Hujan mulai turun dengan lebatnya. Tidak ada tanda-tanda bila ia akan berhenti. Sejuknya hanya ahli EXO dan YEOGI sahaja yang tahu.Chanyeol memandang sekeliling. Kesemua rakannya sudah tertidur dibuai mimpi. Selesa barangkali kerana dapat tidur dalam sejuk.
Dia memandang kearah Hana yang berada di sebelahnya. Tubuh Hana menggigil disebabkan kesejukan yang amat.
Chanyeol menyentuh dahi Hana dengan belakang tangannya.
Panas.
Dia menggunakan kuasa phoenixnya untuk memanaskan badan Hana. Baekhyun yang sedang tidur terbangun akibat kuasa Chanyeol. Dia dapat melihat lambang phoenix di belakang Chanyeol. Kuasa cahayanya memberi reaksi.
Dia turut menggunakan kuasanya dan disalurkan kepada kesemua rakannya yang lain. Chanyeol memandang Baekhyun.
'Jangan risau..Kau tidurlah..Aku jaga diorang' ujar Baekhyun melalui telepati. Kuasanya boleh dijana untuk menghasilkan haba juga.
'Aniy..Aku akan jaga jugak..' Balas Chanyeol.
Chanyeol mengambil keputusan untuk menyandar sebentar. Tiba-tiba kepala Hana terlentok di bahunya. Dadanya berdebar-debar. Chanyeol hanya membiarkan sahaja kepala Hana di bahunya kerana dia mahu Hana selesa.
"Panasnya.." rungut Jungli sebaik bangun dari tidur. Disekelilingnya basah kerana dipenuhi air hujan yang masih belum berhenti. Dia memandang Minseok yang sedang berkerut. Badan Minseok berpeluh kuat.
"Eo? Demam ke?" Jungli meletakkan tangannya pada dahi Minseok.
"Tak panas.." Jungli mengherotkan bibirnya ke kiri dan ke kanan. Dia ternampak Baekhyun yang sedang termenung dengan baju yang berasap.
"Baekhyun..psstt.. Baekhyun!" Panggil Jungli. Baekhyun berpaling dan menayang muka innocent.
"Minseok.." kata Jungli sambil menghalakan jarinya kearah Minseok.
Baekhyun bangun dan berlari dengan laju kearah pokok yang diduduki oleh JungMin (Jungli Xiumin).
"Kenapa?" soal Baekhyun.
"Entah..Ni hah. Badan dia tak panas tapi berpeluh macam demam," jawab Jungli. Apa yang pasti, ianya bukan kesan air hujan.
Baekhyun menepuk dahinya setelah sedar akan sesuatu.
"Aku lupa. Kuasa Minseok hyung ialah frost. Dia kena sentiasa dalam keadaan yang sejuk.." jelas Baekhyun. Jungli hanya termangu mendengar penjelasan Baekhyun.
"Yeol! Kurang kan kuasa kau. Minseok hyung kau dah sakit ni!" jerit Baekhyun.
"Minseok hyung sakit?! Eo..Arasseo!" balas Chanyeol dan hanya menggunakan kuasanya dalam mode normal.
Badan Minseok perlahan-lahan menjadi sejuk. Dia membuka matanya.
"Baek? Jungli? Korang kenapa tengok aku?" soal Minseok.
"Badan kau berpeluh tadi. Sorry, kitorang guna kuasa kitorang untuk panaskan ahli-ahli yang kesejukan," jelas Baekhyun yang sedang melutut di hadapan Minseok.
"Kitorang?" Minseok memandang Jungli. Dia menyangka Jungli turut mempunyai kuasa yang sama seperti Baekhyun.
"Ah. Maksud aku, aku dengan Chanyeol. Jangan salah faham," jelas Baekhyun lagi. Minseok mengangguk faham.
"Dah pergilah jaga minah tu. Kesian dia sorang-sorang," arah Minseok. Baekhyun mengangguk faham.
"Minah minah. Nama dia Taeyeon lah," Jungli membetulkan nama Taeyeon kepada Minseok. Minseok mengjulingkan matanya keatas.
"Whatever."
"Eii kau ni.. Aku cepuk kang. Mata tu, kalau aku boleh cabut, dah lama aku cabut.. huh!" marah Jungli seraya duduk menyandar ke pokok. Minseok mengembungkan pipi paunya sehingga membuatnya kelihatan sangat comel. Malangnya Jungli tidak berpaling langsung kearah Minseok.
"I got a boy ehh makcik ..i got a boy cuka. i got a boy, handsome boy..." Taeyeon bernyanyi-nyanyi kecil sendirian. Tidur sebentar tadi telah mengembalikan semangat kebudak-budakkannya.
"Senyap!" marah Baekhyun yang sedang menutup mata, cuba untuk tidur.
Taeyeon mencebik.
"Shireo! I need you boy~ wae honja saranghago—"
"SENYAP!" jerit Baekhyun.
"Ala. Tak sporting ahh kau ni. Janganlah marah-marah. Tak nak bising boleh blah," kata Taeyeon dengan nada menghalau.
Baekhyun tiba-tiba bangun dan seperti mahu beredar. Taeyeon dengan segera menarik tangan Baekhyun.
"Kyaa, janganlah tinggal aku. Jebal? Dah lah hujan ni. Takut," rayu Taeyeon dengan suara yang lembut. Baekhyun ketawa di dalam hati.
"Arasseo..Tapi kau kena senyap..ara?"
Taeyeon mengangguk faham.
Gruhhhh
Kilat menyambar.
Shinka memeluk Kyungsoo dalam keadaan terkejut. Sedang elok dia termenung, boleh pulak kilat menyedarkannya dari khayalan tentang menjadi puteri.
"Aduh. Badak mana yang peluk aku ni?" raung Kyungsoo. ShinKa membuka matanya.
"Ermm..Badak air," balas Shinka dan menekup mukanya kerana malu. Kyungsoo ketawa kecil.
'Malu lah tu..kyeopta..' katanya dalam hati dan memandang Shinka dari hujung mata..
"dream.. dashi dashi jamdul goshipeo... guge baro...noooooo.."
Mijoo bernyanyi-nyanyi kecil. Dia sudah kembali bertenaga selepas tidur tadi. Tao disebelah dipandang sekilas.
"Huang Zi Tao. Bangunlah. Teman aku," rayu Mijoo. Namun Tao hanya senyap sahaja.
"Panda aku punya.." Tao mengigau. Mijoo mendengus kasar.
.
.Sedang mata Suho melilau kearah hutan, tiba-tiba dia ternampak satu cahaya besar berwarna putih dari arah utara..
Dia bergumam seorang diri. Dipandang satu persatu wajah ahli YEOGI.
"Dah tiba masanya untuk korang beraksi," kata Suho perlahan.
-bersambung
YOU ARE READING
(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]
VampirosSekumpulan gadis terkenal di Korea yang memiliki darah yang paling unik didunia telah diculik oleh Vampire Vampire Love Siri 2 : Our Kingdom (mohon baca ^^) Highest rank #5 in Vampire #4 in Vampire #3 in...