Minat:mistik

2.9K 145 6
                                        

Aku mempunyai minat yang mendalam terhadap benda-benda aneh dan mistik. Kalau ada masa lengang pada malam hari,pasti saja aku akan duduk di belakang blok yang menghadap hutan yang dipagar seorang diri untuk merakam apa sahaja yang menarik perhatian aku. Kadang,kalau bernasib baik benda itu akan terakam.

Aku juga telah membentuk satu grup secara rahsia dan bilangan kami perlu ganjil. Setiap malam Jumaat aku dan empat ahli grup aku pasti akan mencari satu port yang paling sunyi dan dijamin tiada orang yang akan mengganggu aktiviti kami.

Malam Jumaat kali ni,kami akan mulakan aktiviti kami di belakang makmal kimia. Makmal kimia kami memang jarang orang lalu,dan makmal itu berhampiran dengan hutan dan beberapa bangunan kampus yang terbiar. Aku yang mencadangkan tempat ni. Nampak lagi mencabar. Malam ni,hanya bertiga. Dua orang lagi balik kampung. Confirm diorang menyesal sebab tak dapat join.

Aku menyalakan satu lilin dan menitikkan sedikit lelehan lilin yang cair ke tanah lalu aku pacakkan lilin yang lain. Setelah menyalakan lilin yang disusun membentuj bulatan, aku dan kawan-kawan ku masuk ke dalam bulatan itu. Kami duduk sambil berpegangan tangan dan bila semua bersedia,jampi dan mentera mula dibaca.

"Hoi! Apa yang kamu berempat buat tu?"

Kami terkejut. Seluruh bacaan jampi dan mentera tergendala. Seorang pengawal keselamatan berdiri sambil menyuluh ke arah kami walaupun sumber cahaya di bulatan cukup untuk memaparkan wajah kami semua. Jeritannya tadi boleh buat jantung ku gugur.

'Wait, what?! Apa dia kata? Berempat?' Aku menoleh ke arah kami . Hanya kami bertiga sahaja. Memang pasti! Aku kembali melihat ke arah pengawal tadi. Baru aku perasan.......

kakinya tak menyentuh lantai.

Cerpen: Psiko UrbanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang