BAB 23

2.7K 109 5
                                    

Hari yang tak ditunggu-tunggu Qira akhirnya telah tiba. Hari pertunangannga dengan orang yang tidak dikenali.

Rumah kayu itu dipenuhi dengan sanak saudara dan orang kampung. Majlis yang dilakukan hanya kecil-kecilan saja.

Qira memerhatikan dirinya di cermin. Dengan memakai baju yang berlabuci dan bermanik, serta shawl putih krim menaikkan seri Qira.

"Eh...cantiknya orang tu. Dah nak tukar ke status single but not available." Usik Fina sekadar mahu menghilangkan kegusaran di hati Qira.

"Well, aku tahu yang aku ni memang cantik. Tak boleh dipertikaikan." Balas Qira. "Dah ke? Semua da ready tu." Elli datang mencelah.

Qira mengagguk dan menuju ke ruang tamu dimana ada bantal kecil khas untuk Qira duduk. Qira melabuhkan punggung di situ. Mata Qira memerhatikan sekeliling. Mencari bakal suaminya. Tapi malangnya, masih tak jumpa.

"Just follow the flow." Bisik Fina di telinga Qira. Qira mengangguk kecil. Majlis berjalan dengan sempurna. Qira menunduk cium tangan Puan Aishah setelah disarungkan cincin di jari manis kirinya. Puan Aishah membalas dengan mencium ubun-ubun Qira.

"Maaf la. Anak mama tak dapat nak hadir hari ni. Tapi jangan risau. Qira akan sentiasa ada di hati dia. Lagipun, Qira dengan anak mama dah lama kenal." Tutur Puan Aishah lembut.

Kata-kata Puan Aishah membuatkan otak Qira ligat bekerja. Orang yang dah aku kenal? Siapa? Desis hati Qira.

Setelah semua selesai, para tetamu dijemput ke luar rumah untuk menikmati juadah. "Weh Qira, nampak Elli tak?" Sial Fina tiba-tiba. "Tak." Jawab Qira pendek.

"Ha tu dia..eh. Elli ngan sapa tu?" Soal Fina. Qira menoleh pada orang yang dimaksudkan Fina. "Pergh! Boleh tahan hensem mamat tu. Elli ada affair dengan adik kau ke?" Soal Fina lagi.

"Affair? Apsal ngan adik aku lak?" Soal Qira balik. "Entah la. Tapi aku dapat rasa yang adik kau ngan Elli saling suka sama suka." Terang Fina gaya makcik-makcik bergosip.

"Mana kau tahu?" Kening Qira terangkat sebelah. Fina memuncungkan mulutnya pada Rafiq yang menghendap Elli yang sedang berbual bersama seorang lelaki.

Perlahan Qira merapati Rafiq. Bahu Rafiq ditepuk agak kuat. "Opocot kakakku kahwin lagi!" Melatah Rafiq dibuat Qira. "Amboi. Nak along kahwin lagi ke apa?" Perli Qira.

"Tak la. Along ni pun satu. Bukannya nak bagi salam ke apa. Sergah je. Nasib baik Fiq tak de sakit jantung." Bidas Rafiq. "Ha. Yang kau hendap anak dara orang pasal?" Soal Qira pula.

"Hendap? Mana ada. Cuma tertanya, sapa yang tengah cakap ngan kawan along tu. Tak pernah nampak pun. Gaya macam orang bandar je." Qira mengangkat muka untuk melihat lelaki itu. Lelaki itu terpandangkan Qira dan mengenyitkan mata pada Qira.

"Uih. Berani dia kenyit mata kat along. Sapa tu, along?" Rafiq meminta penjelasan. Hmm...baik aku gunakan peluang ni nak kenakan dia. Gumam Qira sendiri.

"Itu? Pakwe Elli. Diorang dah lama kapel. Lebih kurang 3 tahun. Cadangnya nak kahwin tahun depan. Lepas Elli konvo." Lakonan harus mantap!

Muka Rafiq terus berubah. Dari teruja kepada..kecewa? "Oh. Hmm..Fiq pergi khemah jap. Nak tengok kawan Fiq dah sampai belum." Sedih saja nada Rafiq ketika meninggalkan Qira.

Hmm...jadi betul la apa yang Fina cakap. Rafiq suka Elli. Hehe..sorry ye Helmi. Terpaksa kau kena berlakon jadi pakwe Elli. Kaki Qira mengatur pada Elli dan Helmi yang sedang rancak berbual.

"Helmi, apa awak buat kat sini?" Soal Qira hairan. "Saya? Saya wakil awak punya tunang." Mata Qira terbuntang luas. "Sapa tunang saya?" Soal Qira lagi. "Hmm...dia minta supaya jangan bagitahu sesiapa siapa diri dia. Sebab dia tak nak keruhkan keadaan." Terang Helmi.

Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]Where stories live. Discover now