Part 18

2.7K 250 44
                                    

FIRST OF ALL : Jangan judge part ni. Aku tahu mengarut tapi jangan judge HAHAHHAA..

Raurrrrrrrr!!

Bunyi harimau mengaum menyebabkan kaki ahli YEOGI terketar-ketar. Hampir sahaja mereka menitiskan air kencing kerana terlalu takut.

Ahli EXO memandang sekeliling untuk memeriksa dari mana datangnya bunyi harimau tadi.

Rawwwrrr!!

"Kyungsoo hyung, hentakkan maut! Henshin!" arah Jongdae. Kyungsoo mengetuk kepalanya dengan kuali.
"Henshin kepala botak kau. Kau ingat ni kamen rider?" marah Kyungsoo.
"Hehe. Sorry-sorry. Jangan marah," ujar Jongdae. Namun dalam hatinya, dia mengutuk Kyungsoo kerana lelaki itu pernah botak suatu masa dahulu.

"Dalam masa-masa macam ni jugaklah korang nak bertekak kan? Kitorang tengah takut ni!" marah Mijoo. Lututnya terasa sangat lemah selepas mendengar ngauman harimau tadi. Mahu berdiri pun tak boleh, inikan pula hendak berlari.

Seohyun telah pun dipapah oleh Hyoyeon dan Taeyeon sejak tadi. Semua ahli YEOGI tahu bahawa Seohyun memang takutkan harimau. Ini kerana, sewaktu dia kecil dulu, ommanya pernah membawanya ke Zoo Negara untuk melihat harimau. Sampai satu kejadian, dia yang masih kecil terjatuh ke dalam kandang harimau.

Nasib baiklah jatuh di dalam tasik tempat harimau mandi. Hampir saja seekor harimau mahu membahamnya namun penjaga zoo sempat menyelamatkannya dengan menembak peluru tidur kearah harimau itu. Sejak dari hari itu, dia terlalu fobia dengan binatang bernama harimau.

Harimau meow meow meow.

"Urgh! Hyung! Aku nampak rimau kat sebelah timur dalam semak!" jerit Tao. Dia sekarang lebih berani selepas dapat membunuh lipas di episod lepas.

"Omma! Seo tak nak jumpa rimau! Huarghhhh!" Seohyun sudah mula menangis. Tiba-tiba muncul sekumpulan harimau dan ia terus mengepung mereka.

"Kemana kau mau lari wahai vampire yang lazat?" sapa seekor harimau yang agak besar. Mungkin ini ketuanya.

"Bhahahaha! Bos, ada manusia lah. Santapan terbaik selama 1000 tahun ni bos. Ermm, sedapnyaaa sehingga menjilat kaki," harimau kedua bersuara dengan suara yang agak garau.

"Hoi! Wahai harimau sakti, lepaskanlah kami. Kami tak bersalah," rayu Yixing.

"Mana mau lari haaa?" Seekor lagi harimau mula bermain-main dengan mereka.

"Yang kecil molek cantik ayu meletop kebabom tu. Bagi dia pada aku. Dagingnya nampak fresh." Seekor harimau miang menatap wajah Seohyun.

"Aku tak nak! Aku tak nak! Sehun tolong aku! Unnie, Seo takut!" Tangisan Seohyun makin menjadi-jadi.

"Hoi harimau jadian yang hodoh. Baik korang blah! Kitorang tak kacau korang pun kan? Nak makan pergi kedai. Duit ada kan?" marah Chanyeol kepada mereka. Harimau-harimau itu ketawa.

"Yoda mana pulak tegur aku ni? Kau ni terlepas dari kandang Star Wars ke? Baik kau pergi balik planet kau lah. Ke nak aku panggil askar stormtroopers?
Atau Darth Vader?" Ketua harimau mulai ketawa.

"Panggil Luke Skywalker jelah. Jap aku call ehh? Mana telefon aku ni?" Pembantu harimau juga mahu berlawak.

Tanpa mereka sedari, ahli EXO dan YEOGI telah pun lari sewaktu mereka sedang ketawa.

"Cabut! Palli palli palli palli!" jerit Suho.

Terkocoh-kocoh mereka berlari masuk ke dalam hutan. Harimau-harimau yang lapar, bongkak, gila dan miang tadi segera mengejar mereka. Nasib harimau sumatera, kalau harimau bintang yang kejar, tak ke mampus? Tapi bukan sama je ke? Sama-sama harimau.

Tiuu tiuu tiuuu. Bunyi tembakan berbunyi dari atas langit.

EXO menoleh keatas serentak dan seraya itu terkejut.

"HAH?! Kapal angkasa Darth Vader betul-betul ada dekat sini?!" jerit mereka. Kelihatan Darth Vader dan beberapa eehh beratus askar stromtroopers sedang mengejar mereka.

Nampaknya mereka menyangka Yoda masih hidup dan mahu membunuh Yoda(Chanyeol). Habislah kau Capang.

"Kejar!!" arah Darth Vader.

Tiuu tiuu tiuuu

Peluru dilepaskan sekali lagi. EXO dan Yeogi berusaha untuk lari dan bersembunyi. Dari belakang, Luke, Princeas Leia dan Han Solo sedang mengekori mereka.

Apakah kesudahan cerita yang pelik ini?

-bersambung

Jangan jUdGe!! 😂😂😂✊

(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]Where stories live. Discover now