Aku seorang

1.8K 85 4
                                        

Cuti semester sudah pun tiba. Bermula malam hujung minggu, seorang demi seorang housemate aku berangkat pulang kerana ujian akhir sem bagi fakulti masing-masing telah pun tamat. Begitu juga dengan aku,tapi cuti 3 bulan ini aku memilih untuk mengambil short semester bagi mencukupkan jam kredit untuk subjek elektif. Jadi, aku tidak pulang ke rumah di Terengganu malah aku tinggal di kolej kediaman.

Aku sudah pun memberitahu tentang hal ini kepada kedua ibu bapaku,namun aku berbohong kepada mereka bahawa ada rakan yang meneman aku sepanjang aku tinggal di kolej ini sedangkan tiada. Aku cuma tak mahu mereka risau je. Kalau mereka tahu aku tinggal seorang diri mesti mereka menggesa aku pulang sedangkan aku lagi mahu mengejar jam kredit untuk grad on time. Bagi aku itu lagi penting.

Malam Isnin,sudah dua malam aku berhenti menelaah buku kerana aku sudah bebas dari cengkaman peperiksaan akhir semester itu. Dan rakan serumah aku yang terakhir pula akan pulang ke rumah pada malam itu juga. Jadi,bermula malam inilah aku akan tinggal seorang-seorang di apartmen. Takut? Buat apa aku takut,lagi tenang adalah sebab suara hilaian setan berupa manusia sudah hilang dan tidak akan kedengaran lagi.

"Joji,aku balik dulu ye. Kau sorang-sorang tu hati-hati tau. Jangan lupa kunci pintu depan ni. Kalau takut gi tidur kat rumah kawan kau ke."
Pesan Iesya sambil menggalas begnya. Kami sama-sama menuju ke hadapan pintu utama apartmen kami.

"Ye. Aku tak lupa. Ni beg kau berat taj? Nak aku hantarkan sampai ke bawah. Maklumlah, apartmen kitakan di tingkat tiga. Tingkat paling atas sekali." Tanya aku sekadar basi basa. Aku sebenarnya malas tolong. Dan aku mengharap dia menolak pelawaan aku ni.

"Erm,takpe. Aku angkat sendiri. Ala,dua beg je pun. Oklah,daa. Aku balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam." Disebabkan iesya tidak mahukan pertolongan aku,aku terus ke bilik untuk buat apa-apa yang patut. Maybe start baca salah satu buku elektif?

Truuut....truttt...

Bunyi nada dering telefon menandakan ada mesej masuk.

From : Ezra
Joji,tlong aku joji. Aku nk minta kau jagakan Odie untuk aku. Pliz. Tlonglah.

Eh,dah kenapa Ezra ni? Kenapa pula dengan si teddy bear dia tu? Lupa nak bawa pulanglah tu. Ah,malaslah nak layan.

Trutt...truutt..

Mesej masuk lagi.

From : Ezra
Joji,aku harap sangat kau jaga dia. Pliz. Tlong aku. Aku takut kau diapa-apakan. Joji,pliz.

Kali ini aku membalas mesejnya. Aku khuatir dengan maksud mesejnya. Kenapa takut aku diapa-apakan. Diapa-apakan oleh siapa?

To: Ezra
Apahal? Apa maksud kau? Apa kait dengan teddy bear kau tu? Knp aku kena jaga dia?

From: Ezra
Tlong bgi makan kat Odie. Tlonglah. Sebelum dia lapar dan mengamuk,aku mohon kau berikan dia makanan.

What?!!
Main-mainlah dia ni.
Dah kenapa nak bagi makan kat benda yang tak hidup tu. Saja nak usik aku.

To : Ezra
Dah kenapa? Kau buat lawak erk?

From : Ezra
Sumpah aku tak buat lawak. Aku serious ni. Tlonglah Joji, Odie tu adalah nenek aku. Nenek aku ada kat dalam badan dia. Pliz. Aku sayang kan dia,tapi aku tak nak dia lukakan kau.
Tlong jangan tanya aku lagi. Pokok pangkalnya,tlong beri dia makanan. Dah lebih tiga hari dia tak makan. Tepat pukul 12 tghmlm ni cukup 4hri. Tlonglh percaya ckp aku. Lagi lama dia tak makan lgi dia ganas.

Kreekkkk.....
Bunyi pintu bilik sebelah seakan-akan baru sahaja dibuka oleh seseorang. Disebabkan kesunyian aku dapat dengar apa yang terjadi di luar. Masa tu aku cuak sangat. Namun,aku berhusnodzon....tak mahu lemah semangat,kata ibu kalau lemah semangat lagi mudah makhluk yang tak diingini ganggu.

Tapi semangat aku hancur apabila aku terdengar ketukan pintu yang kuat di bilikku. Ketukan pintu bilikku!!!

Truttt...truttt...truttt...

From : Ezra
Joji,forgive me. Sudah tepat pukul 12 tghmlm. Aku harap kau buat apa yg aku mnta. Aku hrp kau selamat.

KimK lah Ezra! Sial punya betina! Bodoh punya kawan! Sanggup kau buat aku macam ni.

Aku menangis. Esakan pula aku cuba tahan. Aku tidak mahu apa-apa makhluk yang Ezra bela tu tahu akan kewujudan ku. Aku berharap matahari cepat-cepat terbit. Biar sang terang menamatkan segala. Tolonglah ya tuhan.

Bunyi ketukan berhenti. Aku kembali lega. Bekas tangisan yang mengalir di pipi aku lap dengan lengan baju ku. Oh,inikah balasan aku menipu orang tuaku?

Tak sampai beberapa saat pun musibah datang lagi. Bunyi tombol pintu dipulas seiring dengan bunyi anak kunci. Aku cepat-cepat capai kayu hoki yang tersimpan di tepi meja untuk langkah berjaga-jaga. Buat masa ini aku harus kuat. Aku harus kuat.

Kejap sahaja pintu akan terbuka. Tombol dipulas lagi. Apa pun terjadi aku bersedia.

Klak...krekkkkkk

"Hiayrgh!!!!" Kayu hoki diangkat tinggi mengambil lajak untuk menghayun apa sahaja objek atau makhluk di hadapan.

"Joji!" Makhluk itu berjaya menepis kayu hoki ke tepi.
Dua sahaja perkataan yang menggambar perasaan aku ini.
Lega. Terkejut.

"Joji,kau kenapa nak bahan aku dengan kayu hoki ni? Gila ke apa?" Iesya nampak marah. Aku tak tahu apa tujuan dia datang ke bilik lagi tapi aku lega walaupun kena marah.

"Aku.....aku.....aku....taa..takut. Kenapa kau tak panggil nama aku? Buat aku takut je."

"Pekak badak kau ni. Aku yang kat luar ni bagaikan nak gila ketuk jerit-jerit nama kau. .....kau boleh tanya aku macam tu????" Matanya bulat seakan tidak puas hati dengan apa yang aku katakan.

" hah,ni lagi satu . kenapa pisau ada kat sini? Dengan teddy bear si Ezra ni? Kalau tahu kat dia mesti dia marah."

"Hah?" Teddy bear Ezra ada kat hadapan kami. Betul-betul sebelah pintu. Dan sebelah teddy bear tu ada pisau?

"Iesya! Aku takut. Tolonglah aku nak balik. Aku takut sangat. Jangan tinggal aku sorang-sorang." Air mata mengalir dengan derasnya. Tidak sempat aku untuk menyeka.

"Kau mana ada tiket nak balik terengganu. Kau ni kenapa? Nak balik sangat jom ikut akulah!"

Bermula dengan malam tu,aku dah tak tinggal sorang-sorang dah. Aku cuma berulang dari rumah Iesya ke fakulti.

Oh,lupa.
Malam selepas aku tinggalkan bilik tu, aku ada terima satu lagi mesej dari Ezra.

Joji,kau tahu rahsia besar aku. Dan kau terselamat dari Odie. Tapi jangan ingat kau selamat. Larilah ceruk mana pun,tak sampai tiga bulan kau habiskan short semester kau, Odie akan dtg cari kau. Smpai hati kau tak bagi dia mkn!

Dan sekarang ni, Odie ada temankan aku di dalam kelas tutorial. Memandangkan aku seorang sahaj kat dalam kelas tu,mungkin ini akan memudahkan dia untuk menuntut apa yang dia mahukan.

Satu je aku fikirkan sekarang ni.
Ezra memang bab*!

/*lulz,lama aku tak update. Ini sbb aku ada idea yg trlmpau bnyk sampai lupa nak tulis. N yeah,cerita diinspirasi oleh sebuah confession. Tapi bukan diadaptasi sepenuhnya. Klu tak, mmg tak tragik ler.... /*

/*typo bersepah mcm biasa. Do drop comment and vote for the story!*/

Cerpen: Psiko UrbanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang