"AH, rindunya balik sini. Hai ros, melur, daisy. Tak lupa juga pada tulip." Qira bercakap pada pokok-pokok bunga seolah-olah pokok tersebut boleh bercakap.
"Nak kata gila, tak sampai hati. Aku rasa..kau ni ada down syndrome." Perli Fina sambil meletakkan barang-barangnya di atas kaunter.
"Biarlah. Biar bunga-bunga ni tau yang aku rindu giler kat depa." Tutur Qira. Qira menuju ke tempat punchcard.
"Weh, budak baru tu apa nama dia? Aku lupa." Soal Qira. "Tu la. Banyak makan.."
"Ya, ya. Banyak makan semut lagi. Kan dah lupa. Lain kali makan semut tu makan dengan kismis. Baru boleh kuat ingatan sikit. Ayat kau tu lebih kurang je. Cuba ubah. Anda mampu mengubahnya." Perli Qira sebelum sempat Fina menghabiskan ayatnya.
"Bagus. Itu menunjukkan kau punya ingatan mantap." Puji Fina. "Mana taknya. Satu hari 5 kali aku dengar. Muak tahu?" Qira mengambil gunting dan membuang dahan yang rosak.
"Assalamualaikum." Seseorang memberikan salam. "Waalaikummussalam. Hai, Ira. Lama tak jumpa." Sapa Qira. Ira tersenyum.
"Haah. Lama tak jumpa.Qira sihat? Dengar citer Qira dah tunang. Betul?" Soal Ira. Qira tersenyum. "Haah. Baru balik ni. Nape tak pergi?" Baru teringat yang Ira tak de semalam.
"Ira busy la minggu ni. Bulan depan Ira pulak yang bertunang." Qira dan Fina terkedu.
"Wah!! Tahniah Ira! Sapa tunangnya?" Fina soal dalam teruja. Ehh....ni mencelah asal?
"Siapa lagi? Arief la." Ira membalas soalan Fina. Muka Fina berubah. "Omg. Dat Arief? Arief yang selalu ganggu Ira tu?" Fina kelihatan terkejut. Ira mengangguk.
"Macam mana boleh bertunang lak ni?" Soal Fina lagi. "Woi. Aku ni apa? Tunggul? Dinding? Bunga?" Rasa terpinggir pula. Mentang-mentang dah kamcing, lupa aku.
"Hehehe...sorry ah wey. Tapi kalau nak cakap ngan kau pun, kau kenal ke Arief? Tak kan? So? Sama la macam cakap ngn tunggul..dinding..bunga..beruk." Ditekankan perkataan beruk.
"Nak Ira cerita tak ni?" Ira kebosanan menunggu drama di hadapannya habis. Qira dan Fina berhenti bergaduh. Terus mereka duduk dihadapan Ira.
"Hehehe... Nak la." Qira dan fina tersenyum sumbing. Ira terus bercerita dari A ke Z bagaimana dia boleh bertunang. Qira dan Fina mengangguk faham.
"Weh Qira,pergi cek order kat online. Mana tau da banyak ke" arah Fina. Qira mengangguk. Dibukanya laptop dan membuka laman web kedai bunga mereka. Tangannya lincah menekan tempahan.
"Mak aih, berapa lama kau tak cek tempahan masuk ni? Banyak ni." Bagai tak percaya melihat ada lebih kurang 200 tempahan termasuk yang sudah luput. Fina hanya tersengih.
"Sejak kau dah berhenti kerja." Qira membaling pen hampir kena muka Fina. Nasib baik Fina sempat elak. Mata Qira mencerlung ke arah Fina.
"Lek ah bro. Gua gurau je. Sebenarnya 2 minggu sebelum kau berhenti kerja gua tak cek." mata Qira terjengil keluar. "Kau ni!! " habis berkejaran mereka di dalam kedai. Ira hanya menggeleng.
Mata Ira terhenti pada susuk tubuh yang berada di luar kedai. Kaki dilangkah menuju ke luar. "Ye encik? Ada apa-apa yang saya boleh bantu? " soal Ira ramah.
Lelaki tersebut senyum. "Boleh.. Panggilkan Cik Qira tak? " soal lelaki tersebut. Ira memandang lelaki tersebut pelik namun kaki masuk semula ke kedai untuk memanggil Qira.
"Qira!" Qira masih sibuk mengejar Fina sehingga tidak dengar Ira memanggilnya. "Woi Qira!! " terhenti pergerakan Qira dan Fina. "Apa ni Ira? Terjerit-jerit. Tak elok la." mata Ira mengecil. Oh? Aku panggil nama kau tak dengar, bila aku jerit kau marah. Main kejar-kejar kat kedai tu elok sangat lah?
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
Lãng mạnQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...