Buruanku

607 29 0
                                        

Hariku mula dengan pagi yang suram, menghabiskan masa dengan mengajar kanak-kanak di kawasan kampung. Setelah mengajar,aku menunggu hari siang menyambut senjanya. Jadi ,pada waktu itulah aku benar-benar memulakan kerja memburu.

"Hanya berapa jam sahaja lagi untuk memulakan kerja."

Aku siapkan anak panah ku. Dan bila bunyi jam berdetak tepat pada waktu senja, aku siap untuk memburu.
Buruan aku akan ku jadikan sebahagian koleksi kulitku. Sudah berbagai saiz dan berbagai jenis aku kumpul tapi semuanya tidak pernah cukup bagi aku. Memburu adalah sebahagian dalam hidupku. Jadi, tidak mungkin akan aku tinggalkan minatku terhadap memburu walaupun ianya sangat eksotik dan kejam.

Setelah mendapat tempat persembuyian yang bagus, aku menyiapkan anak panahku. Dari tempat persembunyianku, aku pasti tiada sesiapa yang akan perasan akan kewujudanku.

Selang beberapa minit, aku dapat lihat buruanku. Bilangannya tidak banyak tidak sikit, bilangan tepatnya cuma satu.  Wajahnya sangat kasihan. Kelihatan dia seperti sesat daripada ibunya. 'Itulah, nakal lagi!'

"Tak mengapa, kau milik aku." Lalu,aku sasarkan anak panah kepada mangsaku. Kemudian anak panah dilepaskan dan tertusuk tepat ke jantungnya.

Tubuhnya menggelupar menahan sakit dan menarik nafas yang terakhir. Apabila dia sudah benar-benar mati, aku terus usungnya ke bahuku.

"Kasihan si anak nakal ini. Itulah,pesan ibu kau lupa!" Perkataan kasihan meniti di bibir namun perasaan tidak.


Hello peeps. I am so sorry for neglecting your comments and been hiatus without share any news. But hey, here is another cerpen made by me! So, thank you for keep reading my stories. I love you. I appreciated it. I mean it. Muah😘😘😘😘😘😘😘😘😘.

If any typos do mention it ya!

As usual, do vote,do comment and do share it.

Nak ditegaskan,cerpen ini semua adalah rekaan sepenuhnya dan karya dari minda dan hati saya.




Cerpen: Psiko UrbanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang