Bab 38

1K 44 1
                                    

Hai. Sis minta maaf sebab dah lama sangat tak update. I was so busy with my exam. Ada je draft tapi tak sempat nak publish😓. Im sorry, darl. So here. A part after 6 months of no publishes. Esok saya update lagi.

**************************

"Hey, dah balik?" Soal Aqif yang kala itu duduk bersantai menghadap televisyen. Mesti tengok drama pukul 7 tu. Pelik betul Qira. Selalu orang perempuan yang suka drama. Ni terbalik pula.

"Hmm. Awal awak balik. Sempat pula nak mandi." Soal Qira apabila terpandangkan baju tshirt kelabu dan sweatpant hitam Aqif. Terangkat kening Aqif.

"Saja balik awal. Nak sambut isteri. Kau tak nak salam aku ke?" Soal Aqif pula. Qira pula terkedu. Eh, sejak bila ni?

Qira tetap juga tunduk mencium tangan Aqif walau ragu-ragu. Hmm, wangi. Memang lah wangi, dah mandi. Lainlah kau. Masham!

"Malam ni tak payah masak. Kita makan luar." Ujar Aqif pendek. Qira mengangguk dan berjalan naik ke atas untuk mandi. Dalam hati dah seronok tak perlu masak malam ni.

"Kita nak makan mana ni?" Soal Qira sambil menarik tali pinggang. Sempoi saja pemakaiannya malam ni. Palazzo hitam dan kemeja labuh kotak-kotak berwarna merah serta shawl dusty pink yang dibelit suka hati dia.

"Aku teringin makan wagyu lah. Exclusive hotel nak?" Cadang Aqif. Qira mengerutkan dahi.

"Ish, makan malam je. Tak perlulah sampai keluar beribu duit. Tak elok membazir." Bebel Qira.

"Alah, kalau mampu apa salahnya." Tukas Aqif. Qira mencebir mulut.

"Ha, jom kita pergi satu tempat. Malam ni, saya akan pastikan duit awak takkan keluar lebih RM50 pun. Ha, jom. Saya tunjuk jalan." Balas Qira. Excited nak bawa suaminya ke tempat yang selalu dia lepak.

"So, jomlah." Qira menepuk tangan Aqif sekilas dan membuka pintu untuk keluar. Aqif pula terkedu. She touched me? Hihi. Seronoknyeeeeeee.

Aqif melihat sekeliling. Mukanya jelas berkerut menandakan dia tidak suka dengan keadaan sekelilingnya. Penuh. Sesak. Tepi jalan. Tak takut ke habuk masuk makanan?

"Bersih ke?" Soal Aqif. Masa itu mereka sudah mendapat tempat duduk. Malam ni penuh. Biasalah, hujung bulan.

"Setakat saya makan kat sini, tak pernah pula saya balik dengan ada diarrhea." Balas Qira pendek. Tangannya diangkat untuk memanggil pelayan.

"Adik, kasi sate ayam 15 cucuk, daging 15 cucuk dengan daging bakar. Awak nak apa?" Qira beralih kepada Aqif di sebelah. Aqif mengerut dahi.

"Ada apa kat sini?" Soalnya.

"Awak nak makan apa? Ada nasi goreng cili padi, nasi goreng tomyam, minta je lah." Balas Qira.

"Hmm, kasi saya Char Kue Tiau dengan air bandung cincau."

"Ah, saya carrot susu. Ha itu je. Terima kasih." Qira memberi senyuman pada pekerja itu.

"Kau dah biasa makan kat sini ke?" Soalnya sambil mata melihat wayang lebar yang didirikan di hujung luar kedai.

"Biasa. Saya ni mana mampu nak order makanan macam awak. Fast food. Atau makan makanan mahal. Selalu kalau tak de duit sangat saya makan nasi bujang je." Cerita Qira.

"Nasi bujang?"

Qira memandang Aqif. Kau biar betul tak tahu nasi bujang? Ish..ish..ish..

"Nasi putih, telur dan sup. Tak sampai RM3 pun. Jimat." Balasnya sambil matanya melihat telefonnya. Duk belek-belek instagramnya.

"Eh, Raf?"

Qira mengangkat mukanya. Bulat matanya melihat lelaki yang menegurnya. Segak lelaki itu walaupun memakai tshirt kelabu dan seluar jeans hitam.

Aqif memandang lelaki yang menegur Qira. Siapa ni?

"Pardon?" Qira tidak mengenali lelaki itu. Lelaki itu memutarkan bebola matanya.

"Like seriously, you don't know me?" Soalnya sambil bercekak pinggang. Tiba-tiba saja Qira triggered.

"Eh, Zaim! Biar betul ni kau? Berbeza gila rupa kau sekarang dengan zaman belajar dulu." Teruja pula Qira.

"Aku tahu, more handsome than before, right? Tu lah kau. Rugi tolak aku dulu." Zaim mengangkat bakul sendiri.

"Pui, sampai ke bulan pun aku tak nyesal tolak kau. Kau ni maskulin semacam. Mana perangai sotong kau?" Qira tergelak.

Masih teringat lagi semasa di universiti. Qira dan Zaim adalah kawan baik dulu. Perangai Zaim yang lembut dan memahami wanita membuatkan Qira berasa selesa untuk berkawan dengannya.

"Eh kau. Mulut tu elok sikit. Aku ni manly okey." Zaim masih mempertahankan dirinya.

"Manly kelaut!" Mereka bergelak ketawa.

"EHEMMM!!" Aqif berdeham kuat. Terus terhenti perbualan Qira dan Zaim.

"Eh, lupa pula aku nak kenalkan. Sibuk bual dengan kau. Ni suami aku, Aqif." Qira memperkenalkan Aqif.

"Oh, I'm Zaim Naufal." Balas Zaim seraya menghulurkan tangan sambil tersenyum.

Aqif menyambut tak ikhlas. Amboi kau, borak dengan bini aku macam aku tak de kat sebelah. Aku tahulah bini aku ni lawa.

Eh?

"Kawan lama ke?" Soal Aqif. Secemburu dia pun, dia tahu ingin berbahasa dengan orang lain. Apa? Ingat semua orang cemburu ni sombong ke.

"Haah. Kawan masa universiti dulu. Ni lah kawan baik saya." Qira pula yang menjawab. Eh eh budak ni. Aku tak tanya dia lah.

Makanan tiba setelah dihantar oleh pelayan tadi.

"Eh, you guys makanlah. Kacau pula you all nak berdating. As before that.." Zaim mengeluarkan telefonnya.

"Aku nak nombor kau?" Soalnya sambil tersengih. "Yeah sure."

Usai mendapatkan nombor, terus Zaim berlalu ke mejanya semula. Kelihatan mejanya penuh dengan lelaki. Kawan-kawannya mungkin.

"Sampai bagi nombor bagai." Gumam Aqif namun masih dapat didengari. "Lah, kawan baik sendiri. Tak salahkan? Ke, awak jeles. Hihi." Qira mengangkat kening sambil menyiku-nyiku Aqif disebelah.

"Tak kuasa aku." Aqif terus mengangkat tangan untuk membaca doa. Qira mengaminkannya.

"Tak nak rasa sate ke? Rugi tau tak makan sate kat sini." Qira menolak sedikit piring sate kepada Aqif.

"Sedap ke?"

"Belum cuba belum tahu. Try it."

Aqif mengambil satu cucuk sate dan mencelupnya dalam kuah kacang. Baru saja ingin masuk mulut, Qira menegah.

"Eh, eh! Awak tak boleh makan kacang! Kan allergic." Qira menahan tangan Aqif.

"Dah tu?" Soal Aqif. Terus saja Qira memegang tangan Aqif dan menyuap mulutnya sendiri. Aqif terkedu melihat tangannya ditarik untuk menyuap mulut Qira

"Okey, awak dah boleh makan selebihnya. Bahagian yang ada kacang dah tak de." Balasnya sambil mengunyah.

'Kalau macam ni, mahu aku cicah kacang je. Boleh suap dia makan.' Aqif senyum kecil sambil memasukkan sate dalam mulutnya.







Anyway, wattpad ni boleh ke kalau kita nak add part yg baru kat tengah-tengah? Cuz i'm trying to save my part 1-7. Please? Pada yang tahu, please do tell me.

Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]Where stories live. Discover now