Sorry korang sebab 1 bulan x update..sorry sesangat.. sye tau korng x sbr nk tau apa jd an?? X pe..i'll do my best to make the story faster..ok? Hope ur all enjoy!
__________________________________
AQIF mengelus rambutnya kasar ke belakang. Masih terngiang-ngiang di minda pasal kejadian pagi tadi."Kenapa kau bodoh sangat Aqif?! Takkan sebab cemburu kau jadi macam ni? Kau kalah dengan perasaan sendiri. Kau tunduk pada ego." Tempelak Aqif sendiri.
Badannya dihempaskan ke katil kasar. Dikeluarkan telefonnya dan ditenung gambar Qira. Telefonnya diletakkan di dada. "Maafkan aku Qira." Hanya ucapan maaf mampu terlahir di bibir Aqif.
"QIRA!!!Bangun! Apa anak dara dua ekor ni. Dah pukul 8. Solat subuh tah terlepas tah tidak." Bebel Fina. "Elli ni pun sama. Bagus. Terbongkang kat atas katil." Fina bercekak pinggang.
"Hisy.. kau ni bising la. Bagi la aku 15 minit lagi." Gumam Qira. "Eh, aku bagi 15 minit kau ambil 30 minit. Tak de. Aku nak kau bangun." Fina menarik selimut yang membaluti tubuh Fina dan Elli.
Elli bangun dalam keadaan mamai. Tegak saja duduknya. Dia turun dari katil dan pergi ke bilik air.
Bagus. Sekor dah turun. Ni lagi sekor tak mau bangun. Ada jin ke sampai kejut punya la payah. Desis Fina.
"Woi Qira. Nak jugak aku sebat kau punya punggung. Cepat la!!" Jerkah Fina. Qira bangun perlahan-perlahan menuju ke bilik air setelah Elli keluar.
"Cepat la. Kau dah kemas ke belum baju? Kan nak balik kampung." Fina mengangkat kening.
Langkah Qira terhenti. Qira memandang Fina sambil tersengih penuh makna. "No! Kau pujuk la macam mana pun no! Aku takkan buat." Fina ingin keluar dari bilik tetapi lehernya dah tersangkut pada tuala Qira. (Fahamkan? Tak faham sudah)
Terdorong ke belakang Fina dibuatnya. "Kau nak aku mati ke?" Fina menarik tuala Qira dan baling ke singki bilik air. Niceshot!
"Please???? Sekali ni je." Qira buat muka pussy cat. Pussy cat la sangat. Macam Humpty Dumpty adalah. Gemuk! Hahaha.
"Hesy. Yelah." Nak tak nak Fina kemas juga baju untuk Qira. "Baju kecik sekali eh? Sayang kau Fina." Laung Qira dari dalam bilik air.
Mata Fina tersembul keluar. Minah sewel ni..sabar je la.
Lepas bersarapan, 3 sekawan itu terus bertolak ke kampung Qira di Perak.
"Mak! Rindu mak!" Qira terkedek-kedek lari ke Mak Midah. "Hmm..baru nak rindu. Kat sana tak rindu pulak." Jawab Mak Midah. Tangannya dihulur untuk Qira salam.
"Apa khabar Mak Midah? Sihat?" Fina menyalam Mak Midah. "Sihat. Wah. Makin berseri muka kamu ni Fina. Macam kamu je yang dapat seri orang nak bertunang. Si Qira ni? Muka macam bontot kuali je." Perli Mak Midah tak berkias.
Mata Qira terjengil. "Apa ni mak? Muka Qira putih la. Sekarang ni Fina ke Qira anak mak?" Qira memeluk tubuh persis budak tak dapat gula-gula.
"Malas mak nak layan. Hah Elli Fina, meh la naik. Panas. Terbakar pula kulit kamu yang putih tu. Qira tak pe. Dia memang hitam." Mak midah mendaki tangga rumah.
"Hesy mak ni. Orang balik nak manja ngan mak sebab lepas ni dah tak le. Ni mak manja-manja ngan orang lain lak." Qira menarik bagasinya dan menuju ke bilik meninggalkan Fina dan Elli yang terkulat-kulat.
"Ok ke Qira tu?"soal Elli risau. "Huh. Kejap lagi ok la tu. Meh naik. Mak Midah ada sediakan makan tengah hari." Pelawa Mak Midah. Elli dan Fina memgangguk.
"Wah! Sedapnya bau." Fina duduk di kerusi. "Makanlah. Jangan malu-malu. Ni. Mak Midah ada masak gulai tempoyak ikan patin." Makin melebar senyuman Fina dan Elli.
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
RomanceQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...