Sesat

1.9K 85 11
                                        

Malik sedang memperkemaskan diri dengan memakai jersi dan kasut badmintonnya. Dia ada berjanji dengan temannya untuk bermain badminton petang ini. Siap semuanya Malik mengambil keputusan untuk berjogging sampai ke gelanggang badminton yang tidak jauh dari rumahnya.

Semasa berjogging ke gelanggang,Malik terpandang ke sebuah pondok usang yang telah dikelilingi semak dan tiangnya telah ditumbuhi tumbuhan yang menjalar. Dan di pondok itu, kelihatan seorang nenek duduk di situ. Dia seperti sedang menunggu seseorang. Nenek itu,lalu berpaling ke arah Malik dan mempamerkan senyuman tua. Jelas kerutan dan kedutan di wajah tua itu. Malik cuma membalas senyumannya dan berlalu pergi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Permainan badminton tadi berhenti apabila senja menjelang. Mereka yang berada di gelanggang sudah siap untuk pulang. Que sahabat Malik mempelawa untuk menghantarnya pulang ke rumah setelah menyedari yang Malik cuma datang dengan hanya berjogging.
Tapi pelawaannya ditolak. Malik masih mahu berjogging ke rumahnya. Katanya dia mahu mengekalkan stamina badan. Penat berjogging, Malik dah nak sampai ke rumah. Namun, dari jauh kelihatan nenek tadi berdiri di hadapan pagar rumah Malik.

"Hairan,ada apa dia berdiri kat situ? Takkan nak jual kerepek kot?"

Dia perhatikan lagi sosok nenek itu dan dia perasan nenek itu berdirinya tidaklah tegak mana. Sedikit membongkok dan tiada beg di tepi atau di mana-mana dekat nenek itu.
Nenek itu cuma memakai selendang hitam yang lusuh dan berterompah kayu. Terompah itu pun nampak lama.
Perasaan kasihan itu timbul lagi. Malik pasti,sesiapa yang melihat nenek ini mesti ada perasaan kasihan juga.

Kakinya cepat ke pagar rumah. Niatnya ingin membantu nenek itu dan kalau boleh dia mahu mempelawa nenek itu masuk ke rumah.

"Assalamualaikum. Maaf,nenek ni cari siapa?" Tegurnya.

"Oh,walaikumusalam. Tidak cu,nenek cari rumah anak nenek. Dia tak jemput-jemput pun nenek. Puas nenek tunggu kat pondok sana."

Riak mukanya risau. Nenek itu risau jika dia tidak ditemukan dengan anaknya.

"Erm,nama anak nenek siapa? Manalah tahu saya kenal. Kalau saya kenal saya boleh hantar nenek ke rumah dia."

"Nama dia Zharif. Ni ada surat dia pos dekat nenek. Dia ada telefon nenek pasal surat ni,dia kata suruh orang muda bacakan. Cu boleh bacakan? Sebab nenek rasa Zharif ada tulis alamat dia."

"Boleh nenek. Mana suratnya?"

Tangannya menyeluk saku poket baju kurung. Malik anggap itu baju kurung jenis lama,sebab zaman sekarang baju kurung dah tiada kocek di sebelah. Lantas,satu surat yang sangat lama dikeluarkan. Apabila Malik membuka lipatan surat ia sudah pun terkoyak kepada dua.

"Maaf nenek,suratnya dah terkoyak." Timbul rasa bersalah dek kecuaiannya.

"Tak mengapa cu, asalkan tulisannya jelas dan boleh cucu bacakan."

Malik kembali melihat isi surat itu. Namun, kandungan surat itu tidak seperti yang nenek harapkan. Cuma dua tiga kerat ayat sahaja. Malik terkejut dengan ayat yang paling akhir. Dia berasa marah dan timbul rasa kasihan terhadap nenek itu.

"Nek,.." Berat ingin Malik katakan. Ingin saja melepaskan keluhan berat. Tapi,takut nenek itu perasan.

"Bagaimana cu? Ada alamatnya?
Nenek teringin sangat berjumpa dengan anak nenek. Katanya, nenek dah ada cucu. Menantu nenek dah selamat lahirkan cucu. Nenek nak sangat jumpa dengan dia."

Azan maghrib berkumandang. Malik mengambil keputusan untuk menjemput nenek itu masuk ke rumahnya. Nanti selepas solat baru dia bantu.
Nenek itu,dengan seribu harapan menyambut pelawaan Malik.
Dan, Malik masih terfikir dengan ayat terakhir surat tadi. 'Tolong jaga orang tua ini atau hantar dia ke rumah orang-orang tua.' Tergamak kau Zharif!

Cerpen: Psiko UrbanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang