Qira membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa sesuatu yang lembut menyapa mukanya. Warna putih menyinggah mata Qira. Putih? Langsuir ke? Qira serta-merta bangun dan menginjak ke tepi.
Malang tidak berbau, siku Qira terkena tepat pada hidung Aqif. "Aduh!" Aqif memegang hidungnya. Pagi-pagi dah kena tomoi dengan Qira. Apa la nasib...sob..sob..
"Ni pahal pagi-pagi dah tumbuk orang?" Soal Aqif tak puas hati. "Maaf lah awak. Terkena. Sakit ke?" Qira mengelus hidung Aqif supaya reda sedikit. Aqif terpaku. Dekatnya! Untuk kali pertama, baru dia sedar yang isterinya amat cantik.
Qira yang rasa diperhatikan memandang mata Aqif. Erk! Dekatnya! Segera dia berhenti mengelus hidung Aqif. "Erm...saya terkejut je. Tiba-tiba ada benda putih kat muka saya...erk, benda putih?" Qira mengalihkan pandangannya pada sisi katil. Tak ada?
Hu....betullah rumah ni berhantu! Semalam kena, hari ni, pagi-pagi buta pulak tu kena. "Awak, kita pindah jom." Qira memegang lengan Aqif. "Buat apa? Elok dah rumah ni. Besar pulak tu." Aqif membangkang.
"Rumah ni keras. Semalam saya kena ganggu, hari ni pun kena ganggu." Aqif mengerutkan dahi. "Ha?" Hanya itu yang terluah dari mulutnya. Biasalah. Otak mana nak berfungsi sangat lepas bangun tidur. "Hantu! Hantu kacau saya." Aqif pandang Qira. Blur. Tak lama kemudian dia tergelak.
"Hantu? Silap-silap, kau yang kacau hantu. Mana taknya, kau tu garang sangat." Qira mencebik. Orang cakap betul dia memain. "Tak, semalam saya dengar bunyi dari dapur. Pagi ni, saya nampak benda putih depan mata saya. Lembut- lembut pulak.... Oh lembut!" Qira terkejut.
Tiba-tiba kucing mendarat diatasnya. Qira terkedu. Aqif mengambil kucing tersebut dan dielus perlahan. "Hey, Neko. Apa kau buat kat sini? Bukan kau kat sangkar ke?" Soal Aqif pada kucing kesayangannya. Qira masih kaku.
"Ui, dah la terkejutnya." Aqif menyentuh pipi Qira dengan kaki Neko. "Jadi, benda yang lembut tu.." Kata-kata Qira tergantung. "Meow.." Neko mengiau. Seperti faham saja yang benda yang dimaksudkan adalah dia.
"Hesy, terkejut orang je." Qira segera mengambil kucing tersebut. "Hai Neko. Aku Qira. Seronok jumpa kau." Qira memeluk Neko erat. Dah nama orang suka kucing, fitrah la tu kalau jumpa kucing comel macam Neko. Bulu lebat dan putih.
Aqif tercengang. Kucing aku dikebas? "Dah la. Aku nak solat. Kau cutikan?" Aqif bangun dari katil. Qira mengangguk. Eh? "Mana awak tau?" Soal Qira naif. "Semalam kan kau yang cakap." Aqif mencapai tuala di ampaian dan terus masuk ke bilik air. "Ada ke?" Qira menggumam sendiri sambil mengusap Neko.
Neko turun dari katil dan keluar dari bilik. Qira mengikat rambutnya yang panjang mengurai menjadi satu dan turun menuju dapur untuk menyediakan sarapan untuk suaminya.
"Kat sini rupanya sangkar kau. La, patutlah semalam kau keluar malam semalam. Makanan kau dah habis rupanya. Buat terkejut aku je." Qira mencapai Friskies di tepi sangkar dan menuangnya ke dalam mangkuk Neko. Neko terus makannya tanpa kesah Qira yang mengelus kepalanya lembut.
Qira melihat kabinet dapur. Barang dapur tak beli lagi ni. Nak masak apa? Alah, roti je lah. Qira menghidupkan api dan meletakkan kuali. Telur dicuci dan dipecahkan sebelum masukkan ke dalam kuali.
"Buat apa tu?" Qira terkejut. Kelihatan Aqif memandangnya sambil bersandar di dinding dengan tuala kecil yang tersangkut di bahunya menandakan dia baru mandi. Oh, damn hot!
"Buat terkejut orang je. Tengah buat sarapan la. Takkan la buat bodo kot." Balas Qira perlahan. Aqif menuju ke Qira. Kuali dikilas sejenak. "Sandwich telur je?" Qira mencebik. Banyak songeh pulak dia ni. Kira ok la orang dah tolong.
"Dah tu, awak tak nak beli barang dapur. Masak la apa yang ada." Qira menutup api dapur. Telur yang sudah hancur dimasukkan dalam mangkuk. "Nah. Letak sendiri kat roti. Saya nak bersihkan diri." Qira meletakkan scrambled egg di atas meja.
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
RomanceQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...