Part 19

2.7K 242 9
                                    

Sreett sreett

Bunyi semak bergerak. Ahli YEOGI bersungguh-sungguh menahan nafas. Harimau-harimau jadian itu nampaknya sedang menghidu jejak mereka.

Watak Star Wars pula sudah pulang ke planet padang pasir setelah dihalau oleh author kerana tidak mahu memeningkan pembaca-pembaca VL (Vampire Love).

"Ah-Choo!!" Mijoo terbersin. Ehh budak ni, tau lah lagu dia tajuk 'Ah-Choo'.

"Sana!" jerit harimau jadian dan segera menerkam kearah semak. Bagaikan Batman pula si harimau melompat kearah semak.

Dushh!!

Seekor wolf dan seekor singa a.k.a raja hutan rimba merempuh badan harimau dengan lagak seperti superman pakai seluar dalam kat dalam.

"Nugu?" tanya ahli EXO. Siapakah wolf dan singa itu?

"rarr rarr rarrr!!" marah si wolf.

"Arrrrrrrrrr!" ngaum raja hutan rimba membuatkan harimau kecut perut dan berlari ke dalam hutan nun jauh sana.

Seohyun segera berlari kearah singa dan memeluknya. Kalau dilihat di episod pengenalan watak, ada tertulis yang Seohyun sukakan singa.

"Gomawo..huaaaa," tangis Seohyun. EXO memerhati wolf dan singa itu. Bagaikan perasan dengan jelingan ahli EXO, si wolf dan singa buat-buat macam haiwan. Mereka segera berlari ke dalam hutan dan menghilang.

OMG!! Buat-buat macam haiwan? Siapakah sebenarnya wolf dan singa itu?

"Kyaaa EXO! Korang kan guardian kitorang! Apa pasal korang tak jaga kitorang hah?!" marah Hana. Semakin dilihat semakin benci dia terhadap ahli EXO a.k.a Vampire Celup.. huii..

"Bukan kitorang tak nak jaga tapi--"

"Tapi harimau tu anak buah sistar. Kitorang tak nak risikokan nyawa korang. Arrasseo?" Chanyeol memotong percakapan Kai.

"Huh. Risiko? Nyawa? Kitorang hampir dibaham tadi tau. Kalau tak de pahlawan singa dengan wolf tadi, entah-entah kitorang dah patut say good bye to the world. Dan untuk makluman, sejak kitorang sampai ke sini, memang tak ada jaminan yang nyawa kitorang selamat langsung!" marah Hana.

"Kalau kitorang tak tarik korang untuk lari tadi, entah-entah korang dah kena lahap dah kat situ dan kalau kitorang tak de kat situ mungkin korang dah mati korang tau tak?! Tak reti berterima kasih ke?!" segala amarah yang tersimpan di hati Chanyeol kini sudah dihamburkan.

Ahli YEOGI tersentak dan terguris hati terutama sekali Hana. Dia bertentang mata dengan Chanyeol.

"Fine! Aku rasa mungkin kitorang hanya menyemak je dekat sini. Mulai detik ini aku akan ikut haluan aku untuk cari Batu Mutiara Biru tu. Siapa nak ikut?" Hana memandang kesemua ahli YEOGI.

"Erm..tapi..bahaya lah Hana. Janganlah ikutkan hati sangat," MinSya bersuara perlahan.
"Betul tu. Kau bukannya Harry Potter. Ingat, kita ni hanya manusia. Lainlah diorang ni, vampire." Jungli pula mencelah

"Kalau tak nak ikut tak pe..Aku 'chauu' dulu," kata Hana dengan yakin dan berjalan sendirian kearah timur. Dia langsung tidak menghiraukan pandangan Chanyeol.

EXO hanya memerhati langkahnya.

"A..Aku ikut Hana. Hana leader dan aku assistant dia. Bye?" kata Eunqa sambil berlari-lari anak kearah Hana.

"Aku adik dia. Bye!" jerit Mijoo lalu berlari terkedek-kedek kearah Hana dan Eunqa. Entah dari mana entah datang ungkapan adik tersembul dari mulut Mijoo. Lee Mijoo adik Kim Hana? Pft!

"Aku paling rapat dengan Hana unnie. Aku pergi ehh?" kata Seohyun pula.
"Aku twin Seohyun, kena ikut dia," Seolhyun terkocoh-kocoh berpaut pada lengan Seohyun.

"Aku rasa aku patut ikut. Lagipun aku dah lama kenal Hana. Tak patut aku hiraukan dia," ujar Minsya dan berjalan kearah yang sama.

Lima orang kini berjalan mengikut haluan si leader..

Yang lain hanya meratapi pemergian enam orang sahabat mereka yang kini masuk ke dalam hutan yang semakin lama semakin tebal.

"Aku kecewa dengan kau Hana.." ungkap Chanyeol perlahan.

-bersambung

Sebenarnya kan, yang pernah baca ff ni, ada tak yang curious siapa singa dgn wolf tu sebenarnya? Haha. Kalau tak de tak pelah.

Saya lupa nak bagitahu siapa diorang. Sebab masa taip ni pun main-main je. Jadi, saya akan bongkarkan siapa watak diorang sebenarnya dekat Siri 2.

(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]Where stories live. Discover now