Bab 35

1.5K 38 1
                                    

"Ha elok-elok kamu drive Aqif." Pesan abah. Sekejap saja Aqif dan Qira bercuti di kampung. Aqif sudah mula bekerja esok hari. Qira? Tak sure lagi nak kembali ke syarikat itu atau tidak.

"Baik abah. Aqif ni pandai bawak kereta. Jangan risaulah." Abah dan Aqif berpelukan. "Ha kau Rafiq. Cepatlah salam kakak kau ni. Hormat sikit orang yang lebih tua." Qira menghulurkan tangannya dan senyum mengejek.

Rafiq mencebik sambil buat muka menyampah tapi tetap tunduk mencium tangan Qira. Mak dan abah hanya menggeleng melihat telatah mereka.

"Ok abah. Kami gerak dulu. Takut jammed nanti." Aqif sudah bergerak ke arah kereta. Qira cepat-cepat menyalam mak.

"Ingat pesan mak tadi. Utamakan suami kamu." Mak berkata pada Qira. Qira mengeluh dan mengangguk perlahan. "Iyalah mak." Qira berjalan ke kereta. Setelah lambai pada mak dan abah, Aqif menekan pedal menuju ke rumah.

Qira berlalu ke dapur. Aqif terus naik bilik. Barangkali penat memandu lama. Qira ke dapur untuk masak makan malam. Tudung dibuka dan disangkut di kerusi dahulu. Nanti baru letak dalam bilik.

"Masak apa?"

Terkejut Qira saat dia tengah khusyuk masak,ada suara yang menegur dari belakangnya. Pantas Qira memalingkan mukanya.

"Ayam masak merah ngan sayur campur je." Qira menghidangkan makanan yang baru sahaja dia masak tadi.

Aqif pergi ke arah rak pinggan dan mengambil dua pinggan. Kemudian dia menceduk nasi dari periuk nasi. Dia berlalu membawa nasi tadi ke meja makan. Qira masih sibuk dengan sayur campurnya.

Aqif duduk di meja makan sambil menunggu Qira. Dia melihat Qira yang berpeluh akibat kepanasan memasak di dapur.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Mama ada cakap yang Qira ni pemilik hati aku. Betul ke? Aqif tilik muka Qira betul-betul. Cantik. Tak mungkin lah aku tak suka.

"Ha nah. Menung apa pulak lah tu." Qira menghidangkan pinggan yang berisi sayur campur di atas meja kemudian mengelap lehernya yang basah dek peluh. "Tak de apalah. Kau tak nak tukar baju dulu?" Soal Aqif.

Qira memandang dirinya. Badannya masih mengenakan blouse perwaran ungu. "Awak macam mana? Takkan lah nak makan seorang? Sianlah awak." Aqif terdiam. Dia mengalihkan muka. Gosh, pahal aku suka dia caring pasal aku ni?

"Err, takpe lah. Kau pergilah mandi dulu. Takkanlah nak makan dengan badan lekit? Aku biasa dah makan seorang." Balas Aqif. "Masalahnya saya tak biasa makan sorang. Saya kalau makan kena ada teman." Terang Qira. Dia memang begitu. Selalu kat rumah dulu makan dengan Fina. Kat kampung pula makan dengan mak. Mana lah mau nak makan seorang.

Aqif melepaskan nafas perlahan. "Yalah. Naik mandi. Aku tunggu kau kat sini. Kita makan sama-sama." Balas Aqif lagi. Haih,macam budak-budaklah kau ni. Dah besar, tapi makan nak berteman.

Selepas beberapa minit, Qira turun dengan pakaiannya sudah ditukar. Aqif sekadar memandangnya.

"Dah?" Soalnya. Qira angguk dan mengambil tempat di sebelah Aqif. Aqif mengetuai bacaan doa dan meula menjamah makanan. "Sedap juga ya air tangan kau." Pujian Aqif berikan membuatkan Qira mengukirkan senyuman. Yalah, orang dah oenat -penat masak. Puji la sikit en.

"Esok awak masuk kerja pukul berapa?" Soal Qira. "Pukul 8. Esok mungkin lambat sikit aku balik. Ada banyak meeting dengan pembekal dan syarikat lain." Balas Aqif. Tangannya menyuap ayam yang sudah digaul dengan nasi.

"Oh, makan tengah hari kat sini ke kat sana?" Soal Qira lagi. "Tengok lah. Kalau aku tak sibuk, aku makan sini." Qira mengangguk kecil dan sambung menikmati makanan yang dimasaknya.

QIRA menopang kepala pada sofa sambil tangannya menghulur pada televisyen. Mencari siaran yang menarik untuk ditonton menggunakan remote. Haih, kata Astro, kenapa tak de cerita yang seronok pun?

Aqif tiba-tiba duduk di sebelah Qira. Qira memandangnya pelik. "Eh, banyak lagi sofa. Kenapa nak duduk sini." Soal Qira sambil memandang Aqif pelik. Aqif membalas pandangan Qira dengan jelingan tajam.

"Salah ke aku nak duduk sini? Rumah aku en? Suka aku lah." Balas Aqif penuh sarkastik. Qira mengetap bibir menahan geram. Hesy, nasib laki. Kalau orang lain, memang dah kena hempuk dulu.

Masih tiada siaran yang mampu menawan hati Qira. Tak semena-mena remote dirampas oleh Aqif. Qira  menjeling Aqif sekilas. Nak ambil tu, cuba bagi salam dulu. Ini pakai terjah je. Tak de adab langsung. Kang aku bidas, dia mula lah, rumah aku kan? Suka aku la.

Akhirnya, cerita Spider-Man Homecoming tersiar di televisyen. Terus mata Qira bersinar. Ralit melihat televisyen. Ini cerita kegemaran aku ni! Arghhh! Comelnya Tom Holland! Tak boleh dinafikan!

Tiba-tiba siaran ditukar. Qira membuat muka cemberut. Matanya memandang Aqif yang jelas kelihatan tidak bersalah sambil menukar siaran yang lain. "Awak, tukar lah balik cerita tadi. Saya nak tengok." Rengek Qira padanya. Aqif sekadar menjeling Qira sekilas kemudian matanya kembali terarah ke kaca televisyen.

"Awak...jangan lah macam ni. Saya nak tengok." Kali ini Qira menggoyangkan tangan Aqif sedikit. Aqif masih tidak memberi riak. "Awak...."

"Daripada kau tengok laki lain, baik kau tengok laki kau ni. Hensem apa." Kata Aqif tanpa memandang Qira. Qira memuncungkan mulutnya.

"Hensem? Menyakitkan hati adalah." Rungut Qira perlahan.

"Ha! Melawan cakap suami eh?" Qira terus mengetap bibirnya. Haih, susah lah mamat ni. "Kalau kau nak aku alih balik, cium aku dulu." Terus terbuntang mata Qira memandang Aqif. Kau biar betul dikkk??

"Tak nak? Tak nak tak apa." Aqif kembali memandang televisyen. Tangannya kekal erat memegang remote televisyen. Qira pula yang tidak senang duduk. " Hisy, yalah." Qira perlahan-lahan memusingkan tubhnya mengahadap Aqif. Aqif berusaha untuk menyimpan senyumannya.

Qira masih teragak-agak untuk melakukannya. Dia memandang Aqif dan televisyen berganti-ganti. Hati masih berdolak-dalik.

"Hish, kau ni lambat lah." Pantas saja Aqif mencium pipi Qira. Qira pula pegun di situ. "Thanks. Aku naik dulu. Ada kerja kena buat." Ucap Aqif kemudian mengusap pipi Qira lalu menyelitkan rambut Qira yang terurai dihadapan ke telinganya. Aqif bingkas bangun dan menghulurkan remote pada Qira.

Qira masih kaku. Tidak dapat mencerna apa yang berlaku. Setelah lima minit, baru dia seperti mendapat kesedarannya semula. Muka Qira terua bertukar warna merah. Tangganya menekup kedua wajahnya menahan malu.

"Eeey, suka hati je cium orang!" Bentak Qira perlahan. Kang dengar dek orang atas, kan naya. Namun kemudian dia mengkukirkan senyuman. Bantal kecil yang memang sudah ada di sofa diambil dan ditekupkan ke mukanya. Aashherronookknyee!

Aqif menutup pintu perlahan. Dia senyum. Penat rasanya tahan senyum dari tadi. Suka dia melihat reaksi Qira tadi. Comel. Haih. Aku ni dah jatuh cinta dengan isteri aku ke? Kepalanya menggeleng perlahan sambil tersenyum apabila terfikir mengenainya.

Pantas saja kakinya melangkah ke arah meja kerjanya. Banyak kerja perlu dilakukan. Kalau mula malam ni, esok kuranglah kerjanya dan boleh balik makan tengah hari. Ah, tak sabar nak makan masakan Qira lagi. Tangan menekan suis on pada komputer riba. Ok dah-dah. Kita kerja.

Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]Where stories live. Discover now