AQIF memandang Qira berlalu dari tingkat atas. Terasa rindu ingin bergaduh dengannya. Dah jatuh cinta ke? Tak mungkin. Gumam Aqif sendiri. Aqif membetulkan kedudukan headphonenya lalu beredar dari tempat itu memandangkan ramai yang berhenti untuk melihat dan mengambil gambarnya. Aqif mengeluarkan telefonnya yang berdering lalu mengangkat panggilan tanpa melihat nama pemanggil. "Hai u! Sibuk ke sampai i pun u lupakan dah." Kedengaran suara di talian menggedik mengalahkan belut.
Aqif melihat skrin telefonnya lalu mematikan panggilan. "El! Kenapa kau balik Malaysia?! Tak habis nak ganggu hidup aku ke?!" Bentak Aqif perlahan. Telefon Aqif kembali berdering. Melihat nama pemanggil membuatkannya menutup telefon. Malas nak layan belut tu. Langkahnya diatur laju ke arah tempat letak kereta.
"AQIF baru balik?" Soal Tengku Aishah ketika melihat Aqif memasuki rumah. Aqif mengangguk lalu menyalam tangan ibunya. Punggungnya dihenyakkan ke atas sofa berwarna coklat. "Kenapa ni Aqif? Ada masalah ke?" Soal Tengku Aishah prihatin. "Mama, El balik Malaysia hari ni ke?" Tanya Aqif. "Haah. Tadi mak su call bagitau kat mama yang El balik hari ni." Jawab Tengku Aishah tanpa ragu-ragu. "Dia ada datang rumah ni ke?" Soal lagi Aqif. Tengku Aishah menggeleng. Pelik. Tak pernah-pernah Aqif tanya tentang El.
"Ok la ma. Aqif nak naik mandi solat. Kang nanti terbabas." Aqif mengatur langkah menaiki tangga menuju ke biliknya.
"QIRA, nanti kalau ada masa, singgah la kedai. Kau sejak kerja kat sana tak pernah lagi pijak ke kedai. Bunga pun dah rindu kat kau. Memtang-mentang kerja bagus,dah lupa asal usul." Fina memerli Qira sewaktu menghantar Qira ke pejabat. Macam driver lak! "Tengok la dulu. Aku ni bukan boleh keluar sangat. Tak de transport." Ujar Qira. "Wokkey. Aku ambil kau lunch. Kita makan kat kedai." Qira mengangguk laju. Kemudian kakinya melangkah menuju ke lif.
Semasa menunggu lif, Qira terserempak dengan lelaki yang ditemuinya pada hari pertama bekerja. "Hai. Awak yang hari tu kan? Saya Helmi." Helmi menghulur tangannya. Qira mengangguk sedikit. Gile ke apa mamat ni? Bagi aku tiket pergi ke Lost World of Neraka je. Helmi tersengih seraya menarik tangannya perlahan. "Awak kerja sebagai apa?" Sewaktu itu Qira dan Helmi telah masuk ke dalam lif. "Pekerja Maju Jaya Holding." Selamba Qira menutur. Aduh! Apasal la lif ni pelan sangat? Muka Helmi jelas berubah. Hah ambik kau! Nak sangat ngoratkan? Tak pernah rasa kena reject kan? Rasain lu!
Qira segera keluar dari lif. Tak cukup oksigen rasanya. Cepat-cepat dia mengatur langkah ke mejanya. Matanya memandang ke arah bilik Aqif. Kosong? Lantak la. Untung jadi bos. Boleh pergi lambat. Qira meletakkan semua barangnya di atas meja. Tangannya mengambil fail di atas meja untuk menyemak keluaran wang bulan lepas. "Morning Qira. Dah sarapan?" Erny menjenguk Qira yang khusyuk memeriksa fail. "Morning Kak Erny. Belum. Tapi Qira ada beli nasi lemak." Qira memuncungkan mulutnya ke arah bungkusan nasi lemak. "Baru nak ajak makan. Ok la. Akak turun dulu." Qira hanya memerhati Erny sehingga hilang dari pandangan.
"Bagi saya kopi kurang manis. Kalau manis potong gaji awak." Qira mengangkat muka. Dilihatnya Aqif masuk ke dalam pejabatnya sambil menjinjing beg bimbitnya. Susah betullah pakcik ni. Pantang nampak aku mesti buli aku. Qira mengatur langkah ke pantri. Sambil dia membuat air dia terdengar pekerja lain bergosip. "Eh, aku tak puas hati la. Apasal kita yang dah lama kat sini tak dapat pun jadi secratary Encik Aqif yang putih melepak macam orang putih tu. Senang-senang je si Qira tu dapat." Gadis berambut perang membuat muka menyampah. "Betul. Punya la aku berlakon baik depan Encik Aqif tau-tau da ada orang lain dapat jawatan tu." Rakan gadis tersebut menyokong. "Ehem.." Qira berdehem untuk menyedarkan dua gadis dihadapannya yang dia ada di situ. "Sorry la kalau saya ambil idola akak berdua tapi saya tak minat orang putih macam tu. Cepat kotor." Qira menepuk bahu salah seorang gadis lalu beredar. Panas betul duk dalam pantri tu.
"Encik Aqif, kopi dah siap." Aqif memberi isyarat mata menyuruh Qira meletakkannya di atas meja. "Ada apa lagi?" Soal Qira. "Dah semak fail yang saya suruh?" Kening Aqif terangkat sebelah. "Err..tadi saya nak semak la. Tapi encik suruh saya buat kopi. Tergendala saya punya kerja." Aqif mengangguk lalu mengibaskan tangannya menyuruh Qira keluar. Biadap betul. Harap belajar tinggi tapi adab lagi bawah dari dasar lautan hindi. Qira menghentakkan kakinya sedikit ketika keluar. Aqif hanya memerhati sambil tergelak kecil. Comel sungguh. Macam budak kecik. Aqif menggeleng sambil tersenyum kecil sebelum meneruskan kerjanya.
Hye korang! Seronok baca? Kalau seronok vote la ckit...hahaha..nak promote ni.. novel princess by Chocgirls..member yang buat.. try bce k? ^-^ Yang gmbr kat atas tu gambaran muka Qira. Yang tu pun jumpa kat internet...hahaks.. ;)
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
RomanceQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...