Sorry guys bab ni kluar lmbt..kblkngn ni bz..ye la..nk blek asrama dah...tu yg sbuk nk cri brg skola...ok..hope korng enjoy bab ni..^_^
"APSAL kau ni?" Fina memandang Qira pelik. Qira seperti orang tidak betul saja. Tudung dah senget. Baju dah kedut seribu. Terlanggar bucu meja padahal depan mata je.
"Eh? Ye ke? Tak tau la pulak." Qira tersengih. Fina makin berasa pelik.
"Kau apsal? Sakit ke? Demam?" Fina meletakkan tangannya di dahi Qira.
"Ta ada apalah. Aku naik mandi dulu. Nak kemas bilik lagi ni." Qira mengatur langkah ke biliknya. Fina hanya melihat Qira masuk ke dalam biliknya. Sudah angau ke kawan aku ni?
"Ahh..lega rasa lepas mandi." Qira mengelap rambutnya basah. "Kenapa dengan aku ni? Baru kena senyuman dia dah sasau. Belum lagi lebih-lebih." Qira mengimbas kembali perkara yang terjadi.
Lepas balik makan, terus jadi sasau. Orang tanya lain jawab lain. Orang mintak tolong cakap terima kasih.
"Boleh aku masuk?" Fina yang berada di pintu berjalan ke arah Qira.
"Aku kata tak kau dah masuk dah pun." Fina tersengih. "Kau ok?" Soal Fina prihatin.
"Ok." Jawab Qira sepatah. "Kenapa ni? Kau ada masalah ke? Gaya macam orang tak betul je." Soal Fina lagi.
"Entah la wei. Aku pun tak tau." Tangan Qira mencapai baju di atas katilnya lalu dilipat satu-persatu.
"Kalau kau ada masalah boleh cerita kat aku." Fina menepuk bahu Qira lalu menuju pintu bilik.
"Weh, kalau kita tak betul lepas tengok senyuman dia apa maksudnya eh?" Qira segera menutup mulutnya.
Macam mana la boleh terkeluar soalan ni. Kang nanti aku disakat Fina 7 keturunan. Fina sudah tersengih-sengih melihat Qira. Kakinya berjalan ke arah Fina.
"Sapa laki bertuah tu?" Kening Fina terangkat. "A..apa maksud kau?" Soal Qira buat-buat tak paham.
"Kawan aku dah jatuh cinta... Baru kena senyum. Kalau belai masuk hospital bahagia gamaknya. Berbahagia dengan dia kat sana. Hahahahaha." Fina menahan perut. Senak ketawa.
"So? Siapa yang tembak kau dengan killer smile tu?" Qira teragak-agak ingin beritahu. "A..Aqif." Mata Fina membulat. Sekali lagi Fina tergelak.
"Kau ni jahat la! Kalau aku tahu kau gelak awal-awal lagi aku tak bagitahu." Qira mencampak sehelai baju ke muka Fina.
"Ok ok. Rilek. Macam mana dia boleh senyum kat kau? Time beli bunga tu pun langsung tak senyum. Gerun aku."
"Entah. Tiba-tiba je time ajak makan dia senyum. Dah la. Now I'm back to my sense. So nothing to worry." Qira menolak badan Fina sedikit untuk mengambil baju yang didudukkan Fina.
"Ok la. Kau nak makan apa? Aku nak masak." Soal Fina. "Tak payah susah-susah. Aku dah beli kfc ni." Elli yang entah dari mana tiba-tiba muncul di hadapan pintu dengan rambut yang kusut- masai mengangkat bungkusan kfc.
"Kau kenapa Elli? Tak cakap assalamualaikum tetiba duk situ dengan rambut yang kusut. Dah la gelap. Kau ni nak jadi hantu mak limah ke?" Bebel Fina geram sambil menghidupkan lampu.
"Pot pet pot pet. Aku dah bagi salam tapi tak jawab. Khusyuk sangat cerita pasal Aqif. Rambut aku kusut sebab tersangkut kat dahan pokok. Yang gelap ni bukan salah aku. Korang yang tak bukak lampu. Pasal nak ganti hantu mak limah tu ok gak. Ada juga gaji lebih." Elli menjawab selamba.
"Mana kau tau yang kitorang citer pasal Aqif?" Soal Qira pelik. "Aqif tu kawan baik abang aku." Fina dan Qira memandang Elli pelik.
"Abang kau Hazmi?" Soal Fina. "Tak abang lagi satu. Yang ni korang tak kenal sebab dia belajar kat luar negara. Baru-baru ni dia dah balik." Fina menggaru kepalanya.
"Sapa namanya? Hensem tak? Single?" Fina membuat muka teruja. "Namanya Helmi. Kau jangan berangan la nak ngan dia. Dia tu buaya tersohor."
Qira tersentak. Kalau namanya Helmi, kawan baiknya Aqif. Dia buaya tersohor. Ada satu lagi benda.
"Dia kerja kat mana?" Soal Qira pula. "Maju Jaya Holding. Sama ngan kau la." Mata Qira membulat. "Abang kau la yang menggatal ngan aku selalu. Weh Fina. Yang kau doa pedajal tu abang Elli la! Mamat sewel tu." Fina kaget.
"Asal kau tak bagitau aku awal-awal?"
"Korang tak tanya"
Qira dan Fina menepuk dahi. Klishe betul ayat. "Kemaskan cepat. Aku nak tidur sini malam ni." Elli meletakkan bungkusan itu di aras meja lalu menapak ke bilik air.
"Patutla muka dia macam pernah nampak. Muka macam Elli rupanya. Kecil sungguh dunia!" Tutur Qira perlahan.
"Dah la wei. Aku nak hidang makanan tu. Lepas habis nanti turun. Jangan skip lagi. Kang kena gastrik lagi." Qira hanya mengangguk. Matanya masih tertumpu pada baju yang dilipatnya.
Trutt...trutt..
Qira melihat telefonnya. "Eh? Emel?" Qira membuka emel yang diterimanya.
Qiem_kun: Hai awk. Wat pe tu?
Qira _Cute: Hai. Tak buat apa. Awk tak de kerja ke?
Qiem_kun: Ada. Ganggu awk. :)
Qira_Cute: -_- Tak kelakar.
Qiem_kun: Hahaha..da sye chat ngn awk. Mstila x de kerja. Awk?
Qira_Cute: Ada. Tu sbbnya sye x leh chat ngn awk sngt. Nnti sye chat lg tau.
Qiem_kun: Ouh ye ke?... sorry ganggu awk... :'( Nnti chat lg k? ; *
Qira tersenyum. Dia meletakkan telefonnya di atas meja. Kerja yang tertangguh tadi disambung.
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
RomanceQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...