( BUMI )Seluruh dunia dihebohkan dengan kehilangan 11 gadis popular berasal dari Korea.
Selama berbelas malam polis dan pihak berkuasa melakukan pencarian ahli-ahli YEOGI tetapi keputusannya tetap sama. Mereka tidak dapat kesan di mana-mana di dalam negara ini.
"Hongki, macam mana ni!?" soal ibu kepada Hana yang cemas.
"Macam mana anak kami semua boleh hilang ni!" soal ibu kepada Eunqa pula. Satu-satunya anak yang dia miliki telah hilang beberapa minggu yang lalu tanpa khabar.
"Hongki, buatlah sesuatu. Dia satu-satunya anak eomonim," rayu ibu Minsya pula.
"Apa yang dah terjadi sebenarnya ni Hongki? Kamu ke mana sebenarnya waktu kejadian? Kenapa kamu tak ada bersama mereka?" tanya ibu kepada Taeyeon. Mereka semua resah.
Hongki memandang ibu-ibu dihadapannya. Semuanya bagai hilang arah sekarang. Dia mengeluh lemah. Bawah matanya sudah pun dipenuhi lebam hitam kerana tidak cukup tidur. Dia pun sudah tiga hari tidak mandi.
"Eomonim-eomonim semua. Hongki minta maaf sebab tak jaga diorang. Hongki bersalah. Hongki sepatutnya teman diorang tapi Hongki pergi jaga anak saudara Hongki. Dia sakit. Mianhaeyo," jelas Hongki yang kesal. Dia boleh saja membawa anak saudaranya ke rumah ahli YEOGI tapi dia tidak melakukannya.
Macam mana dia nak selesaikan hal ini sekarang?
( Vampire world / planet lyoxo )
Ahli YEOGI membuka mata mereka perlahan-lahan setelah begitu lama pengsan. Hal yang pertama mereka lihat setelah bangun ialah sebuah bangunan asing.
"Waaaa!" Mereka menjerit serentak.
"Unnie. Tempat apa ni?!" tanya Seohyun.
Mereka terkejut kerana sekarang ini, mereka sedang berada di dalam bangunan yang kelihatan seperti sebuah istana.
Di hadapan mereka, ada seorang lelaki sedang berdiri dengan lengkap berpakaian hitam seperti tuxedo dan mantel di belakangnya. Bingung.
"Kau siapa?" tanya Hana sambil memeluk Seohyun yang ketakutan.
Lelaki tersebut tersenyum.
"Aku Kim Woo Bin. Raja Vampire disini. Selamat berkenalan—" ujarnya dengan suara garau. Tapi secara tiba-tiba, dia bertempik, "ANNYEONG!" sapanya dengan mesra. Ahli YEOGI terperanjat dan semakin kebingungan.
"Huh? Dia cakap apa tadi? Vampire? Kau ni peminat fanatik Twilight ke?" Sulli bersuara.
"Ni rancangan yang ada kamera tersembunyi tu ke? Mana kameranya? Sini aku nak sapa baik-baik," ujar Jungli sambil menggulingkan bebola matanya.
"Ini real lah. Cuba bukak mata besar-besar. Ada mata tak nak guna. Tch," sindir Woobin lalu terbang kearah mereka dengan selambanya.
Dan akibat perbuatannya, dia telah menyebabkan kesebelas gadis itu terketar-ketar. Mereka menjerit serentak sekali lagi.
"Siapa kau dan apa yang kau nak?!" jerit Eunqa. Woobin merenung Eunqa lalu tersengih dan menggaru belakang kepalanya. "Sorry hehe," ujar Woobin.
"Aku cuma nak korang bantu aku," jawab Woobin sambil tersenyum lagi.
"To—tolong apa?" soal MinSya.
"Tolong...selamatkan dunia kami?" balas Woobin. Dia mengelilingi mereka dengan perlahan-lahan. Tangannya diletakkan ke belakang. Ahli YEOGI merenungnya seperti dia orang gila.
"Kau fikir kitorang ni superwoman nak tolong selamatkan dunia bagai?" sindir Hana. Woobin merenung Hana sehingga membuatkan pandangan gadis itu jatuh ke lantai.
YOU ARE READING
(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]
VampirSekumpulan gadis terkenal di Korea yang memiliki darah yang paling unik didunia telah diculik oleh Vampire Vampire Love Siri 2 : Our Kingdom (mohon baca ^^) Highest rank #5 in Vampire #4 in Vampire #3 in...