"ALONG, minggu depan ingat." Muka Qira berkerut. "Ada apa kat kampung minggu depan?" Soal Qira.
"Isy, budak ni. Ada yang makan sudip kang. Lupa ke pertunangan along?" Mata Qira membulat. Tak sangka pertunangannya secepat ini.
"Memang kena pergi ke?" Seperti orang bodoh saja soalan. "Habis tu, nak sarung cincin kat mana? Jari mak? Mak boleh je tapi takut abah kamu tu marah." Jawab Mak Midah selamba.
"Gatal eh mak? Bagitahu abah." Ugut Qira. "Dah, tak payah bagi cite ni melalut. Pening reader nak baca. Ingat minggu depan. Kalau kamu tak de dapat la kamu bakal ayah yang baru. Kirim salam kat Elli ngan Fina. Jangan lupa bagitahu diorang. Assalamualaikum." Mak Midah mematikan talian.
"Mak aku ni. Tak bagitahu apa-apa tau-tau kena bertunang. Haih. Haru hidup." Qira meletakkan telefon. Kakinya menuju ke sofa.
"Minggu depan ikut aku balik kampung." Fina memandang Qira pelik. "Kenapa? Aku ada date la." Jawab Fina.
"Tak nak tak pe. Jangan ingat aku nak hantar gambar pertunangan aku." Qira bangun menuju bilik Elli. Fina mengikut dari belakang.
"Elli, minggu depan ikut aku balik kampung." Elli memandang Qira. "Aku kena jumpa abang aku Helmi tu."
"Suka hati kau la. Nanti nasib kau sama dengan Fina." Baru saja Qira ingin berpaling, Fina muncul dihadapannya.
"Nasib? Nasib apa?" Soal Elli. "Kau nak bertunang minggu depan?!" Jerit Fina. Qira menutup telinga.
"What?! Qira betul ke?" Qira mengangguk perlahan. "Jadi korang dua batalkan atau tangguhkan la ye janji temu korang. Dah. Aku nak masuk bilik. Nak solat." Qira masuk ke biliknya dan menutup pintu.
Qira menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Setelah itu, Qira membentang sejadah untuk bersolat. Usai bersolat, tangannya mengangkat doa.
"Ya Allah, ampunilah dosa ku. Dosa kedua ibu bapaku. Hanya Kau yang Maha Mengampuni. Ya Allah ya Tuhanku, Kau permudahkanlah perjalanan hidupku. Andainya lelaki itu tidak mampu membawa ku ke syurga, kau jauhi lah dari ku. Andai sebaliknya, Kau buka kanlah hati ku untuk menerimanya. Sesungguhnya kau yang Maha Besar." Qira mengaminkan doanya.
Qira melipat telekung lalu baring di atas katil. "Aku harap bakal tunang aku tu sweet." Qira mengucapnya tanpa sedar. Setelah beberapa saat dia tersedar. "Apalah aku ni. Kalau sweet tapi iman low class wat pe." Qira tergelak kecil.
Aqif membaringkan dirinya setelah menyiapkan tugas yang diberi. Fikirannya hanya dipenuhi wajah Qira.
Aqif tersenyum sendiri. Tak sabar rasanya ingin melihat reaksi Qira bila tahu yang dialah bakal tunang itu.
Aqif bangun dari pembaringan. Tangannya mencapai telefonnya di meja tepi katil. Aqif membuka ig dan mencari ig Qira. Tersenyum-senyum Aqif dibuatnya.
"Hesy.. apa la aku ni? Stalker anak dara orang." Gumam Aqif sambil menggeleng perlahan. Telefonnya diletakkan semula lalu menarik gebar untuk tidur.
"QIRA, bangunlah. Dah pukul 6.15 ni. Kang terbabas pula." Bebel Elli. Inilah tugasnya bila tidur dalam bilik Qira. Mohon bakal suami dia tu rajin kejutkan dia.
Dalam keadaan mamai Qira bangun. Rambut tak payah cite la. Kalah rambut hantu kak limah.
Qira turun dari katil dan mencapai tuala. Kakinya diatur ke bilik air. Elli tersenyum kecil melihat Qira yang terhuyung-hayang berjalan.
'Hai lah budak ni. Nasib baik senang kejut. Kalau liat, aku piat kau punya lengan.' Desis Elli lalu mengemaskan katil.
Setelah siap bersiap, Qira ke meja makan untuk sarapan. Bilalah dia nak buat sarapan. Takkan nak suruh maid? Kang suami suka lak kat maid tu.
YOU ARE READING
Awak Milik Saya Seorang! [Hold On]
RomanceQira Rafiqah - Seorang yang garang luaran tapi lembut dalaman.Tapi bila bertemu lelaki, mesti mengaum. Tengku Aqif Haqiem- Seorang yang tegas dan penyayang. Muka ala-ala mamat Jepun. Tidak minat pada perempuan kerana baginya perempuan sangat rumit u...