"ERIC, don't mess with him." Qira menajamkam pandangannya. "Okay, sorry. Just kidding. I just her truly bestfriend." Aqif melepaskan nafas lega. Mau mati hati dia kalau boyfriend dia datang ambil balik.
"So Qira. Awak buat apa kat sini?" Soal Eric dengan pelat inggerisnya. Qira kaget. "Awak boleh cakap melayu?" Eric tersenyum bangga.
"Sikit-sikit je. Banyak lagi yang tak tahu." Eric merendah diri. "Baguslah. Saya kat sini jalan-jalan dengan bos saya." Qira menunjuk pada Aqif. Aqif hanya senyum.
"Adakah awak orang sini? Nampak seperti orang England saja." Qira menahan gelak. Baku sungguh dia cakap. Ish, tak baik. Dia baru belajarkan.
"Nenek orang England. Tu jatuh kat muka saya." Jawab Aqif. Sebetulnya dia kurang suka dengan Eric. Dia dapat rasakan Eric akan bawa Qira jauh dari dia.
"Qira, awak nak beli baju tu ke? Meh saya bayarkan." Aqif menghulurkan tangannya.
"Eh, tak payah. Saya bayar sendiri nanti. Lagipun bukannya mahal sangat." Qira menolak lembut.
"Saya dah kata satu hari ni saya belanja awak." Aqif tetap berkeras.
Mahu tak mahu Qira menghulurkan juga baju tersebut kepada Aqif. Matanya hanya mengekori Aqif ke cashier.
"Ok la. Got to go. Jumpa lagi. Ini kad saya. Kalau nak lepas rindu call je. Hehehe. Ok. Kirim salam kat Aqif. Assalamualaikum." Qira hanya memandang Eric terkebil-kebil. Dah peluk islam ke?
Soalannya terbang menerawang entah ke mana sebaik saja melihat Aqif jalan ke arahnya.
"So, nak pergi mana?" Soal Aqif ketika keluar dari kedai. "Ikut awak."
"Kalau macam tu ikut saya jumpa tok kadi la." Qira menjengilkan mata. Hang ingat lawak ka?
"Ok gurau je. Berapa lama awak kenal Eric?" Tanya Aqif. "Lebih kurang 5 tahun juga la. Kitorang kenal masa first sem." Aqif mengangguk perlahan.
"Dia tu ada hati kat awak ke?" Qira memandang Aqif. "Tak ade la. Mengarut je awak ni. Mana ada yang nak suka saya ni."
"Ada je. Kat sebelah awak ni." Aqif tersengih. Qira memandang sebelahnya. Pokok? Pokok ni suka aku ke?
Aqif menepuk dahi perlahan. Ya Allah budak ni.. apsal la hang ni lurus sangat??
"Bukan sebelah sana la. Sebelah sini." Qira mengalihkan pandangannya ke Aqif. "Heh. Tak payah buat kelakarama kat sini." Qira menggelengkan kepalanya.
"Tak apa. Nanti tau la dia nanti. Kompem terkejut tetiba tunang ngan aku." Gumam Aqif perlahan.
"Awak cakap apa?" Soal Qira. Dia ada dengar Aqif cakap sesuatu. Aqif menggeleng.
"Eh, awak. Jom pergi arked tu." Qira mengajak Aqif pergi ke arkid berhampiran.
"Saya tak reti la pergi tempat situ." Qira melulu ke arah arked tersebut tanpa dengar apa yang dikatakan Aqif.
Dia ni kalau jumpa sesuatu yang paling diminati semua pun boleh lupa. Ni kalau dah kahwin suami pun tinggal.
Setelah Qira membeli token, dia berjalan ke arah basketball. Setelah memasukkan token, dia membaling masuk bola keranjang tersebut.
Dah lama sangat tak main. Tu yang gian sangat. Walaupun lama tak main, bola asyik masuk je dalam gelung. Aqif di sebelah melopong. Ni manusia ke monster?
Qira melepaskan lelah setelah masa habis. Markah yang ditunjukkan 97. Hebat juga eh aku dapat masukkan 97 bola. Qira tersenyum sendiri.
Qira memandang Aqif. Kening di angkat sebelah. Tangan menunjukkan token. "Nah, pergi salah satu mainan. Awak pilih mainan then kita lawan. Kalau tak nak tak pe. Jangan cakap awak takut."
Aqif rasa seperti dicabar. Token dia tangan Qira diambil. Dia pergi ke mainan lumba kereta. Token dimasukkan lalu butang start ditekan.
"Jangan bagi aku peluang sebab aku perempuan. Anggap je aku lelaki. Lupa. Yang kalah kena ikut kata yang menang. Amacam?" Tutur Qira sebelum mula berlumba.
What? No way man! Gile ke nak anggap kau lelaki. Nanti aku rasa macam aku ni gay lak. Suka kat kaum sejenis. Haram tau?
Mereka pun mula bertanding. Mulanya Qira dihadapan, setelah setengah jalan, Aqif memotong Qira hingga ke garisan penamat.
"Yatta!" Aqif bersorak keriangan. Seperti budak kecil saja. "Seronok la tu. Awak nak saya buat apa? Jangan yang bukan-bukan sudah." Soal Qira. Macam dah lupa je Aqif tu bos. Jadi kawan dah?
"Saya nak simpan dulu tiket tu. Kalau saya rasa nak guna baru saya guna." Aqif tersenyum sambil menggosok kepala Qira perlahan. Laju tangan Qira menepis. Seperti kucing garong pula.
"Dah la awak. Saya nak balik." Tutur Qira. "Awak cuti satu hari kan? Kena la ganti satu hari." Qira memandang Aqif tajam.
"Jangan la pandang saya macam tu. Boleh gugur iman tau tak?" Kata Aqif selamba.
Eh eh, lantak kau la nak gugur iman ke gugur rambut ke. Apa aku kesah??
"Hesy, sambung hari lain la. Penat dah ni. Lagipun tak solat lagi ni." Sungguh aku penat. Kalau jalan-jalan memang aku cepat penat. Tapi kalau berehat kejap ok dah. Tak tau la kenapa. Genetik kot sebab mak jalan-jalan cepat penat.
"Herm.. yelah. Kita pergi surau dulu. Janji eh lain hari?" Aqif membuat pinky promise. "Yelah." Jawab Qira. Tangan Aqif masih buat pinky promise.
"Takkan la saya nak buat pinky promise dengan awak? Haram tau tak?" Aqif tersenyum sumbang sambil menurunkan tangannya.
Setelah solat Aqif menghantar Qira pulang. Fina di rumah sudah teruja.
"Kau pahal?" Soal Qira sambil memamdang Fina. "Seronok kawan aku ni. Dapat keluar dengan lelaki hensem. Kaya pula tu. Kereta Lamborghini. Tapi kalau anak 10 kene beli kereta Exora la jawabnya." Fina terkekek ketawa.
Minah ni putus fius ke apa? Melalut tahap kritikal ni. Tiba-tiba pasal anak bagai.
"Ya ya. Suka hati kau la. Dah aku nak naik mandi. Melekit badan aku." Qira mengibaskan baju sambil berjalan ke bilik.
"Habis mandi kalau kau nak makan ada kat dapur. Nanti esok kau masak pulak." Qira memberhentikam langkahnya.
"What?? Memasak? Uih, tempah maut nanti. Terbakar dapur kesayangan kau." Qira memberi alasan.
"No no. Kau kena juga masak. Kalau aku atau kau dah kahwin ke, sapa yang nak masak? Kalau aku kahwin kau yang susah sebab tak pandai masak. Kalau kau kahwin suami kau yang susah." Bebel Fina.
Qira menggaru kepalanya. Kawan aku ni dah kenapa? Tadi anak. Sekarang suami. Dah teringin sangat ke nak keluarga sendiri? Baik kahwin je terus dengan pak guard depan ofis aku tu. Hensem tak la tapi baik apa.
"Ye la. Kau ni reti bebel je. Cair tahi telinga aku tau tak?" Ujar Qira lalu ke bilik. Pintu biliknya ditutup. Malas nak dengar minah tu bising.
Selesai mandi, Qira melihat telefonnya. Eh? Aqif?
Aqif- hei buat apa tu?
Qira-comel bahasa? Salam mana?
Aqif-hehe..gome(maaf).. assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Qira-waalakummussalam. Ni nak apa ni ganggu saya?
Aqif- saja nak ganggu bakal isteri saya ni.
Qira- ha.ha.ha. kelakar sungguh..saya ni dah ada calon la.
Aqif menelan air liur pahit. Calon? Siapa? Eric tu ke? Aiseyman!
__________________________________
Hey guys! Watcha doing? Hahaha..sorry la bab ni keluar lmbt..bukan apa..dah nak skola ni..so bynk yg kne wat..hahaha...ok kt media tu gambaran Eric William tau? Kompem la korg kenal. Sapa yg dgr lgu stitches tau la tu..auw. ok hrp korg boleh komen psl cite ni. Cau.
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
RomanceQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...