BAB 13

3K 100 2
                                    

"QIRA, nanti lunch dengan lagi saya ye." Aqif senyum lalu masuk ke dalam pejabatnya.

"Oi, amboi. Dah lupa kawan dah dia ni sejak jadi pekerja kegemaran Encik Aqif." Qira hanya senyum kepada Erny.

"Mana ada kak. Akak yang selalu sibuk pergi site sana sini. Tu. Nampak belak dah kat muka akak." Qira menunjuk pada muka Erny.

"Hah? Ye ke?" Erny dah gelabah. Mukanya diramas. Qira sudah terkekek gelak. "Gurau saja ma.." Tutur Qira dengan pelat cina.

"Sudah la. Malas la nk cakap ngan Qira. Ni. Fail ni bagi kat Encik Aqif. Mintak dia approved ni." Erny menghulurkan fail tersebut.

Qira mengangguk lalu diletakkan fail itu disisi meja. Erny melambai lalu kembali pada mejanya. Tak lama kemudian ada seorang perempuan menerjah Qira.

"Oi Qira. Kau ada apa-apa ke ngan Encik Aqif." Qira mengangkat kepalanya. Dilihatnya seorang perempuan berambut perang bermuka tak puas hati.

"Segak bahasa? Tak de salam ke." Qira meneruskan kerjanya tanpa memandang ke arah perempuan itu.

"Lantak aku la. Aku tanya ni. Kau ada hubungan ke ngan Encik Aqif?" Suara perempuan itu naik satu oktaf.

"Awak tanya la bos awak tu." Acuh tak acuh saja Qira menjawab. Perempuan itu membulatkan matanya.

"Kau ni memang perempuan sundal eh? Mentang-mentang la Encik Aqif tu kaya. Kau nak kikis harta dia kan lepas kau dapat dia?" Qira rasa tercabar dengan perempuam itu.

"Sekurangnya aku bukan melayu tiruan macam kau. Rambut perang  celup macam la cantik sangat. Kau ingat kau sorang je ada rambut macam tu? Aku pun ada la. Original punya. Sebab cantik la aku sayang sangat. Sampai tak bagi orang lain tengok. Tapi kan. Kenapa eh kau boleh pikir camtu sekali? Aku langsung tak terpikir. Ke kau memang nak dapatkan bos pastu kikis harta dia?" Panjang lebar Qira menjawab.

Perempuan itu rasa tercabar. Tangannya laju menampar pipi gebu Qira. Muka Qira berpaling.

"Terima kasih sebab bagi blusher kat pipi saya. Cantik. Sekurangnya tak macam awak yang pakai blusher bagai nak rak semata-mata nak cantik depan Encik Aqif." Pedas Qira menutur.

Tangan perempuan itu sudah naik tinggi untuk menampar Qira sekali lagi tapi ditahan oleh Aqif.

"Stop it! You know what are you doing Myra? This is violence." Suara Aqif meninggi. Mana taknya. Sapa yang tak sakit bila tengok buah hati kena tampar?

"Tapi Encik Aqif, dia..."

"Shut up! Awak tahu tak ini dah menganggu konsentrasi orang lain. Tengok sekeliling. Pernah tak awak fikir apa pandangan orang pada awak kalau awak berkelakuan seperti ini? Kalau kejadian ini tersebar pada wartawan, nama syarikat akan terjejas!" Myra melihat sekelilingnya. Kelihatan ramai pekerja yang sedang berbisik antara satu sama lain.

"Myra, on this moment. You're no longer a member of Maju Jaya Holdings. You're fired! Kemas barang awak dan keluar dari sini. Saya akan bagi notis 24 jam." Mata Myra merah. Matanya sudah tidak tahan menangis. Dia hilang disebalik pintu. Lari ke rumah mungkin? Entah la.

"Awak ok?" Soal Aqif prihatin. Qira mengangguk perlahan. "Sapa-sapa tolong bawa Qira ke klinik." Aqif memandang pada para pekerjanya.

Semua buat tidak tahu sebab kebanyakan pekerja tidak menyukai Qira."Saya tolong hantarkan." Erny mengangkat tangan.

"Eh, akak tak payah susah-susah. Biar saya pergi sendiri." Qira menolak. "Tak susah pun. Pipi tu kena cepat rawat. Bengkak nanti. Akak yang tadi pakai earphone pun boleh dengar kuat dia tampar tadi." Aqif memandang tajam Erny.

"Hehehehe...sorry Encik Aqif. Tadi ngantuk. Nak pasang lagu. Tak boleh pasang kuat. Jadi saya pakai la earphone." Erny tersengih. Aqif hanya menggeleng. "Sudah. Awak bawa Qira ke klinik. Saya dah lambat nak meeting. Qira, kamu ambil emergency leave." Aqif mengambil kotnya lalu keluar.

QIRA masuk kedalam rumah dengan longlai. Fina melihat Qira pelik. Dia ni kena ngan senyuman Aqif lagi ke?

"Weh asal pipi kau tu? Bengkak semacam je. Kau jadi gengster ke? Ni kan blum habis office hour lagi. Asal kau balik?" Bertubi-tubi soalan keluar

"Pipi aku ni kena tampar. Tah perempuan mana tah yang tampar aku. Dia jeles sebab aku rapat ngan Aqif." Qira duduk di sebelah Fina. Masih terasa berdenyut pipi.

"Hebat juga perempuan tu. Dah boleh masuk sukan Tomoi." Fina membelek pipi Qira.

"Yang kau ni tak kerja pahal?" Qira memandang Fina. "Hari ni kedai tutup. Tunggu stok dari kebun tu sampai." Terang Fina.

Qira mengangguk lalu kakinya diatur kedalam bilik.

"Aiseyman! Sakit gile minah tu tampar. Ni kalau Aqif tak ada mesti dah terajang." Pipi Qira dielus lembut.

Trutt..trutt...trutt...trutt...

"Hello?"
"Hello Qira. Ni saya Aqif."
"Er...nak apa ye Encik Aqif?"
"Kan saya dah kata luar pejabat panggil saja Aqif? Ni, saya nak tanya macam mana keadaan awak?"
"Er..baik. Bengkak tu dah surut sikit."
"Baguslah. Disebabkan insiden tu kita tak dapat lunch."
"Tak apalah En..Aqif. Kalau tak berlaku ni mesti saya tak dapat balik awal."
"Amboi. Suka dia dapat balik. Sebagai ganti, awak kena keluar dengan saya hujung minggu ni."

Qira melopong. Apahal la mamat ni? Aku yang kena tampar effect kat dia ke?

"Er...tapi Aqif. Saya.."
"No excuses. Nine a.m. Infront of your house."
"Aqif tahu ke rumah saya?"
"Mestila tahu. Awak punya resume kan ada alamat awak. Ok la. Saya tengah sibuk ni. Jumpa awak hujung minggu ni. Bai dear."

Panggilan dimatikan. Qira kaku. Dia panggil aku apa? Dear? Wa...tak mau la camni. Nanti aku cair ngan dia. Tak adil betul camni.

"Oit. Wat pe tu?" Soal Fina dihadapan pintu bilik. "Ni ha. Tengah cari kutu." Ajuk Qira seperti di dalan iklan losyen kutu.

"Gunalah losyen kutu. Sesuai untuk kanak-kanak dan juga haiwan." Fina menunjukkan krim malam yang berada di atas meja solek.

"Kawal sebelum tak terkawal." Fina memukul lembut bahu Qira. "Hahahaha!" Qira bantai gelak.

"Kawal!" Qira dan Fina menaikkan ibu jari. Setelah itu, mereka berdua gelak sepuasnya.

"Aduyai.. kau ni buat iklan memang cun melecun." Qira tersengih.

"Ni aku naik sebab nak tanya kau nak makan apa?" Fina membetulkan duduknya.

"Suka hati kau la. Tapi tak mau yang keras. Sakit woo.." Qira memegang pipinya.

"Ye la. Nanti dah siap aku panggil kau." Fina berjalan keluar dari bilik. Qira hanya senyum.

"Yosh.. nasib baik aku sempat ambil kerja ni. Kalau tak kempunan aku nak siapkan." Qira mengeluarkan kerjanya dan membuatnya di meja Jepun.

Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]Where stories live. Discover now