Jendela yang dari tadi dibiarkan terbuka luas telah menyambut kedatangan angin lembut masuk ke ruang bilikku. Sekaligus, angin itu menampar lembut pipiku.
Petang sebegini "Dia" selalu akan membebel kerana biarkan jendela itu terbuka luas. Katanya tiada privasi kerana tingkap bilik kami menghadap padang yang sentiasa penuh dengan budak belasan tahun yang sedang asyik bermain bola.
Bayangan Dia yang sedang membebel bermain di minda. Sungguh lucu gadisku seorang ini.
"Sayang." Aku menoleh belakang. Senyuman Dia persis kuntuman di taman bunga membuatkan aku rasa bertuah kerana dalam banyak-banyak kumbang, aku seorang yang dia sudi bersama.
"Sayang, jomlah. Kata nak pergi sama-sama. Nak temankan saya selamanya." Senyum. Ah,senyuman itu membuai perasaan ku.
"Baiklah sayang. Sabar ya."
Bang! Satu tembakan tepat di kepala ku telah menyatukan kami berdua. Aku dan "Dia" bersama selamanya.
🌼🌼🌼
If any typos do mention it ya!
As usual, do vote,do comment and do share it.
Nak ditegaskan,cerpen ini semua adalah rekaan sepenuhnya dan karya dari minda dan hati saya.
🌼🌼🌼
ANDA SEDANG MEMBACA
Cerpen: Psiko Urban
HororCerita pendek karya jemah bersatu. Cerita hantu,cerita kat bandar,cerita di mana tempat yang ada ciri-ciri ketamadunan dan menunjukkan ada kehidupan. Kehidupan dimensi lain maybe.
