'Dia akan datang'

2.6K 124 7
                                    

Aku berdiri sambil berpeluk tubuh. Sejuk malam terasa mencucuk hingga ke tulang tapi diendahkan. Apa yang penting ialah dapatkan teksi pada waktu lewat sebegini. Aku memang perlu pulang ke rumah. Masih banyak kerja yang harus aku selesaikan. Malam itu terasa panjang. Teksi yang aku nanti masih tak kunjung tiba. Pada mulanya aku cuba berlagak tenang, apabila jam menginjak pukul sebelas malam aku mula rasa tak sedap hati. Sudahlah kerja di rumah terbengkalai,deadline komik aku pun esok. Timbul rasa resah di hati.
Ada bangku kosong yang tersedia di situ tapi aku tetap aku memilih untuk berdiri. Memang aku bersendirian sekarang. Tiada sesiapa di situ. Aku menoleh ke arah bangku itu. Nah,bangku itu tidak lagi kosong. Seseorang yang berjaket kulit hitam dan separuh wajahnya dilindung oleh hoodienya telah pun duduk di situ. Aku dapat agak dia adalah lelaki melihat dari susuk tubuhnya yang agak kurus dan pipinya sedikit cengkung. Weirdo. Sumpah dia nampak pelik. Bibirnya merekah sedang mengumam sesuatu. Entah mentera apa yang dia sebut.
Aku biarkan sahaja dia tenggelam di dunianya. Pandangan mata aku masih tidak dapat menangkap kelibat teksi lagi. Aduh. Bengang mula terasa.

"Dia akan datang." Tiba-tiba weirdo tu menyapa aku dari tempat dia duduk. Aku kira dia yang dia maksudkan tu ialah teksi. Aku hanya membalas dengan anggukan. Malas. Dan bengang.

"Dia akan datang." Kali ini dia bangun daripada bangku. Tidak memandang ke arah aku tapi aku agak dia memang maksudkan kepada aku. Aku biarkan sahaja dan mengharapkan teksi datang menjemput aku.

"Dia akan datang." Aku terkejut. Kali ni lelaki tersebut berdiri di belakang ku.

"Kau ada masalah ke?!" Aku bertanya dengan nada yang tinggi. Rasa sedikit insecure mungkin sebab aku berduan dengan lelaki pelik ni.

Sambil membelai lemah rambutku,
"Dia akan datang."

"Siapa dia?" Aku ketakutan sambil mengundur perlahan-lahan.

"Kau."

"Aku? Apa maksud kau?"

"Kau yang akan datang."

"Apa maksud k...argh!"

Tubuh ditolak oleh lelaki itu. Lori merempuh badan serta darah terpercik di jalan. Dan aku tak ingat apa yang berlaku selepas itu. Apa yang pasti,sedar je aku dari jalan itu.....orang lain dah tak dapat lihat aku.

/*jemahbersatu

Cerpen: Psiko UrbanWhere stories live. Discover now