Bab 36

1.7K 51 4
                                    

Thank you for your support, readers! For you all, sis cuba untuk untuk habiskan cerita ni. Try hard ni. Sebab idea dah kering.

And jalan cerita ni dah lari sikit dari jalan cerita asal. Idea tu kejap datang, kejap tak datang. Ha, inilah jadinya. So, sorry kalau macam cringe. Anyway, sis gembira sangat ada yang sanggup vote. Terharu, ada juga yang baca cerita tak seberapa ni.😭

Saya sayang awak semua...

Anyway, happy new year guys! Nah, satu bab sebelum sis balik. Maaf sebab satu bab je dapat diupdate. Ingat nak kasi dua, tapi satu lagi, tak siap lagi. Sorry awak semua. Bubye.

Nak happy ending or sad ending?😉


"Awak nak makan apa tengah hari nanti?" Soal Qira sewaktu mereka sedang menjamah nasi goreng untuk sarapan pagi itu. Aqif menghirup kopi yang dibuat oleh Qira sebelum menjawabnya. Hmm, sedap.

"Apa-apa je. Janji kau masak. Aku tak janji aku akan balik, tapi aku nanti cuba nak balik kalau tak busy." Balas Aqif. Aku mengangguk perlahan.

Usai makan, Qira membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan. Aqif pula sudah bergerak ke pintu rumah. Pantas kaki Qira disusun ke arah Aqif. Aqif pula menunduk menyarung kasutnya.

Aqif menghulurkan tangannya. Qira memandang pelik. "Nak apa? Barang tertinggal ke?" Soal Qira naif. "Salam lah. Aku nak pergi kerja ni. Kau tak nak salam suami kau ke?" Qira memandang suaminya pelik. Kenapa tiba-tiba ni?

Perlahan-lahan Qira menyambut tangan yang dihulurkan oleh Aqif dan dikucupnya. Aqif membalas dengan mencium pipi Qira kemudian di dahi. Lama. Qira sekali lagi terkaku di situ. Aqif memandang Qira sambil tersenyum. Kepala Qira dielus.

"Kalau aku tak balik, simpan makanan tu. Nanti malam panaskan je untuk aku. Tak payah susah-susah nak masak lagi." Kata Aqif senang. Qira perlahan-lahan mengangguk. Mukanya terasa membahang. Malunye!

"Ok, aku pergi dulu. Assalamualaikum." Qira memandang Aqif sehingga kereta yang dinaikinya hilang dari pandangannya. Qira tersenyum. Haih, kenapa laki aku ni? Sweet semacam je hari ni. Tak apalah. Aku suka.

Terasa semangat pula nak masak. Haih, suami. Kenapa manis sangat hari ni?

QIRA termenung di kitchen island yang berada di tengah-tengah dapur. Agak bosan sebenarnya. Tak buat apa-apa. Rasa lebih baik kut aku terima tawaran papa nak kerja balik kat office. Tapi kedai bunga tu siapa nak jaga? Hmmm.

"Assalamualaikum." Suara dari pintu rumah menyentakkan Qira dari lamunannya. Pantas Qira membuka pintu. Terlihat wajah Aqif di hadapan pintu. Serta-merta bibirnya mengoyak senyuman. Pintu rumah dikuak lebih besar bagi menjemput Aqif masuk.

"Waalaikummussalam." Qira menyambut salaman Aqif. "Kau masak apa lunch hari ni?" Soalnya sambil melonggarkan tali leher. Kakinya dituju ke arah meja makan. Dari ruang tamu sudah terbau masakan Qira. Haih, laparnya!

"Saya masak biasa je. Ayam madak gulai cili padi dengan sayur campur. Maaflah kalau tak kena dengan tekak awak." Kata Qira sambil menyendukkan nasi untuk dirinya dan suaminya.

"Semua yang kau masak kena dengan tekak aku. Janji kau yang masak." Kata-kata Aqif itu menjentik hati Qira. Kata-kata yang ringkas, tetapi padat dan mampu menyuburkan taman hati Qira yang dahulunya layu kerana Aqif yang tidak mengingatinya.

"Ehem. Saya nak tanya. Kenapa awak tiba-tiba berubah ni?" Soal Qira teragak-agak. Aqif memandang Qira. Tangannya dicuci sebelum kembali mendapatkan pinggannya. "Apa maksud kau aku dah berubah?" Soal Aqif balik.

Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]Where stories live. Discover now