QIRA bermundar-mandir di dalam bilik. Tangannya dingin dan berpeluh. Tak kurang juga dahinya. "Hesy, Qira. Jangan la berpeluh kuat sangat. Aku da penat makeover kau." Fina sibuk mengelap dahi Qira dengan tisu."Mana aku tak berpeluh! Kejap lagi aku diijab kabulkan dengan dia." Qira bermundar-mandir lagi. "Alah. Relaks ah. Kejap je tu. Nanti dah selesai, ok la." Tutur Fina yang jelas tak membantu. "Anyway. Cantik kau hari ni." Puji Fina. "Thanks." Balas Qira. "Cantik sebab aku makeover je. Kalau tak, macam mayat hidup je." Sempat lagi Fina memerli Qira. Dah la puji diri sendiri lak tu.
"Pengantin perempuan dah siap ke? Semua dah bersedia kat bawah nak gerak pergi masjid." Ujar Mak Ngah. "Dah makcik. Nanti kami pergi." Mak Ngah mengangguk dan menutup kembali pintu. "Jom la. Hubby kau dah tunggu tu." Fina mengajak Qira turun. Qira masih duduk dibirai katil.
"Alah. Kau kan suka dia. Kira bagus la kau dapat kahwin ngan dia." Pujuk Fina. Perlahan Qira bangun dari katil dan menuju ke kereta yang akan membawa mereka ke masjid.
******************************
"Anak ni nama apa ya?" Soal tok kadi. "Eh? Er...Aqif." balas Aqif gugup. Meremang segala bulu. Rupanya ni perasaan member-member dia yang dah kahwin. "Baiklah. Aqif ikut apa saya cakap ye." Aqif mengangguk perlahan."Tengku Aqif Haqiem bin Tengku Mukriz."
"Ya, saya."
"Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan Qira Rafiqah bt. Haji Abdul Aziz dengan mas kahwinnya RM 10 000 tunai." Tangan tok kadi digoncangkan.
"Aku...aku terima nikahnya Qira Rafiqah bt. Haji Abdul Aziz dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai."
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah." Ucap tok kadi disertai orang- orang yang ada disitu. Qira menitiskan air matanya. Kini dia sah menjadi isteri Aqif. Terasa berat bahu ingin memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Hah, Aqif. Pergila jumpa isteri kamu tu. Sarungkan cincin." Kata salah seorang pakcik di situ. Aqif senyum pada pakcik tersebut. Dia bangun dan menuju ke isterinya yang sah. Tak dinafikan, Qira amat cantik hari ini. Risau juga kalau ada lelaki lain yang pandang isterinya lebih-lebih. Hehehe..
Aqif menyarungkan cincin yang dibeli haritu pada jari manis Qira. Qira mengucup tangan Aqif. Giliran Qira pula menyarungkan cincin pada Aqif. Mak eh! Cantiknya jari dia! Runcing. Kuku pun berkilat je. Pergi spa ke?
Setelah itu, Aqif mencium dahi Qira. Lama. Dah orang nak ambil gambarkan. Aqif rasa ada getaran di jiwanya. Sama seperti Qira.
Qira memeluk mak dan abahnya. Mak Midah menitiskan air mata. "Jaga suami along baik-baik ya?" Tutur Mak Midah sebak. Anak yang selama ni di bawah jagaannya kini di bawah seorang lelaki yang bergelar suami. Qira mengangguk.
"Weh, tahniah. Sweet je aku tengok korang. Tengok ni." Fina menunjukkan gambar yang diambil semasa upacara pembatalan wudhuk. Qira tersenyum. "Anyway, mana Elli?" Soal Qira. Fina tersenyum. Dia memuncungkan mulutnya pada pasangan sejoli yang rancak berbual. Qira tersenyum penuh makna. Dia berjalan ke arah mereka.
"Hah, buat apa tu?!" Sergah Qira. Elli dan Rafiq terkejut. "Hesy, along ni. Nasib baik Fiq tak de sakit jantung. Mau Fiq mati terkejut. Masuk newspaper tajuk Adik Mati Katak di Perkahwinan Kakak." Qira tersengih. "Hmm..ni korang buat apa ni?" Qira mengangkat kening.
"Saja borak-borak. Kenapa? Tak boleh?" Balas Rafiq. "Tak de la. Kalau nak buat majlis lagi satu, boleh. Tok kadi ada lagi tu. Dia boleh la nikahkan korang dua pulak." Tersengih-sengih Qira. "Apa pulak along ni. Kitorang kawan je la." Rafiq menafikan. "I've business with you, Elli. Nanti aku jumpa kau, aku tanye macam-macam soalan. Hehe." Bisik Qira kemudian ketawa dan berlalu pergi. Elli sudah memerah muka.
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
RomanceQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...