Part 8

3.6K 285 19
                                    


"Kenapa korang tak jaga dia? Tengok sekarang apa jadi! Dia dah hilang!" marah Jungli kepada ahlinya yang lain.

"Bukan salah kitorang!" marah Seolhyun pula kerana tidak berpuas hati. Mijoo hilang dan kini ahli kumpulannya dipersalahkan. Jungli merengus kasar kearah Seolhyun. Masing-masing memberikan pandangan maut antara satu sama lain.

"Hei hei, janganlah gaduh. Kitakan satu kumpulan. Mana boleh gaduh macam ni?" Seohyun cuba untuk meleraikan pergaduhan mereka.

"Shut up!" jerit Jungli dan Seolhyun kearah Seohyun. Maknae itu terkejut. Hyoyeon menarik bahu Jungli manakala Taeyeon menarik bahu Seolhyun dan menenangkan mereka.

"Korang gaduh bukannya ada faedah pun," Jongdae menyampuk diantara mereka. Dari tadi dia memerhati gadis-gadis itu bergaduh.

"Hyung! Tao hilang!" jerit Luhan sambil berlari dengan tergopoh-gapah. Ahli EXO membulatkan matanya lalu menepuk dahi.

"Jangan-jangan Tao yang bawa Mijoo masuk dalam hutan?" kata Kai dengan imaginasinya yang sungguh tak membantu. Menambah ketakutan pada ahli YEOGI.

"Si penakut tu tak kan buat macam tu," balas Sehun sambil menyilangkan kakinya diatas pokok dengan tenang. "Yang ada perempuan tu yang culik dia," sambung Sehun lagi.

"Appa! Omma!" jerit Tao sambil didukung Mijoo. Mereka berdua tiba di tempat mereka berteduh sementara buat semalaman.

"Tao!"

"Mijoo!"

Ahli EXO dan YEOGI menjerit serentak. Mijoo terjatuh kerana tersepak batu dan Tao melayang kearah pokok ara yang berusia 100 tahun di hadapannya.

Kedebukk!!

Muka Tao tersembam ke pokok dan menyebabkan matanya semakin bengkak manakala hidung menjadi besar. Bengkak.

"Appo!" jerit Tao, kesakitan.

Mijoo pula tidak cedera tapi dia telah 'kenyang' selepas memakan daun-daun kering diatas tanah. Sulli dan Shinka menolong Mijoo untuk berdiri. Mereka menyandarkan Mijoo pada pokok ara tersebut dan memberi air sungai kepada Mijoo untuk di minum. Mijoo meneguk air tersebut dengan sungguh laju sehingga basah bajunya.

"Apa yang berlaku sebenarnya ni?   Kenapa Mijoo boleh ada dengan Tao pula ni?" tanya Eunqa lalu duduk bersila di hadapan Mijoo. Mijoo menarik nafas dan mula bercerita.

"Cari kayu api? Kenapa nak susahkan diri cari kayu api hah?!" marah Taeyeon lalu memukul bahu Mijoo.

"Ala, nanti kita mesti kesejukan kalau tak ada api," balas Mijoo sambil mencebik.

"Aniyo, kita tak kan mati. Sebabnya Chanyeol ada. Dia boleh tolong nyalakan api," balas Hana.

"Betul tu," sokong yang lain. Mijoo mengeluh perlahan.

"Tak cakap awal-awal. Haish!" dengus Mijoo lalu menutup matanya, penat.

"Dah-dah. Jom tidur. Bising lah korang ni. Aku nak tidur pun payah!" Baekhyun menjerit dari atas pokok. Mereka semua mendongak keatas dan memandang Baekhyun.

"Senyap!" jerit mereka.

Baekhyun terkejut tapi dia tidak menghiraukan jeritan tersebut dan menyambung tidurnya. Ahli EXO memanjat pokok dan naik keatas untuk tidur juga. Eunqa, Shinka, Minsya, Hana, Jungli dan Hyoyeon tidur di tempat yang mereka pilih tadi. Begitu juga dengan Taeyeon, Seolhyun, Seohyun, Sulli dan Mijoo.

"Selamat malam korang!" jerit Taeyeon dan Hana.

Mereka tidur walaupun tidak seberapa nyenyak kerana ini adalah pertama kali mereka tidur di dalam hutan. Kalau hutan biasa, ianya tidak menjadi masalah. Tapi ini hutan larangan di planet asing. Berbagai-bagai bahaya mungkin sedang menanti mereka.

Oleh sebab itulah exo-k dan exo-m bergilir-gilir berjaga. Walaupun mereka vampire terbaik tetapi mereka juga turut risau. Bak kata pepatah malang tidak berbau.

Dalam situasi ketika ini, kita sememangnya harus berjaga-jaga. Bahaya sentiasa ada bersama kita. Kita boleh mengelak daripada bahaya sekiranya berwaspada lebih.

"Huarghh!! Ngantuknya," Minseok mula menguap lalu duduk menyandar pada pokok. Matanya perlahan-lahan ingin tertutup.

"Bihun sup!!" jerit Jongdae dan Luhan. Minseok tersedar. Jongdae dan Luhan tersenyum.

"Sabarlah, sikit je lagi kita dah boleh tidur.." pujuk Luhan sambil meletakkan tangannya keatas bahu Minseok. Jongdae mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Luhan.

"Yelah," balas Minseok, lemah. Tao masih lagi berdiri tegak dan memerhati sekeliling. Dia didenda kerana meninggalkan kawasan tersebut tanpa kebenaran bersama Mijoo.

'jangan jadi lemah Tao. Tidur tu apalah sangat. Kau..huargh..kau mampu untuk berjaga selama 1000 tahun. Masakan berjaga untuk tiga jam pun tak boleh,' Tao bermonolog dalam hati.

Badannya sudah mulai membongkok dan hampir tumbang.

"Oppa," panggil Yixing. Tao yang tadinya ingin jatuh telah membatalkan niatnya. Dia memandang Yixing yang sedang merenungnya.

"Siapa oppa kau?" tanya Tao.

"Oppa lah. Tadi Jongdae bagitau yang oppa ni oppa kandung saya. Dia cakap saya ni adik oppa dan saya ni perempuan. Tapi kenapa rambut saya pendek dan saya tak de—"

"Tak guna aku nak tidur je huhu. Hyung pergi tidurlah. Jangan kacau Tao," rayu Tao sambil menutup mulut Yixing.
Yixing mengangguk dan terus tertidur.

Jongdae yang berada di dalam semak ketawa terkekek-kekek. Makin blur si Yixing dari hari ke hari. Seronok juga mengusik.

'Hahahaha. Aku harap Yixing tak jumpa true love dia lagi. Aku tak nak dia jadi normal,' gumam Jongdae dalam hati.

Tao pula sudah geram dengan Jongdae kerana mengusik Yixing begitu. Hasratnya, esok pagi dia mahu masak Jongdae diatas api ataupun buat sup. Tapi bakar pun okey kan?

Mana satu yang sedap eh?

"Unta masak tiga rasa. Unta bakar. Sup unta. Unta goreng," Tao mengomel seorang diri. Tinggal satu jam sahaja lagi exo-k akan menggantikan tempat mereka.

-bersambung

(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]Where stories live. Discover now