Part 6

4K 301 14
                                    

"Urghh!" Bunyi Woobin sendawa membuatkan mereka semua tersedak. Hyeri menjeling suaminya itu. Tak senonoh.

"Haa, kenyang," ujar Woobin sambil menggosok-gosok perutnya. Dia bersandar pada penyandar sambil tersengih. Hyeri mengelap bibirnya dan duduk dengan sopan. Kesemua ahli EXO dan YEOGI berhenti dari makan dan memandang Hyeri kerana wajah permaisuri itu kelihatan sangat serius.

"Kenapa muka ketat semacam je wahai cik permaisuri?" Tegur Sehun kepada Hyeri. Hyeri memandangnya dengan wajah vampirenya yang dingin dan tidak menjawab soalan Sehun tadi.

Pakk!!

Hyeri menampar paha Woobin dengan kuat. Terperanjat Woobin dibuatnya. Woobin segera duduk dengan sopan dan membetulkan bajunya. Dia mula bersuara.

"Yeogi Z, kamu semua dah ready ke?" tanya Woobin kepada ahli YEOGI. Mereka memandang satu sama lain kemudian memandang kearah Woobin semula. Mereka tidak menjawab langsung pertanyaan Woobin. Mereka tidak bercakap mahupun menggelengkan kepala apatah lagi mengangguk.

"Walaupun korang tak ready, korang tetap kena ready jugak tak kira apa pun yang berlaku," sambung Woobin dengan serius.

Dia memandang tepat kearah hutan larangan yang berada beribu kilometer jauh dari istananya yang suram.

"Sekejap lagi, kamu semua akan masuk ke dalam hutan larangan tu dan bawa balik Batu Mutiara Biru. Pastikan batu mutiara biru itu tidak jatuh ke tangan orang yang salah. Kalau tidak, nahaslah jawabnya," perintah Woobin dengan serius. Dia segera bangun dan berjalan ke takhtanya. Kesemua ahli EXO, YEOGI dan Hyeri mengikuti Woobin dari belakang.

"Woobin, kalau kami nak berpatah balik boleh tak?" tanya Mijoo kepada Woobin tanpa teragak-agak. Woobin menggeleng.

"Sekali kamu buat keputusan, kamu dah tak boleh berpatah balik. Kan saya dah bagitau?" jawab Woobin.

"Bila pulak ahjussi cakap hah?" tanya Mijoo lagi.

"Eo? Saya tak bagitau ke?" tanya Woobin kepada Mijoo.

"Nae.." jawab Mijoo dengan yakin. Kesemua ahli YEOGI dan EXO juga turut menggeleng. Hyeri menepuk dahinya..

"Jangan jadi blur macam si Yixing ni boleh tak?" marah Hyeri sambil mengahalakan jarinya kearah Yixing. Yixing tersedak air sirap madunya. Suho membantu menggosok-gosok belakang Yixing.

"Mianhae mianhae. Hohoho. Tak pelah, benda tu dah tak penting," ujar Woobin dengan tenangnya.

Hana mulai merasakan apa yang mereka lakukan ini bakal membawa masalah besar. Sesiapa bangunkan dia daripada mimpi ni?

×××


Kesemua ahli YEOGi berada di luar kawasan istana. Mereka kelihatan sedikit takut dengan mayat-mayat vampire yang berada disitu. Tapi mujurlah ahli EXO ada untuk melindungi mereka.

Woobin dan Hyeri keluar melalui pintu gerbang istana. Hyeri mendekati ahli YEOGI dan memberi kata-kata semangat kepada mereka.

"Good luck! Bawa balik Batu Mutiara Biru tu untuk kami ye?" kata Hyeri dan ingin tunduk menyembah ke tanah sebagai tanda menghormati ahli YEOGI. Hana menghalang Hyeri dari melakukan hal tadi dengan memegang bahu Hyeri.

"Hyeri, kami janji akan bawa balik mutiara tu," balas Hana lalu memeluk Hyeri. Seolhyun mendekati Hyeri dan turut sama memeluknya. Kini, mereka mulai memeluk permaisuri muda itu beramai-ramai.

"Kami pergi dulu tuanku!"

EXO dan YEOGI berjalan kearah pintu pagar yang memisahkan bandar Vampire Light dengan hutan larangan. Semakin dekat mereka dengan pintu pagar, semakin cemas mereka dibuatnya. Ahli EXO berhenti di hadapan pintu pagar tersebut dan membaca sesuatu.

"Unnie, mana pintu pagarnya?" bisik Sulli.

"Molla. Tak ada apa-apa pun kat depan ni?" balas Eun Qa. Mereka semua terpinga-pinga disitu.

"Pintu pagar ni lutsinar. Sebab tu lah ia dinamakan sebagai The Illusion Gate, Woobin tak bagitau ke?" celah Minseok.

"Nae?" jawab mereka serentak.

"Aduhai!" jerit ahli EXO. Mereka kesal dengan Woobin yang sentiasa terlupa akan hal penting seperti ini. Kini Luhan, Kyungsoo dan Yixing segera melangkah ke hadapan. Mereka meletakkan tangan mereka di dada dan membaca sesuatu. Hyoyeon cuba mencuri dengar apa yang dibaca oleh Luhan, Kyungsoo dan Lay.

Namun, bunyi mantera yang didengari Hyoyeon tidak terlalu jelas. Mulut Luhan, Kyungsoo dan Lay terkumat-kamit membaca mantera aneh tersebut sehingga keajaiban berlaku.

Tiba-tiba ada satu cahaya putih menerpa kearah mereka. Cahaya putih itu membentuk sebuah pintu pagar yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tadi.

"Woahh!!" jerit ahli YEOGI dengan kagumnya.

"Jinjja daebak!" puji Hana lalu memberikan thumbs up.

"Jom masuk. Cepat sebelum ada vampire lain nampak dan ikut kita!" arah Chanyeol lalu masuk ke dalam hutan larangan dengan pantas, begitu juga yang lain. Mereka mengikuti jejak Chanyeol. Tanpa disedari, terdapat empat ekor kelawar berwarna dark red terbang ke dalam hutan larangan sesaat sebelum pintu pagar itu ditutup.

Pintu pagar hutan larangan sebenarnya tidak ditutup tapi diselindungi dengan magik. Ia diselindungi dari mata kasar vampire. Hanya yang hijabnya telah terbuka sahaja boleh melihat pintu pagar ini. Malahan, makhluk jijik yang berada di dalam hutan larangan ini juga tidak boleh melihat pintu pagar tersebut.

Sesiapa yang hijabnya terbuka pasti akan selalu melihat mahkluk jijik yang berlendir sedang berlegar-legar di hadapan pintu pagar. Kemudian, mereka pasti pengsan setelah melihatnya.

Dari makhluk Troll hinggalah ke mahluk yang lebih jijik, semuanya berada didalam hutan larangan ini. Sebab itulah, nenek moyang Woobin memanggil ahli sihir putih untuk melindungi penglihatan vampire dari melihat mahkluk-mahkluk jijik itu.

Kelawar tersebut terbang sehinggalah ke tengah-tengah hutan. Kemudian mereka bertukar menjadi vampire. Vampire yang kejam.

"Tak lama lagi. Kita akan bersemuka Chanyeol"

"Korang akan mati!"

"Aku tak kisah siapa pun sasaran korang. Yang pastinya, kesemua ahli EXO tak berguna tu harus mati!"

"Manusia bodoh!! Percaya sangat dengan vampire-vampire bodoh macam Woobin dan Hyeri sampah tu. Silap korang bawa makanan ke sini."

Mereka berempat ketawa sehingga membuatkan binatang-binatang melarikan diri.

Bersambung

(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]Where stories live. Discover now