Don't play the video first!
Seminggu selepas raya, Aqif datang ke rumah Qira untuk membawa Qira melihat baju pengantin. Tu pun lepas didesak mamanya. Kalau tak, bersanding nanti pakai t-shirt la jawabnya.Hipster skit. Hehe.
"Woi Qira. Hubby kau da sampai tu. Jangan la kasi kulit putih dia hitam macam kau. Sian dia." Qira turun tangga dengan mencebik. Sempat lagi perli aku tu! "Yalah. Orang nak turun la ni. Bebel cam mak nenek." Gumam Qira.
"Kau pakai macam ni je keluar dengan dia?" Soal Fina bagai tak percaya. Qira memandang pakaian ditubuhnya. Apa? Blouse biru, skirt labuh, shawl hitam. Bukannya aku pakai seksi pun. "Dah tu? Kau nak aku pakai baju Victoria Secret?" Soal Qira geram.
"Tak de la. Takkanla kau tak nak pakai cantik-cantik sikit ke. Kan nak dating dengan bakal hubby." Kening Fina terangkat-angkat. Qira malas nak layan Fina yang tak habis nak menyakat orang. Terus dicapai wedgesnya yang tersimpan elok di dalam almari kasut.
"Weh, tengah hari nanti aku balik, aku beli makanan untuk kau. So, tak yah masak ok?" Fina hanya mengangguk. Qira keluar dan bertemu Aqif yang bersandar pada kereta.
Hmm, not bad. Skinny jeans coklat, bangles, kaca mata hitam ngan kemeja biru. Nampak...matang. Wait. What? Kemeja biru?! Huwa!! Boleh tak nak naik tukar baju? Menangis hati Qira.
'Cantik dia hari ni.' Desis Aqif. Aqif menyentuh dadanya. Pahal aku ni? Dah suka kat dia ke? Asal aku rasa aku dah kenal dia lama sangat?
"Helo pakcik? Dah puas berangan? Jom la. Lambat nanti pergi butik." Qira membuka pintu kereta dan membenamkan diri ke dalam perut kereta. "Tau pun lambat. Dia bersiap lambat, salahkan orang. Panas tau kat luar." Balas Aqif yang turut masuk ke dalam kereta.
"Ceh, dia yang sengal sangat nak duk luar pahal? Masuk je la dalam kereta. Gila." Gumam Qira perlahan. "Apa dia?" Soal Aqif bila mendengar Qira seperti mengutuk dirinya. "Tak de apa la. Dah la. Cepat la gerak. Kan lepas ni nak tengok cincin." Aqif terus menggerakkan keretanya ke butik.
Tiba di sana, kelibat Puan Aishah kelihatan di sofa di hujung butik. Puan Aishah tersenyum memdengar salam Aqif. "Eh mama? Mama buat apa kat sini?" Soal Aqif hairan. "Nak pilihkan baju pengantin la." Jawab Puan Aishah bersahaja.
"Ye lah. Mana Aunty Issa?" Soal Aqif. "Hmm, ada kat dalam rasanya. Kejap mama panggilkan. Korang tengok-tengok la dulu baju ye?" Aqif dan Qira mengangguk. "Pilih la mana yang awak nak." Tutur Aqif.
Qira berjalan di sekitar butik tersebut. Banyak baju yang cantik- cantik. Qira mengacukan baju pengantin moden berwarna krim putih ke badannya. Macam cantik. Sekali mata Qira melihat harga baju tersebut, Ya Allah! Mencekek darah.
"Awak, tak de butik lain ke? Mahal sangat la kat sini. Satu baju harga sampai RM 10 000." Qira berbisik pada Aqif. "Biarlah. Baju kat sini mahal sebab designernya dari Paris. And, artis tempah baju pengantin kat sini la." Terang Aqif.
Qira mencebik. Masalahnya, aku bukannya artis! Seorang perempuan dalam lingkungan 40-an berjalan tersenyum ke arah Aqif dan Qira. "Wah, Aqif. Dah besar ye kamu. Last aunty jumpa kamu masa kamu tak de gigi kan? Dah la penakut, kuat nangis." Merlissa ketawa.
"Aunty! Apa ni bagitau rahsia Aqif depan Qira. Malu la!" Bisik Aqif. Aqif memandang Qira yang sudah mengekek gelak. "Biarlah. Nanti dah kahwin kamu pula tahu rahsia dia." Kening Merlissa terangkat. Aqif tersenyum penuh makna pada Qira. Qira berhenti gelak.
"Dah pilih baju?" Soal Merlissa pada Qira. Qira menggeleng. "Well, memandangkan Aqif aunty yang kahwin, aunty sponsor la. Sebagai hadiah perkahwinan boleh?" Aqif dan Qira mengangguk.
"Jadi, Qira nak pilih yang mana?" Soal Merlissa. Qira berjalan mencari baju. Dia ternampak baju pengantin berwarna turquise lembut. Tangannya menyambar baju tersebut. "Warna turquise ke tema korang?" Soal Merlissa. Qira memandang Aqif. Aqif mengangkat bahu.
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
Roman d'amourQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...