Bab 34

1.5K 31 0
                                    

"Ha dah sampai." Qira mematikan enjin motor. Setelah Aqif turun dari motor, tongkat diturunkan.

"Nak aiskrim tak? Nak perisa apa?" Soal Qira pada Aqif yang senyap. Tak seperti sebelum keluar rumah tadi. Aqif sekadar menggeleng dan diam. Dah kenapa dengan mamat nii??

"Ha, nah. Pergi lah tukar baju. Toilet ada kat situ." Qira menghulurkan beg plastik. Aqif sekadar menjeling dan berjalan meninggalkan Qira.

Qira sekadar melihat Aqif berlalu pergi. Dah kenapa pakcik ni? Period ke? Moody semacam je. Malas nak kesah, Qira terus berlalu ke toilet. Ramai juga ya hari ni yang mandi.

Ramai budak-budak sekolah. Untung lah kampung ni. Terkenal sebab ada sungai yang cantik. Boleh berkelah. Mesti kaya tuan tanah ni.

Qira mencari-cari Aqif setelah menukar pakaian. Haih, mana pulak pakcik ni? Setelah melihat Aqif berenang-renang di hujung sungai, Qira berjalan ke arahnya.

"Hey, asal ni? Saya ada buat salah ke?" Soal Qira. Aqif memandang Qira seraya menggeleng. Dia tetap diam. Qira melepaskan keluhan kecil.

Qira duduk di atas batu yang besar. Kaki direndamkan ke dalam air sungai. Brrr....sejukkk. Macam mana Aqif boleh tahan sejuk camni? Dah la tak pakai baju. Eh?

Qira memandang sekeliling. Patut le anak dara sana duk usyar laki aku. Seksi sangat laki aku ni. Haih.

"Awak, pakai lah baju. Seksi sangat lah awak ni. Tengok ramai yang tengok awak." Qira menjuihkan bibirnya pada selumpulan anak dara yang bertenggek atas batu.

Aqif pandang Qira. Tanpa perasaan dia bertanya, "Kau jeles ke?" Qira buat muka itik. "Tipulah saya tak jeles. Awak tu kan ada muka foreigner. Ofc la semua nak tengok awak."

Akhirnya, Aqif senyum. Aku tarik nafas lega. Buat gabra je la dia ni. Haih. "Ha kan boleh senyum. Tadi monyok je. Macam telan buah asam." Bidas Qira.

Aqif berenang ke tepi sungai dan ambil tempat di sebelah Qira. Qira berganjak ke tepi sedikit. Tak nak air yang menitik kena baju dia. Stay dry.

"Tadi kenapa awak monyok je? Waktu dari rumah elok je." Soal Qira. Aqif memandang Qira dan jatuhkan pandangan pada air sungai. Dia menggelengkan kepala.

Qira mengangkat bahu. Tak apalah. Orang tak nak kongsi cerita. Tak payah lah nak desak kan?

"Kau...."

Qira pandang Aqif.

"Kau ada apa-apa dengan Paan ke? Macam rapat je dengan dia tadi kawan kau cerita." Soal Aqif.

Qira diam. Berfikir sekejap. Dia menggeleng. "Tak de apalah. Paan tu kawan saya je. Kawan biasa." Jawab Qira.

"Ye ke? Habis tu kawan kau kata yang Paan tu kalau untuk kau sume boleh je? Still biasa juga?" Qira sudah mula menggaru kepalanya. Waduih pakcik ni..asal nak serang aku tiba-tiba ni?

"Betul lah. Paan tu kawan baik saya dari kecil. Sekali geng dengan Aireen tu. Tu je. Ofc la untuk saya sume boleh. Saya yang tolong dia get back balik dengan awek dia. Dia tu dah bertunang dah pun lah dengan awek dia tu." Aqif terdiam. Qira angkat kening. Termenung ke?

"Oh." Pendek Aqif membalas. Tu je? Tu je awak balas? Bisik hati Qira. Perlahan-lahan bibir Qira mengoyak senyum. "Awak jeles eh?" Aqif terus pandang Qira. Nampak Qira yang senyum kambing tu, terus Aqif pandang tempat lain.

"Eleh. Jeles tu cakap je lah jeles. Tengok saya. Tak malu pun ngaku yang saya jeles tadi." Qira mengangkat kening tinggi. Aqif mencebik.

"Kau memang lah. Keras." Qira gelak. Aqif mengepal penumbuk geram. Apalagi, Aqif tolak Qira ke dalam sungai.

"Awak!" Qira menepuk air tersebut. "Jahatlah awak ni! Tengok, kan dah basah." Qira memeluk tubuh. Aqif ketawa puas. Tu lah! Derhaka kat suami lagi! Hahaha.

"A-Awak...." Suara Qira mula bergetar. Aqif perlahan-lahan berhenti ketawa. Qira mula tenggelam dan timbul. Aqif masih tidak berganjak. Yelah. Mana tau Qira mainkan dia ke? Qira tu dah la suka usik orang.

"A-Awak...tolong..." Qira makin menjauhi tempat yang mereka duduk. Aqif terus terjun dalam sungai dan bawa Qira ke tebing bila kepala Qira tidak timbul.

"Wei, kau ok tak?" Aqif menepuk-nepuk pipi Qira. Perlahan Qira membuka matanya. Dia terbatuk-batul. Qira segera menjeling suaminya.

"Sukalah buat macam tu? Suka tengok saya lemas? Tahu lah awak benci saya, tapi tak payah lah nak saya mati depan mata awak." Qira menghamburkan rasa marahnya. Dadanya berombak sebab tak cukup nafas tadi.

Aqif diam. Dia merenung Qira yang sudah basah kuyup tu. Qira juga pandang Aqif. Dah kenapa mamat ni?

"Siapa cakap aku benci kau?" Qira membuntang melihat Aqif. Then? Selama ni?

"Selama ni awak tunjuk macam awak benci saya. Tu apa?" Qira menyoal. "Aku buat semua tu tak semestinya sebab saya benci kau." Balas Aqif mendatar.

"Then for what?"

"Suka-suka."

"Ha??" Qira mengerutkan dahinya. Suka-suka dia kata? Qira diam. Terus dia terjun ke dalam air sungai dan mandi jauh daripada Aqif sedikit.

"Tu boleh mandi. Asal tadi nak tenggelam pulak?" Soal Aqif bila melihat Qira berenang-renang di sungai itu. "Tadi kaki cramp. Tu yang tak boleh nak berenang." Aqif sekadar mengangguk. Dia juga turut berrnang dengan Qira.

"Hei, pakailah baju dulu. Tak malu ke ha? Nak sangat tunjuk body kat orang. Cukup kat saya sudahlah." Qira menolak Aqif yang menghampirinya.

"What? Suka hati akulah. Body aku, aku punya lantak lah." Balas Aqif selamba. Qira menggigit bibirnya.

"Oh god. Jangan buat macam tu lagi." Qira kerutkan dahinya. Buat? Buat apa? "What?"

"Jangan kemam bibir camtu. Aku ni lelaki tulen. Nak-nak suami kau yang sah. Kang aku terkam kau karang. Esok tak leh jalan." Qira terus memalingkan mukanya. Apahal mamat ni?

Qira melihat jam tangan. Nasib baik waterproof. Tak rosak bila masuk dalam air.

"Awak, dah masuk asar. Jom balik." Kata Qira pada Aqif. Aqif memandang jam tangannya. "Alah, aku belum puas mandi lagi." Rengek Aqif. Eh eh pakcik ni. Gedik pulak dia.

"Sambung kat rumah lah mandi. Mandi shower je. Kalau nak berenang sangat, kita balik rumah papa. Ada kolam." Qira bingkas bangun keluar dari air. Terpaksa dia mengibas-ngibas tudungnya yang melekat menampakkan bentuk badan.

Aqif memandang tempat lain. Dia memandang sekeliling. Cantik. Tak de teruna yang pandang. Pandai jugak aku pilih tempat yang jauh sikit dari orang.

"Jom lah." Qira mula melangkah dan menepuk bahu Aqif yang tidak berbaju itu. Aqif angkat kening. Gile ah bini aku ni. Tak tergoda dengan aku langsung ke?

"Ye lah." Aqif juga turut keluar dari sungai dan ke toilet berdekatan. Nak tukar baju.

"ASSALAMUALAIKUM." Aqif memberi salam dan masuk ke dalam rumah. Diikuti dengan Qira di belakang. "Waalaikummussalam. Along dari mana?" Rafiq menegur Qira tang baru sahaja masuk ke dalam rumah.

"Oh, along bawak abang ipar kau mandi sungai. Teringin katanya." Balas Qira. Aqif memandang Qira. "Bila pulak aku kata nak mandi sungai. Dia yang ajak." Aqif membela diri. Qira sekadar mengangkat bahu dan pergi ke dapur. Nak basuh baju tadi tanpa kesah kan Aqif. Lantak hang la!

"Ha along. Baru nampak muka. Dari mana?" Soal mak. "Dari kampung sebelah. Mandi sungai. Saja bawa Aqif ke situ. Kampung kita ni mana ada apa, mak. Bosan dia nanti." Ujar Qira sambil masukkan baju kotor dalam mesin basuh.

"Ha elok la tu. Ni. Kawan kamu tu tak nak singgah rumah kita ni lagi ke? Family dia tak de lah jauh mana pun. Takkan tak dak datang lawat kita?" Qira berhenti melakukan tugas.

Haahkan? Lama tak dengar cerita Fina. Walaupun 3 hari lepas majlis hari tu ada jumpa, tapi lepas tu dia langsung tak ada call atau mesej aku. Dia ada masalah ke? Bisik Qira.

"Tak tahulah mak. Nanti along tanya dia." Qira menekan butang ON pada mesin basuh dan ia mula mengisi air.

"Ha ye lah. Mak masuk dalam bilik dulu." Qira mengangguk. Dia segera masuk ke dalam bilik air untuk mengambil air wuduk dan mendirikan solat Asar.

Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]Where stories live. Discover now