Portal masa.

1.4K 58 2
                                        

"Kau pasti dengan tindakan ni?" Topeng muka ditanggalkan segera diletakkan di atas meja kerja yang berselerakan dengan kertas pelan kami.

"Ye,kita harus lakukan. Kalau tak,dunia akan musnah kalau tampuk pemerintahan dia masih digunakan."

Aku masih fokus pada skrin yang memaparkan beberapa pelan masa depan sekiranya pelan yang entah ke berapa kali ini tidak berjaya. Ya,aku harus lakukan semua ini. Walaupun sistem portal 3D ini tidak diuji kaji sepuas hati kami. Masa semakin suntuk. Kalau tidak,banyak lagi kemusnahan akan berlaku hanya kerana sifat tamak dia.

50 tahun yang lalu zaman yang dijanjikan dengan kehebatan wawasan 2020,telah menghancurkan segala harapan rakyat marhean. Segala penyakit dan virus telah mencerobohi masuk ke dalam negara kami. Penyakit tamak sifat pemimpin telah menjadi virus yang tidak mampu dihentikan kerana segalanya dikawal oleh mereka yang berkuasa. Kuasa rakyat pada ketika itu,hanya mampu diludah ke dalam longkang. Lantaran itu,kemerosotan berlaku dalam negara ini. Kemiskinan yamg sepatutnya dibanteras sebelum 2020 kini menjadi satu masalah yang besar. Jadi,aku harus elakkan semua ini. Walaupun aku sudah tua tapi aku tidak akan sesekali berhenti menyerah.

Di kepulauan ini,tersimpannya rahsia aku dan rakanku. Hanya kami berdua yang jalankan eksperimen ini secara haram. Ah, halal dan haram bukan menjadi isu di negara ini. Bantaikan sahaja.

Sarung tangan di pakai,sut keselamatan tersemat kemas pada tubuhku. Langkah terakhir,topi keledar yang mampu memberikan oksigen secukupnya untuk aku bertempur di dalam portal 3D ini untuk ke masa lalu. Di hadapanku,portal 3D yang berbentuk bulat berwarna putih dan di dalam penuh dengan satu rahsia yang mungkin aku sendiri tidak jelas. Mungkin juga aku hilang perhitungan tentang apa di dalamnya.

Rakanku yang mengawal portal 3D ini telah tetapkan masa dan tarikh apa yang perlu aku jelajahi.

2016,tahun sebelum datangnya 2020 iaitu tahun permulaan negara di ambang kemusnahan. Rakan aku di meja yang menempatkan skrin luas dan besar menunjukkan ibu jari sebagai tanda persediaan untuk aku.
Tangan kanannya telah tap pada suatu butang untuk mengaktifkan portal 3D itu.

"Zam,aku harapkan capai aim kau nanti. Masa perjalanan kau mungkin akan terasa lama tapi sebenarnya ia hanya memakan masa selama 30 saat sahaja. Lepas tu,right after you reach your destination kau kena segera aktifkan bom dan portal 3D dapat bertahan selama seminit sahaja. Jadi, aktifkan bom tu dengan segera kemudian segera pulang melalui portal itu balik. Masa perjalanan mungkin akan affect baki masa portal. Dan harus aku ingatkan yang kau akan kehilangan kandungan gula dalam darah sebanyak 50% which is sangat berisiko untuk kau. Dan blood pressure kau..."

"Ye aku tahu. Just bring it on! Perjuangan ini harus lakukan bagi mengubah masa sekarang." Aku yakin. Aku berdepan dengan portal 3D yang bersaiz gergasi itu.

"Okay." Simbol aktif di tap pada skrin.
"Aku harap kali ini kita berjaya. Good luck kawan." Katanya untuk kali terakhir sebelum aku mulakan langkah pertamaku ke portal itu.

"Kiraan tiga dimulakan." Suara komputer. "Tiga.."

Second step.

"Dua.."

Third step.

"Satu.."

Terakhir.

Aku disedut dengan oleh portal itu. Kepala seperti menghimpit badan,badan bagai di cucuk-cucuk. Dahi terasa mengembang dan ah! Aku tak tahu lagi macam nak terangkan kesakitan ini tapi penderitaan berakhir apabila aku berada di balik tirai dalam perhimpunan. Hampir aku lupa apa tujuan aku. Kapsul untuk tingkatkan kandungan gula dalam darah yang tersimpan semat di dalam sut di keluarkan. Aku segera menelannya untuk mengembalikan balik kestabilan gula dalam diri.

Okay. Aku berjaya sampai ke sini. Wow! Aku lihat kesemua pemimpin yang haramjadah berhimpun di sini. Tak lama akan aku musnahkan. Bom laser yang tersemat di dalam sut masih kemas tidak terkesan dengan tekanan dalam portal tadi. Zip sut di tepi kiri dibuka untuk mencapai bom yang dilekatkan dari dalam. Terima kasih buat kebijaksanaan rakanku yang merekanya. Kali ini,keberanian aku pula yang akan membalas.

Bom di keluarkan. Bulat dan berwarna putih serta tepinya bergaris getah berwarna biru. Aku tak pasti kenapa rekaannya begitu atau rakanku hanya inginkan sentuhan nilai estika ada pada bom itu,tapi biarlah. Aku harus tamatkan hal ini. Masa ditetap 5 minit sebelum ia meletup. Butang ditekan bagi mengaktifkan bom ini. Kemudian aku hanya perlu tunggu bom itu untuk final touch.

Aku perlu bergegas kembali ke makmal. Portal di balik tirai itu masih aktif. Fuh,aku pasti dengan apa yang aku lakukan.
Tanpa kiraan aku segera masuk ke dalam portal itu balik.
Lepas ini,tiada lagi gst dan perjanjian bodoh yang akan memusnahkan negara. Dan masa depan dari 2016 akan turut berubah.

Dan aku? Mungkin tidak akan selamat sampai kerana aku lupa untuk zip semula sut keselamatan selepas aku ambil bom tadi. Tak apa. Demi negara.

//Lol,demam kejap sehari dua ni. Idea ni dtg dri dulu lagi baru sekarang saya nak sambung. Lolz.😜

//Sorry for the typos.😱😣

//hope you guys enjoy read it and do mind to vote and share it.😎😎😎😎

//anything else to share a thought,sila komen ya!! 😚😚😚

//muah😘😘😘😘😘

Cerpen: Psiko UrbanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang