Zarah yang tak kelihatan.

2.4K 113 5
                                        

Tiada yang menarik perhatian aku pada malam sebegini. Angin malam yang masuk lembut menampar tidak pula rasa sejuknya. Di dalam ruangan rumah tinggalan ini aku bertapak. Mungkin ruangan ini ruang tamu atau mungkin ruang untuk keluarga berehat-rehat bersama pada hujung minggu.
Di balik tingkap rumah tinggalan lama, aku perhati ke luar. Aku dapat lihat,ada hutan. Semak. Gelap. Dan kosong.

Tiada sumber cahaya di dalam rumah itu cuma sedikit cahaya dari bulan. Dan cahaya bulan pula hanya pinjaman dari sang matahari. Cahaya dari bintang? Mungkin masih dalam perjalanan ke langit bumi.
Dengan asap ganja yang menjadi ketagihanku, dihembus keluar. Ruang keliling aku dipenuhi dengan asap ganja yang mula berpecah memenuhi segenap ruang. Memenuhi ruang hingga zarahnya tak kelihatan.

Melihatkan zarah asap buat aku terfikir. Zarah asap tadi seperti sahabatku yang dulu. Mulanya berkawan dan lama-lama timbul rasa suka. Tapi,lama-lama juga aku melepas. Dirinya hilang tanpa dapat aku jejak. Ah,klise! Aku lihat bulan di atas sana. Senyum dibibir terbentuk.
Gila.
Masakan hisap ganja masih dapat memikirkan tentang dia! Kisah lama. Aku perlu tamatkan di sini. Di rumah tinggalan ini. Kerana,mungkin aku juga yang bakal menjadi salah satu zarah itu. Tapi sifatku bukan memenuhi ruang seseorang,cuma...aku hilang. Aku ada,tapi hilang..... tak kelihatan.

Selesai dengan ganja,aku bersedia dengan kerusi untuk aku panjat nanti. Tali di atas elok aku gantungkan. Malam ini, aku tekad. Kerusi dipanjat,tali memeluk leher. Dalam kiraan 3. Satu. Dua. Tiga. Kerusi ditolak. Selamat tinggal.

Cerpen: Psiko UrbanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang