BAB 14

2.9K 118 1
                                    

"PAPA, Aqif kalau boleh nak batalkan pertunangan ni." Tengku Mukriz dan Tengku Aishah.

"Kenapa pula ni? Sebelum ni setuju je."  Soal Tengku Aishah cemas.

"Aqif dah jatuh cinta dengan orang lain." Terang Aqif.

"Siapa orangnya?" Soal Tengku Mukriz pula.

"Qira. Secretary Aqif." Mendengar nama itu Tengku  Mukriz melepaskan nafas lega sambil tersenyum.

"Kenapa abang ni? Senyum pula dia." Tengku Aishah menepuk peha suaminya.

"Biarla dia jatuh cinta dengan bakal tunang dia." Aqif dan Tengku Aishah kaget. "A..apa maksud papa?"

"Sebenarnya papa memang saja pilih Qira jadi secretary kamu supaya boleh la rapat sikit. Tak sangka pula bukan setakat rapat, tapi dah jatuh cinta." Tutur Tengku Mukriz.

"Jadi..."

"Jadi Qira Rafiqah tu akan jadi isteri kamu. Tak usah la nak fikir ni. Dah rancang dah pun."

Aqif tersenyum lalu memeluk Tengku Mukriz dan isterinya. Mereka sekeluarga saling berpelukan.

Sekarang yang perlu difikirkan, Qira. Dia terima ke pertunangan ni?

HUH, hari yang tak dinantikan dah tiba. Hujung minggu. Mungkin sebelum ni hujung minggu are the best day ever. Tapi tak minggu ni. Minggu ni dia kena keluar ngan Aqif.

"Weh Qira. Prince charming kau dah sampai." Qira menjenguk keluar. Uih! Sebelum ni kereta BMW. Sekarang kereta Lamborghini. Berapa banyak kereta dia ada ni?

"Ye lah Fina. Tolong cakap kat dia aku baru nak siap." Fina memandang Qira.

"La, dah tahu prince charming nak datang, siap la awal-awal." Bebel Fina.

Malas nak layan si Fina dia terus ke bilik untuk menukar pakaian.

Baju blouse labuh warna jambu cair dipadankan dengan jeans biru hitam. Tudung pashmina warna krim. Kasut? Tak payah la tinggi-tinggi. Ambil je la kasut sneakers warna putih merah.

Aqif memandang Qira tak berkelip. Sungguh cantik makhluk di hadapannya. Walaupun sempoi tapi nampak elegan.

Aqif juga tidak kurangnya. Dengan baju hitam berbelang biru berkolar putih dipasangkan dengan jeans hitam serta sneakers biru putih. Yang menarik perhatiannya adalah wrist band yang dipakai Aqif. Sungguh nampak bergaya. Mampu mencairkan hati kaum hawa.

"Wow. Speechless." Qira memandang dirinya. Ok ke baju ni? Sesuai ke kasut ni? Ala bantai la. Ngan Aqif je. "Awak ni nak keluar ke nak berdiri kat situ?"

"Dua-dua. Tapi tak nak la berdiri kat sini. Nak kat dalam." Aqif tersengih lalu membuka pintu keretanya untuk Qira.

"Lain kali tak perlu nak buka pintu untuk saya. Saya boleh buka dengan tangan sendiri." Lembut Qira menutur.

Aqif mengangguk lalu masuk kedalam kereta. Keretanya meluncur laju meninggalkan taman perumahan itu.

"Nak kemana ni?" Soal Aqif. "Eh, dia yang ajak keluar kita pula yang disoal?" Aqif tersengih.
"Kita pergi IOI la. Nak?" Qira memandang Aqif. Benda alah apa IOI tu?

"Kat mana tu?" Soal Qira. Aqif tergelak kecil. "Kat UK." Qira melopong. Uih jauhnya.

"Er..jauh sangat tu. Dalam Malaysia tak dak ka?" Meletus tawa Aqif.

"Luruslah awak ni. Takkan la saya nak bawa awak ke luar negara. Pasport pun belum tentu awak ada." Muka Qira merah menahan malu. Alahai comelnya.

Setelah lebih kurang 20 minit memandu, mereka telah sampai di IOI City Mall di Putrajaya.

Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]Where stories live. Discover now