BAB 33

1.5K 42 0
                                    

Hai, lama tak jumpa korang. What's up? Sorry sebab dah lama tak update. Memang tak de idea. Ni buat pun sekadar rasa sayang pada readers yang memang nak sangat cerita ni sambung. Kat sini just nak promote my second novel, Mr Cop Mrs Doc. Please support kay? Cerita ni sangat tak mendapat sambutan. So i hope you can read it and leave comments to better my workings. Orait?

"Assalamualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum." Qira beri salam. Rumah kayu itu dia masuk dengan kaki kanan. "Waalaikummussalam. Eh, along. Kenapa datang sini ni?" Soal abah.

"La, salah ke along nak datang?" Qira ke arah abahnya dan mencium tangan seraya memeluknya. "Suami kamu mana?" Soal abah.

"Tu ha. Tengah angkat beg." Baru disebut, terjengul kepala Aqif di muka pintu. "Assalamualaikum abah." Aqif tunduk cium ayah mertuanya.

"Waalaikumussalam. Mak kamu ada kat dapur tu. Tengah masak." Kata abah. Qira angguk. Aqif duduk di kerusi. Nak berborak dengan abah.

Qira mengangkat beg masuk ke dalam bilik. Nasib baik kemas bilik ni. Kalau tak, patah jugak pinggang ni nak kemas.

Kaki diatur ke arah dapur. Nampak sangat maknya khusyuk memasak. Qira perlahan-lahan pergi ke arah maknya.

"Ha!! Ni nak terkejutkan mak kenapa?" Qira berundur ke belakang. Terkejut. Baru nak sergah, dah disergah dulu oleh mak.

"Hesy, mak ni. Terkejut along." Qira memegang dadanya yang berombak laju.

Qira mendekati mak dan mencium tangannya. Mak membalas dengan mengucup kedua pipi Qira. Rakus. Haih, mak ni. Tahu lah rindu along.

"Rafan mana mak?" Qira mendekati sinki dan mebantu apa yang patut. Oh kau Qira, pahal jadi rajin ni?

Aku dah ada suami kan, rajin lah.

"Ada. Dia keluar sat. Mak suruh dia beli barang tadi." Qira mengangguk. Dia membasuh sayur yang mak suruh basuh.

"Mak nak masak apa?" Soal Qira. Dia sandar pada kabinet dapur. Menunggu tugas baru.

"Asam pedas. Along suka kan?" Mata Qira terus bersinar. Wuih, terangkat nih!

"Mestilah mak. Buat pedas-pedas eh? Memang semangat nih along nak tolong." Qira menyinsing lengan bajunya sampai ke siku.

Mak sekadar tersenyum. Qira mula membantu apa yang patut.

Usai masak, Qira menghidangkan makanan di atas meja. "Ha, pi panggil diorang makan." Arah mak. Aku hanya menurut.

Qira ke ruang tamu. Kelihatan Aqif rancak berbual dengan abah. Kamceng betul diorang nih.

"Abah, awak, jom makan. Makanan dah hidang."

"Ha, Aqif. Jom makan. Mesti penatkan memandu." Abah mula bangun dari duduknya. Aqif menurutinya.

Qira mengikuti mereka dari belakang. Sempat Qira ke dalam biliknya untuk mengecas fon.

"Duk sini berapa lama?" Soal abah sewaktu mereka mula menjamah makanan. "Dalam tiga hari je kut. Ahad balik. Aqif ada kerja hari Isnin nanti." Abah sekadar mengangguk dan menyuap nasi ke dalam mulut.

Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]Where stories live. Discover now