Rumah mayat

2.3K 102 6
                                        

Aku memang dah fobia dengan wad-wad di hospital. Bukan sebab bau ubat-ubat yang tidak nyaman. Bukan juga dengan erangan sakit oleh pesakit-pesakit lain walaupun benda itu merimaskan. Tetapi, cerita-cerita yang dimomokan oleh kawan-kawan aku yang buat aku gerun dengan hospital.

Petang itu,ibu mendapat berita daripada mak cik ku tentang sepupuku yang tiba-tiba sakit dan mereka berdua meminta tolong daripada ku untuk menjaga dia di hospital yang berdekatan. Masa itu aku baru 5 hari bercuti di rumah dan cuti sem masih lagi panjang.

Pada mulanya aku menolak permintaan ibu yang menyuruhku menjaga sepupuku kerana malas nak melayan orang sakit. Tapi,didesak juga dan aku haru turuti jua. Aku terus kemaskan barang dan senja itu aku cepat-cepat ke hospital sana. Tidak mahu sampai lambat-lambat.

Tepat pukul 6.30 petang aku sampai,aku terus mencari wad kenanga. Dalam perjalanan,aku terlanggar seseorang. Dan yang seramnya dia memandangku dengan muka yang marah. Wajahnya pucat sangat. Tapi dia terus sahaja berlalu tanpa sempat aku meminta maaf.

Tiba di wad Kenanga, aku dapat lihat banyak katil-katil yang kosong dan aku kira hanya 10 katil sahaja yang terisi dengan pesakit. Sambil mencari katil sepupuku aku memerhati.

Aku memerhati sehingga ternampak sepupu ku yang berseorangan duduk di atas katil yang bernombor 28. Sampai-sampai je kat katil dia aku terus menghamburkan ketawa. Tak tahan bhai tengok muka dia. Bajet sakit je.

"Kau kenapa tetiba gelak? Sakit juga ke?" Dia yang tak berpuas hati melihat aku yang sedang ketawakan dirinya.

"Takde r,muka ko lawak doe. Tokleh tahan aku." Menghabiskan sisa tawaku.

"Ooo..diamlah kau. Aku sakit kot! kau boleh pula ketawakan aku!" Sambil menarik muncung.

"Alololo,kesian ya. Blah. Tak payah merajuk. Geli! Ni malam ni aku terpaksa temankan kau. Kau patut bersyukur tau." Beg yang aku bawa diletakkan di lantai.

"Yelah. Weh,kau x bawak makanan ke? Tak bestlah makanan kat sini."

"Tak. Ala,banyak songeh!. Makan jelah makanan hospital ni. Kerajaan tanggung tau."

"Tanggung my ass. Pui. Ke laut. Menyampahlah cakap ngan kau."

Kedengaran azan maghrib berkumandang. Seluruh penghuni wad kenanga diam seketika bagi menghormati azan.

"Weh,kau boleh solat tak?"
"Tak. Kau nak solat ke?"
"Ha'ah. Tempat solat kat ner? Surau ke? Tempat yang ada kain sembahyang. Aku lupa nak bawa."
"Ala,kalau kau bawa kain sembahyang kan senang boleh solat kat sini. Ni kat luar pintu tu ada tempat solat,kau belok kiri je nanti ada satu bilik dia tulis ruangan solat. Kat situ ada kain sembahyang."

"Okay. Aku solat dulu." Aku pergi ke bilik air kerana khuatiri ruangan solat yang sepupuku sebutkan tadi tiada tempat untuk berwuduk. Kemudiannya aku berlalu dari situ.

Lepas solat tadi,aku nampak sepupu aku keluar dari wad. Mukanya masam. Tapi, bila aku tanya dia nak ke mana hanya jelingan sahaja diberi. Seram ni.
"Gaduh dengan bae lah kut." Aku agak-agak sahaja. Tapi melihatkan perangai pelik dia tu,aku berasa bimbang. Jadi,aku ikut sahaja ke mana dia pergi. Sambil-sambil tu aku panggil lah dia. Tetap tak menyahut.

Dia tiba-tiba berhenti di sebuah laluan yang sunyi. Ah,sudah! Pehal pula budak ni. Aku mula cuak apabila laluan yang dia tuju tu adalah laluan ke rumah mayat. Tak sampai beberapa langkah,sepupu aku dah terpacak di depan rumah mayat. Aku cuak. Aku cuak sangat-sangat! Cuak yang pertama ialah sepupu aku yamg mereng tu. Cuak yang kedua tu ialah rumah mayat tu. Janganlah masuk ke situ wahai sepupu! Kut yer pun gaduh dengan bae janganlah menyusahkan aku. Dan,dengan klisenya sepupu aku masuk ke bilik tu. Aku mula tak sedap hati bila dapat panggilan daripada sepupuku.
"Dia call nak ajak aku masuk dalam ke?" Aku tap ke butang hijau tanda aku menerima panggilan.

"Hello,weh! Nanti kau datang sini kau belikan air milo kat mesin gedegang tu erk. Guna duit kau dulu. Har har har!"

Aku memandang kat sekeliling,aku dapati tiada satu pun mesin gedegang kat sini.

"Mana ada mesin gedegang kat sini. And,kau gila apa nak minum-minum kat bilik mayat. Dah,keluar dari situ. Aku kat luar ni! Cepat!" Aku yang mula bengang dengan permintaan sepupu tu mula meninggikan suara. Sedikit je. Kan kalau kuat sangat terbangun pula yang kat dalam tu.

"Ha ha, lawak sangat cerita kau tu. Dah,in 5 aku nak juga milo tu! Faham!"
Tegas.

"Kau,agak-agaklah nak suruh aku masuk bilik mayat tu. Weh,keluarlah dari situ. Kalau tak,aku blah. Aku balik rumah." Memang nak kenalah dia.

"Weh,pehal doe dengan kau? Bila masa aku kat bilik mayat? Aku kat wad tadilah. Aku steady je duk sini."

"Tapi,aku nampak kau masuk sana tadi."

"What! Dude,balik sini cepat. Now!"

Nafas mula kencang apabila ada tangan yang sejuk menyapa bahu. Aku menoleh ke belakang dengan perlahan-lahan rupanya orang yang aku langgar tadi yang menyapa. Then,shit happen.

Cerpen: Psiko UrbanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang