Aku suka menulis cerpen berkaitan dengan apa yang terjadi terhadap aku. Tapi,tidaklah hebat mana tatabahasa dan susunan ayat dalam cerpen aku. Cuma aku suka wujudkan sesuatu kalau tiada apa-apa yang berlaku supaya aku dapat menulis sesuatu yang based on true story.
Nak dijadikan cerita, hari Sabtu yang lepas aku disuruh ayah untuk menjaga adik aku yang ditahan dekat hospital. Dengan hati yang rela,aku ia kan sahaja.
Petang tu,biasa-biasa sahaja. Bosan masih belum terbit di hati sebab adik aku. Sesekali aku berbual-bual dengan adik aku,sesekali aku berbual pula dengan pesakit di sebelah. Namun bila malam sudah datang,adik aku mula menunjukkan rasa mengantuk. Awalnya dia menafikan rasa mengantuk tu,alih-alih tertidur juga. Aku okay je lagi time tu. Cuma bila dah pukul 11 malam aku mula rasa bosan. Nak tidur pun tak rasa mengantuk. Nak online di media sosial pun data lambat.
"Maxis kat sini tak leh pakai langsung!"
Jadi,aku pun membuat keputusan untuk menulis cerpen. Cuma tinggal satu je lagi aku kena cari,iaitu mewujudkan suasana yang benar.
Aku mulakan dengan tepi tingkap,aku tengok-tengok kut kalau ada. Aku ke tandas,memerhati dengan mengecilkan mataku. Tiada di tandas aku ke luar wad. Di luar wad ada sebuah taman,tapi masih ada lagi budak-budak yang ditemani oleh ayah mereka bermain di situ. Lewat malam macam ni pun ada lagi budak. Humph, tak seram! Nak jalan-jalan,malas. Aku masuk balik ke dalam bilik adik aku.
Bila sampai di bilik,aku memasang lagu di dalam fon aku. Niat nak mewujudkan suasana dihentikan. Lampu di bilik pun dah ditutup,cuma lampu tengah sahaja dibuka.
Kerusi yang dirapatkan ke katil aku tarik dan tidak semena itu selimut yang aku bawa terjatuh. Sepatutnya selimut tu elok sahaja di atas tempat duduk tapi kalau benda dah nak jadi,jadi jelah. Aku terpaksa menunduk untuk mencapai selimut tu. Dan waktu menunduk tu,ada sesuatu yang tersenyum ke arah ku. Berbaju seperti pesakit,telinga penuh darah,dan pucat biru. Dan ia berada di bawah katil adik ku. And,let story begin.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cerpen: Psiko Urban
HorrorCerita pendek karya jemah bersatu. Cerita hantu,cerita kat bandar,cerita di mana tempat yang ada ciri-ciri ketamadunan dan menunjukkan ada kehidupan. Kehidupan dimensi lain maybe.
