Keesokan harinya, awal pagi lagi perkarangan rumah Qira dipenuhi kereta sanak saudara yang jauh-jauh. Qira bersiap untuk bertemu sepupunya Hayza.
"Woi. Anak dara spesis dugong. Bangunlah. Dah pukul berapa dah ni?" Bebel Qira. "Hmm.....nanti la." Fina merengek. Pui! Pikir comel?
"Bangun la. Mak sedara aku datang. Nanti dia termasuk sini tengok korang terbongkang lagi aku tak tau la. Reject awal-awal jadi menantu. Dah la anak diorang hensem." Terus Fina dan Elli bangun menuju ke bilik air. Amboi..gatal!
Qira menggeleng melihat kawan-kawannya. Kakinya diatur menuju mak ngahnya. "Assalamualaikum Mak ngah. Mak ngah sihat?" Soal Qira sambil mencium tangan Mak Imah.
"Sihat. Dah siap ke nak jadi tunang orang?" Soal Mak Imah. "Err...sudah." Maaf la mak ngah. Tipu sunat. Ehehe.
"Bagus la. Dah. Mak ngah nak naik dulu. Nak jumpa mak kamu." Mak Imah terus naik ke rumah dan menuju ke dapur. "Hai Ira." Qira berpaling. Dilihatnya Harith segak memakai T-shirt putih berkolar.
"Harith! Apa cer? Mana adik kau?" Soal Qira teruja. Lama sungguh tak jumpa sepupu yang sorang tu. "Ayza kat kereta. Angkut barang." Harith menunjuk pada Hayza yang sedang mengangkat beg.
Qira terus berlari mendapatkan Hayza. "Ayza! Larat ke nak angkut tu?" Soal Qira dari belakang. "Eh..Ira!!!!" Hayza berpusing dan terus memeluk Qira. Habis beg semua jatuh.
"Eh..beg kau jatuh la." Qira cuba nak lepaskan diri dari dipeluk Hayza untuk ambil beg tu. "Lantak la beg tu. Aku rindu kau la Qira. Kat sana bosan. Tak de yang dope, havoc gila macam kau." Qira dan Hayza ketawa.
"Oooo.. dah jumpa dia punya geng tinggalkan aku sensorang." Nada Harith seperti merajuk. "Lantak kau la nak merajuk ke apa. Tak kesah pun. Jom Ayza. Naik." Qira mengangkut beg dan berjalan beriringan Hayza menuju ke rumah.
"Kau sorang je ke?" Soal Hayza. Selalunya kalau jumpa Qira mesti ada minah yang sama gila macam Qira tu. "Oh. Tak la. Aku bawak 2 kawan aku." Ujar Qira.
Fina dan Elli keluar dari bilik setelah bersiap. "Hui...amboi. Cecantik ni ingat ada yang nak masuk minang ke?" Perli Qira. "Eh...memang ada pun." Tungkas Fina.
"Memang ada pun. Minangkerbau. Kerbau tu kau la." Terjengil mata Fina. "Eh, Fina. Kau sihat ke?" Sapa Hayza sebaik melihat Fina. "Sapa ni?" Soal Fina. Hayza buat muka merajuk.
"Ni? Ni aku kutip kat jalan. Kesian dia. Tak de tempat tinggal." Qira memeluk bahu Hayza bagi memantapkan lakonan. "Hah? Sesuka hati kau je nak kutip orang. Mana tau dia ni orang jahat ke." Balas Fina.
"Sampai hati kau kata aku orang jahat. Aku orang baik tau." Fina mengerutkan dahi. Muka familiar la. "Dik, kau ni merayau je keje. Mak cari kau la." Harith mencelah.
"Harith? Adik? Mak?" Otak Fina mula bekerja keras. "Laa....kau ke Ay? Patutla. Ingatkan beggar mana la masuk rumah ni." Hayza melangkah ke arah Fina dengan geram. Suka suki je panggil aku pengemis.
"Oi. Dah la tu. Mak panggil la. Kat luar." Hayza berhenti melangkah. "Siap kau nanti." Sempat Hayza bagi amaran sebelum keluar. "Ui Harith. Tak sedih ke buah hati kau nak tunang?" Fina menguji Harith.
Elli yang dari tadi hanya diam menonton drama tak berbayar dihadapannya. "Sedih la. Buah hati ngan orang lain. Bukan kita." Qira buat muka menyampah. "Buku nak?" Qira menggenggam tangannya dan ditunjukkan pada Harith.
"Tak nak. Tapi nak buku teks ke hati awak. Dapat tau cara nak ke hati awak."Qira buat muka menyampah. "Whatever. Fina, Elli jom. Tinggalkan mamat ni sensorang." Qira menarik Fina dan Elli ke dapur.
"Ha...keluar dah puteri dugong ni. Ingatkan buat lemak je dari tadi." Perli Rafiq sebaik melihat Qira di dapur. "Eh, kalau along puteri dugong, hang tu adik puteri dugong." Balas Qira geram. Tak habis dengan dugongnya. Rafiq menjelirkan lidah.
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
Lãng mạnQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...