikategorikan sebagai atuk kita kalau kau tahu umur diorang berapa!" kata Jungli sehingga membuat kesemua mereka memandang Sulli.

"Jinja?" jerit mereka lalu berlari kearah Sulli. Mereka mula mengerumuni Sulli seperti semut mengerumuni gula.

"Err. Ini apa yang Sul rasa je," ujar Sulli sambil memandang mereka.

"Sulli suka budak tu tapi sekadar suka je. Bukan cinta. Tak salah pun kan? Macam artis dengan peminat la," jawab Sulli, mempertahankan pendapatnya. Mereka memandang satu sama lain dengan pipi yang mengembung.

"Pft! Aahahahaha!" Akhirnya pecah juga tawa mereka.

"Haa? Biar betik?" soal Taeyeon sambil mengesat air matanya kerana ketawa terlalu keras.

"Sul. Kau baca novel apa ni sampai puitis macam ni? Jangan nak buat lawak la hahahaha!" Gelak Mijoo.

Muka Sulli sudah seperti mahu menangis. Eunqa yang perasa akan hal itu segera menarik Sulli pergi bersamanya.

"Dah lah tu. Sulli, jom lah mandi? Biarkan diorang. Lagipun diorang dengki je sebab diorang mana pernah jatuh cinta. Nanti kalau diorang yang jatuh cinta, kau gelakkan diorang pulak," pujuk Eunqa lalu membawa Sulli ke tandas. Mereka berhenti ketawa dan meneruskan apa yang dilakukan mereka tadi tanpa bersuara. Tidak mengambil serius langsung kata-kata Eunqa yang mungkin menjadi kenyataan itu.

Mereka yang sudah siap mandi menuju kearah Hana dengan hanya bertuala. Gadis itu sedang menyisir rambut sekarang.

"Unnie, kita nak pakai baju apa ni?" tanya Hyoyeon, bingung. Hana menoleh sambil tersenyum.

"Diorang ada sediakan baju untuk kita dalam almari. Semua ikut saiz kita. I don't know how they know, tapi unnie tak akan persoalkan. Lebih kurang kita tahu, lebih selamat kita dekat sini," gumam Hana sambil membawa keluar baju-baju baharu untuk adik-adiknya itu.

Hyoyeon, Jungli dan Seohyun mengangguk perlahan. Setuju dengan kata-kata Hana.

×××

"Hyung!! Lambat betul lah diorang ni," rungut Baekhyun kepada Suho. Mereka menunggu ahli YEOGI di meja makan sambil menelan liur kerana terlalu lapar.

"Kalau aku makan dulu boleh?"  tanya Chanyeol sambil tangannya bersedia untuk meratah lauk dihadapannya.

Pap!! Kyungsoo menampar tangan Chanyeol.

"Tak boleh! Tunggu budak-budak perempuan tu dulu," tegas Kyungsoo lalu kembalu bersandar pada penyandar kerusi.

"Hahaha!" Kedengaran suara hilai tawa dari arah tangga. Kesemua ahli EXO memandang kearah suara itu datang. Kelihatan kesemua ahli YEOGI turun dengan wajah yang ceria. Kebetulan, pada waktu itu juga Woobin dan Hyeri telah sampai ke meja makan.

"Annyeong. Selamat pagi!" sapa ahli YEOGI dengan sopan sekali kepada Woobin dan Hyeri.

"Annyeong. Duduklah dan selamat menjamu selera," balas Woobin dan Hyeri lalu melahap makanan kegemaran mereka iaitu udang galah. Ahli YEOGI makan dengan berselera tanpa mengetahui apa yang akan berlaku kepada mereka sebentar saja lagi.

Bersambung

(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]Where stories live. Discover now