"Kan aku dah kata, jangan stress sangat." Fina mengeluarkan ubat yang diberikan doktor. "Eleh, sejak bila kau cakap?" Sempat lagi Qira membalas dalam keadaannya itu. "Mulut kau tu kalau sehari tak membidas boleh tak? Sakit-sakit pun masih ada hati nak melawan." Fina menghulurkan segelas cawan dan beberapa pil ke Qira.
"Mak eh! Kau nak aku tercekik ke? Mati aku nak telan semua pil tu." Fina menajamkan pandangan ke arah Qira. "Makan la. Penat aku nak layan kau tahu tak?" Fina masih menghulurkan pil tersebut.
"Kalau pil tu belah dua boleh tak?" Soal Qira dalam ragu-ragu. "Hesy, belah..belah. Kau belah sendiri la." Fina meletakkan pil da air di atas meja. "Pil apa yang doktor bagi?" Soal Qira. "Tak banyak. Painkiller, antibiotik, demam, ubat batuk ngan ubat untuk kemurungan." Fuih! Itu namanya tak banyak?
"Apalah doktor ni. Aku tak perlu ubat macam tu." Qira mendengus perlahan. "Dah tu? Kau nak ubat apa?" Kening Fina terangkat sebelah. "Sepatutnya dia bagi ubat nak sembuhkan hati aku ni. Hati aku...sakit....sakit sangat.." rintih Qira. Air mata mula gugur lebat. Fina duduk di sisi Qira sambil memeluknya erat.
"Kau ni, kenapa nak fikir lagi pasal tu? Tadi elok bergurau, ni sekarang sedih balik. Aku risau tengok keadaan kau." Qira menangis sekuat hati. Biarlah dia keluarkan air mata ini sampai kering. Agar pada masa hadapan dia tak perlu menitiskan air mata lagi.
"ASSALAMUALAIKUM." Qira menguak pintu wad tetsebut. Semua mata terarah Qira. Mata Qira hanya menumpu pada gadis yang memegang tangan Aqif. El! Sebak hatinya tiba-tiba. 'No Qira. Kau kena kuat. Dah janjikan tak mo nangis lagi.' Desis hati Fina.
Senyuman manis penuh kepura-puraan dilemparkan. Aqif membalas. El? Senyuman sinis diberikan. "Hai." Hanya sepatah yang mampu diberikan Qira. "Hai. Duduk la." Aqif mempersilakan Qira. "El, tolong ambil kan air I. I haus la." Sakit hati Qira mendengar suara Aqif yang manja itu.
"U nak air? Jap I ambilkan." El mengelus rambut Aqif sebelum menuang air ke dalam gelas dan dihulurkan ke Aqif. "Urm...ni. Saya ada masak lebih. Makan lah." Qira menghulurkan bekas makanan.
"Selamat tak? Risau aku kalau kau masukkan yang tidak-tidak dalam makanan tu." Sinisnya nada El. "El, U ni tak elok la cakap macam tu. Kira ok la tu dia bawak." Aqif membela Qira. Aqif membuka bekas makanan tersebut. Dilihatnya ada lauk ayam masak gulai dan sayur kailan masin.
"Wah! Sedap ni." Aqif terus makan. Tak lama kemudian, Aqif tiba-tiba berbintik merah mukanya. "U? U kenapa?" Soal El. Gedik. "Entah la. Rasa gatal satu badan." Adu Aqif.
"Kau pompuan! Kau letak apa hah?! Kau letak kacang ke?!" Tengking El. Qira terketar-ketar. "Saya, cuma letak serbuk kacang." Membulat mata El. Terus ditampar Qira sampai terjatuh.
"Kau ni memang bawa sial eh? Tak habis-habis bagi Aqif susah." Tengking El lagi tinggi. El menuju ke Qira. "Kalau kau sayangkan Aqif, better kau jauhkan diri dari dia." Bisik El pada hawa telinga Qira. Hati Qira bagai disiat. Maafkan aku..aku dah langgar janji tak nak nangis lagi.
Segera Qira berlari ke pintu. Ketika dia membuka pintu, terlihat muka Puan Aishah dan Tengku Mukriz. Qira hanya mengangguk sedikit dan terus berlalu tanpa kata apa-apa.
"Kenapa tu?" Soal Puan Aishah risau. "Dia buat Aqif macam ni. Dia pergi masukkan kacang dalam makanan." El berubah suara. "Aqif ok ke?" Soal Puan Aishah cemas melihat muka anaknya penuh bintik merah. "Abang, panggil doktor." Tengku Mukriz mengangguk.
FINA duduk di bangku di taman hospital. Banyak budak-budak bermain di situ. Termasuk orang yang sakit yang dipimpin nurse. Setitik air matanya keluar. Mengenang kejadian tadi.
'Aku......memang tak layak untuk dia. Aku......tak boleh dekat dengan dia. Aku akan susahkan dia.' Desis hati Qira. "Hai. Adik sorang ke?" Soal seorang perempuan yang bertudung labuh but sweet.
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
RomanceQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...