Pejam celik dah pertengahan bulan Ramadhan. Aqif pun sudah keluar dari hospital seminggu masa puasa sebab keadaannya yang semakin baik. Memorinya juga semakin pulih. Tapi, memorinya tentang Qira masih samar-samar."Aqif! Mari sini. Dah nak masuk waktu ni." Panggil Puan Aishah. "Ya, ma." Balas Aqif pendek sambil menutup laptop kerjanya. Sejak Aqif keluar hospital, dia menyiapkan kerjanya dalam bilik bacaan di bawah sahaja memandangkan doktor nasihatkan agar tak lakukan banyak pergerakan.
Perlahan Aqif mencapai topang ketiak dan menuju ke meja makan. Kakinya yang masih disimen diangkat penuh berhati-hati. Sesekali juga Aqif mengeluh kerana kakinya tak boleh banyak pergerakan.
"Macam mana hari ni? Ok ke kaki tu?" Soal Tengku Mukriz. "Hmm, macam tu la pa. Nanti habis fisioterapi lepas ni, simen ni dah boleh buka." Aqif membalas. Puan Aishah sibuk menghidangkan makanan untuk berbuka.
Azan maghrib berkumandang sahaja, terus Aqif membacakan doa berbuka dan mengambil sebiji buah kurma. Mereka sekeluarga makan dengan tenang. Nak tau macam mana Qira berbuka puasa lak? Ha...meh sini.
"Woi! Fina! Tolong aku masak sini! Dah nak berbuka la." Jerit Qira pada Fina yang masih bersahaja di hadapan tv. Amboi. Sedap je kunyah kacang. Mentang-mentang la cuti. Geram hati Qira.
"Masak la. Kau yang nak makan. Aku dah ada makanan." Selamba Fina menutur. Qira melangkah ke arah Fina geram. Tangan Qira mencari telinga Fina dan memulasnya 90° sehingga Fina berdiri. "Aku kata tolong kan? Kau nak tengok aku mengamuk ke?" Sinis Qira menutur.
Fina menelan air liur pahit. Alamak! Padan muka kau la Fina...tu la. Sapa suruh tak tolong dia masak? Huhuhu... Fina diheret masuk ke dapur. Nak tak nak Fina tolong la sikit Qira masak. Bukannya tolong banyak pun. Tolong gaulkan gulai sambil pastikan gulai tu tak hangus je. Tu pun malas. Tsk..tsk..tsk..
Fina sendawa kekenyangan setelah melahap 2 pinggan nasi. "Amboi. Gaya macam kau puasa je. Suruh tolong malas! Makan laju je." Pedas Qira menghamburkan kata. "Hehehehe. Alah kau pun apa kurangnya. 3 pinggan. Lagi hebat dari aku." Qira pula tersengih.
"Dah aku puasa. Kau tu tau la tak puasa, sekurangnya tolong la kemas ke apa rumah ni. Jangan asyik makan kacang je." Perli Qira Fina menyengih. "Heran jugak aku. Sejak bila kau ni hantu kacang almond? Selama ni tak silap aku, kau la yang tak suka kacang." Soal Qira.
"Hehehe. Aku terpengaruh satu citer ni. Cite tu ada sorang doktor ni dia suka makan kacang. Aku pun follow ah. Tak sangka almond tu sedap." Fina tersenyum kambing. "Hmm, cite korea la tu. Dah. Tolong aku kemas. Jangan nak mengelat." Qira memberi amaran awal-awal.
Fina mengangkat punggung perlahan-lahan. Berat punggung sungguh! "Weh, pedas la sambal kau masak tadi. Macam mana kau boleh suka pedas cam tu ha?" Soal Fina sambil menjelir lidah kepedasan.
"Lantak aku la. Aku yang masak. Lagipun, kalau dah suka, semua pun boleh jadikan? Sama macam hati. Kalau ikhlas, semua benda jadi senang. Bila senang, serta-merta jadi rajin." Zapp! Tepat kena batang hidung Fina. Qira melirikkan mata pada Fina. Perli la tu.
"Lek ar. Aku tanya pasal sambal je kot." Fina mengelap tangannya setelah membasuh pinggan kotor. Qira memasukkan lauk ke dalam peti sejuk. Boleh buat sahur esok. "Dah la. Aku nak naik solat." Qira mengatur langkah ke bilik.
Selesai Qira mandi dan solat, Qira menghempaskan katil ke atas tilam. Tengah sedap landing meniarap tiba-tiba ada benda berat menghempap belakangnya. 'Aik? Pahal berat semacam ni? Hantu ke? Kan bulan puasa. Mana ada hantu. Semua kena kurung.' Desis hati Qira.
Qira memusingkan badan, benda yang menghempap Qira terjatuh. "Aduh!" Qira menjenguk di bawah untuk lihat apa yang jatuh. "Ya Allah! Elli! Kau buat apa kat situ?" Soal Qira seperti tak tahu apa-apa.
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
RomanceQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...