/*My friend just ask me to make another series of this cerpen. Cerpen ni may not interesting sebab saya buat cincai-cincai je. But i hope you guys enjoy and give out your opinion towards this cerpen. Ahaks /*
Panas terik mematahkan semangat aku untuk berteduh di bawah pohon yang tumbuh bersebelahan dengan parking motor. Aku bercadang untuk menunggu Joji di lobi fakulti sahaja. Dalam 15 minit kelas kawanku akan tamat. Setibanya di lobi,aku terus mengambil tempat duduk yang menghadap tangga untuk ke surau dan tempat duduknya berhampiran dengan pendingin hawa. Badan yang terasa panas dek haba di luar perlahan-lahan hilang, berasa sedikit lega. Aku mengambil telefon di dalam beg tangan kerana ingin menyatakan keberadaanku kepada Joji.
Aplikasi whatsapp di buka.
Nama Joji di tap.~joji,aku kt lobi tau. Bukan kt motor. Klu dh siap dtg sini dlu.
Satu tick kelabu muncul di bawah text. Menandakan mesej dihantar.
Aku melihat keliling lobi,memandangkan pelajar sedang cuti lobi fakulti yang selalu menjadi tunpuan pelajar kerana kelajuan wifinya kini sunyi sebab sekarang ni musim cuti. Hanya beberapa pelajar short semester sahaja yang datang ke mari. Itu pun dua tiga kerat sahaja.
Jam dah menginjak pukul 12 tengahhari. Jadi,kejap lagi Joji mungkin akan tiba di sini. Kelas dia di blok sana. Bersebelahan sahaja dengan blok yang menempatkan lobi ni. Hanya lima minit sahaja untuk sampai ke lobi.Lima minit berlalu.
Sepuluh minit berlalu.
Mana Joji ni. Whatsapp dibuka. Nama joji di tap sekali lagi.
~joji,kau kat mana? Kelas blom hbis lgi erk? Aku still kt lobi tau.
Sent. Macam tadi,tick kelabu muncul.
Lima minit kemudian ada whatsapp dari nombor yang aku tak kenali.
~iesya,kwn kau joji. Dtg ke bilik tuto 5 cpt!
Kenapa dengan Joji? Malas mengambil tahu sebabnya dan siapa gerangan yang menghantar whatsapp tadi aku terus chow dari situ. Menuju ke bilik tutorial.
Dari jauh aku dapat melihat beberapa orang student dan pakcik guard duduk di hadapan pintu kelas.
"Apa yang diorang buat kat sini? Mana Joji ya?" Bermonolog sendirian sambil mengerut kening ku.
Salah seorang daripada mereka pun segera mendapatkan aku yang hanya berdiri beberapa tapak jauh dari mereka. Walaupun aku tak mengenali dirinya,tapi aku cam dia adalah salah seorang pemain basketball universiti. Badannya yang tinggi lampai,kurus dan tangan? Tangan yang panjang. Manis berbaju kurung. Eh,kenapa aku sibuk pula pasal dia ni?
"Err,Iesya?"
Wah, lembutnya suara!"Ye?" Mata aku terus memandang matanya. Wah,cantik!
"Joji ada kat dalam. Dia stuck. Kami dah cuba buka pintu tapi tak ada hasil. Bila kami panggil nama dia,dia just jerit and melaung kata jangan ganggu dia. Kami cuma nak dia bukakan pintu dari dalam. Mungkin awak boleh tolong." Pintanya. Mukanya seperti bersalah dalam hal ni.
"Macam mana dia boleh stuck kat dalam? Dah berapa lama dia stuck?"
"Maaf,kamu ni student saya kan?"
"Ya, Mr.Fadzil. Saya Iesya."
"Okay, boleh awak tolong kawan awak ni? Tolong bawa dia keluar."
Aku membalas dengan anggukan sahaja. Pintu bilik tutorial di ketuk. Nama Joji dipanggil namun tidak bersahut olehnya.
"Joji! Joji! Tolong bukakan pintu. Joji. Kenapa dengan kau?" Aku jadi semakin risau.
"Mr.Fadzil, unit keselamatan tak boleh bantu ke? Diorang tak boleh ke pecahkan tombol pintu ni kalau dah tak reti sangat nak buka guna kunci?"
Suara aku sedikit tinggi berbanding sebelum ni. Dan aku perasan,mukanya terkejut dengan nada kasarku."Unit keselamatan ada datang sebelum awak datang. Tapi,diorang balik ke unit sebab nak ambil barang yang boleh bantu kita. Kejap lagi diorang akan sampai."
"Argh!!!!" Tiba-tiba suara Joji kedengaran dari dalam.
"Joji!! Joji! Buka pintu ni!" Namanya di panggil dan diselangi ketukan pintu dari ku. Tangan yang pedih kerana mengetuk dengan kuat aku hiraukan. Hanya Joji yang aku risaukan.
Jeritan kedua kedengaran lagi.
Lebih panjang dan lebih garau. Seperti bukan suaranya. Saat jeritan itu terhenti,pintu yang berkunci dibuka dengan misterinya.Di dalam bilik,aku nampak Joji berlumuran darah. Tapi dia duduk sambil memeluk kakinya. Esakannya kedengaran. Ada pisau di tangan kirinya. Dengan langkah yang berjaga-jaga,aku pergi ke arahnya.
"Joji,kau okay?"
"Odie!!!!! Babi!!!! Ezra!!! Sial!!!!"
Dia menjerit saat aku cuba meraih pisau di tangannya. Tapi,syukur dia tidak menepis dengan pisau yang di pegang.
"Joji,kau kenapa?"
"Aku nak balik!!!! Odie ada kat situ!!! Bodoh! Aku takut!" Dia menunjukkan bucu hujung di belakang ku. Tiada apa-apa di situ.
Bahu aku disapa oleh basketballer tadi. Hampir terlupa tentang mereka.
"Iesya,Mr.Fadzil minta awak call parents dia."
"Saya dah call pihak hospital."
Aku cuma membalas anggukan sahaja kepada mr.Fadzil. Pandanganku kembali menumpu ke arah Joji. Sedih aku melihat dirinya. Penuh dengan luka-luka. Kulitnya ada yang tersiat.
Ambulans datang setelah lima belas minit kami menunggu. Joji di bawa pergi ke hospital besar. Aku khuatir apa yang terjadi terhadap Joji sebenarnya. Mungkin ada yang menggugutnya sampaikan dia trauma. Jadi aku ambil telefon bimbit Joji. Ingin menyiasat.
Beberapa mesej dari Ezra aku baca. Hanya mesej dia sahaja aku baca,sebab aku rasa Ezra berkait dengan hal ni. Kalau tak,masakan Joji menyumpah seranah Ezra?
Setelah beberapa isi mesejnya dibaca,aku beranggapan Ezra ternyata melampau dengan gurauan tentang Odie. Tapi,tak mungkin ini cara Ezra bergurau. Aku melihat nombor disebalik nama Ezra.
Shit? What?
*****************************************
Semalam aku dapat panggilan daripada ibu Joji. Katanya Joji mati dalam keadaan tergantung. Nak kata dia bunuh diri aku tak sanggup. Tapi aku dah lama tahu kisah Joji akan berakhir macam ni. Sorry Joji. Aku tak berdaya.
//let's wait for part 3. Tq. Do vote,share and comment. Tq. Tq. Tq.
YOU ARE READING
Cerpen: Psiko Urban
УжасыCerita pendek karya jemah bersatu. Cerita hantu,cerita kat bandar,cerita di mana tempat yang ada ciri-ciri ketamadunan dan menunjukkan ada kehidupan. Kehidupan dimensi lain maybe.