Suasana di lobi Hospital Slim River sungguh sunyi mungkin kerana malam sudah berganti awal pagi. Hanya beberapa orang sahaja yang singgah duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak hospital. Di luar lobi pula,ada dua orang pengawal yang sedang berjaga dan ditemani dengan walkie talkie di tangannya.
Suasana yang hambar itu menghampakan aku. Telefon alih pintar diseluk dari poket seluar sebelah kanan. Earfon diplug ke dalam telefon. Aku memainkan beberapa lagu yang tersimpan di dalam fail muzik. Nak beli data,topap dah habis. Jadi,muzik sahajalah penghiburnya. Beginilah rutin aku sejak atuk diarahkan masuk ke hospital. Mungkin kerana aku masih dalam cuti semester,aku disuruh untuk menunggu atuk setiap hari. Balik rumah bila baju yang nak diganti sudah habis dipakai. Cuma hari ni, mama yang menemani aku. Semalam Pak Usu. Sekarang ni mama ada dekat bilik atuk di wad.
Jari telunjuk diswap ke atas untuk memilih lagu yang terpapar di skrin. Namun terhenti apabila terdapat panggilan masuk daripada mama. Earfon ditanggalkan. Jari diswap ke arah simbol telefon yang berwarna hijau tanda aku menerima panggilan tersebut.
"Hello mama. Kenapa?" Tanya aku dengan suara perlahan. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan suasan sunyi suara aku pun turut menjadi sunyi. Sebenarnya,dah menjadi lumrah hospital ni tak boleh bising.
"Mama nak balik rumah ni. Nak ambil baju kerja mama. Mama rasa mama tak dapat nak balik rumah esok. Jadi, Zain naik temankan atuk kejap ya."
"Okey mama. Zain naik dululah kalau macam tu."
"Okay."
Talian diputuskan. Sejurus itu,kaki ku melangkah ke lif untuk ke tingkat empat di mana atuk aku diwadkan.
Pintu lif terbuka sebaik sahaja aku menekan punatnya. Setelah masuk ke dalam lif,aku menekan butang tingkat empat. Sebelum pintu lif tertutup,terdapat seorang nurse masuk dengan menolak kerusi roda yang kosong. Kemudian,baru pintu lif ditutup.
"Muatan penuh." Bunyi amaran daripada lif.
"Eh,takkan dah penuh? Kita berdua je pun." Aku berasa aneh dengan lif tu sambil itu aku mengalih pandangan ke nurse tadi. Tapi dia nampak tenang. Sempat pula dia memberi senyuman.
"Tak,kita bukan berdua. Kita ramai. Sempit lagi lif ni. Kan En.Arif?"
Sambil dia memandang ke arah kerusi roda yang kosong itu.'WTF!'
"Jadi,awak rasa takut lah sekarang ni?" Senyuman manis tadi bertukar menjadi sinis.
Dan lif tiba-tiba blackout.
And yeah. I think i'm in hell right now.
************************************
Lol,this story is inspired by Khalilahkhd. Big applauses for her.
And yeah! I have tonned of assignment need to do so,maybe tak berapa aktif sangat nak update cerita. Thousand apologies from meee🙏🙏🙏🙏🙎🙀!If any typos do mention it ya!
As usual, do vote,do comment and do share it.
Nak ditegaskan,cerpen ini semua adalah rekaan sepenuhnya dan karya dari minda dan hati saya.
Thank you. 😘
YOU ARE READING
Cerpen: Psiko Urban
KorkuCerita pendek karya jemah bersatu. Cerita hantu,cerita kat bandar,cerita di mana tempat yang ada ciri-ciri ketamadunan dan menunjukkan ada kehidupan. Kehidupan dimensi lain maybe.