Aireen. Itu namaku. Seorang gadis biasa yang tidak mampu memiliki cinta yang kekal. Aku menderita setelah sekian lama selesa dalam bercinta. Memang semua yang aku sayang akan meninggalkan aku. Kekasihku yang dulu mati ditikam sewaktu bergelut dengan perompak. Ibu bapa ku pula terlibat dalam kemalangan. Kini,tinggallah aku seorang. Tiada adik,tiada abang dan tiada sayang. Cuma seorang. Aku tidak betah untuk hidup seorang. Aku sudah berputus asa. Malam in,di jambatan tasik ini aku akan tamatkan hidupku. Hanya dalam satu,dua,ti...
"Wait! What are you trying to do? Don't do something stupid. I'm begging you turun dari penghadang tu. You must be precious to someone who love you."
Aku menoleh ke arah suara itu. Lelaki berkemeja gelap itu sedang merenungku dengan pandangan separuh merayu. Wajahnya panik.
"Please." Rayunya sambil mendekati ku. Dia menghulur tangan untuk menyambut aku. Hulurannya diendahkan. Aku dah tak berdaya untuk mendengar kata-kata lagi. Aku menangis di situ.
"I have nobody. I have nothing. Just let me." Kali ni aku pula yang merayu. Mengharap dia faham keadaanku.
"Trust me. You won't do it. And you'll regret it. Precious,listen to me. Pujuknya.
Dia memujukku seperti aku seorang yang sangat berharga.
"Please." Katanya. Masih dengan huluran tangannya.
Tanpa berfikir,aku menyambut hulurannya. Sejuk. Tangannya sejuk.
"Rumah awak kat mana?"
"Lorong 22a" kalau orangnya asal dari sini pasti tahu lorong 22a tu di mana. Tapi dia tidak menanyakan soalan seterusnya. Pasti dia tahu tempatnya di mana.
"Jom,saya hantarkan." Tanganku masih dipegang. Mungkin takut aku berbuat perkara bodoh lagi.
Perlahan kami berjalan ke keretanya.
Dia membuka pintu di sebelah pemandu menyuruh aku duduk di situ.
Enjin dipasang.
Sepanjang perjalanan,aku hanya diam membisu. Sesekali lelaki itu menoleh ke arahku tapi tidak ku pedulikan renungannya. Mataku terarah ke depan tapi jiwaku entah ke mana. Kosong.
"Siapa nama awak?"
Diam. Aku hanya diam.
"Ehem..kalau awak tak keberatan...."
"Aireen. Nama saya Aireen." Aku menjawab dengan lemah. Dan malas.
Keluhan berat ku lepaskan. Melihatkan aku seperti berat mulut untuk berbicara,lelaki itu tidak menanyakan soalan lagi.
Kereta yang dipandu akhirnya memasuki lorong rumahku.
"No rumah berapa?"
"378." Balasku pendek.
Kereta yang dipandu akhirnya berhenti betul-betul di hadapan rumahku.
Lelaki itu terus keluar lalu membuka pintu kereta sebelah pemandu untukku. Aku keluar dari kereta dengan perasaan malu,wajahku tunduk melihat kaki,tak sanggup menatap wajah lelaki itu. Tapi aku masih rasa kosong.
"Terima kasih." Mukaku angkat sedikit melihat wajahnya. Dari sinar cahaya lampu jalan,aku dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas. Wajahnya bersih,badannya segak. Dengan kemeja putih berbelang hitam,lengan kemejanya pula dilipat hingga ke bawah siku menampakkan lagi maskulin seorang lelaki.
"Awak ok tak?"
"Ya."
"Ok. Saya balik dulu. Jaga diri."
Lelaki itu menuju ke tempat pemandu. Belum sempat dia membuka pintu.
"Tunggu!"
Lelaki itu menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arahku.
"Would you like to have a drink? As a thanks from me to you."
Aku sangat berharap dia sudi meluangkan masa denganku. Aku tak mahu berseorangan.
"Dekat mana? Dekat rumah awak ke?"
Aku tersenyum dan mengangguk.
"Are you sure?"
"Yes kalau awak tak keberatan."
Lelaki itu mematikan enjin kereta dan mengikutku dari belakang. Sesampainya ke dalam rumah,aku menjemputnya duduk di sofa.
"Encik..."
"Shahril. Just call me Shah."
"Encik Shah nak minum apa?"
"Apa-apa aje yang awak boleh sediakan. And just call me Shah,tak perlu berencik dengan saya." Dia tersenyum. Aku pun tersenyum.
Aku menuju ke dapur untuk menyediakan minuman kepada orang yang telah menyelamatkanku. Aku mencuci mukaku yang sembab di sinki dapur.
Kopi latte panas ku bancuh untuknya.
"Shah,saya ada buatkan kopi. Harap awak suka." Aku mempelawa dengan suara yang agak perlahan. Aku meletakkan kopi itu di atas meja dan duduk di sofa berhadapan dengannya.
"Smell good." Deria baunya menangkap keharuman kopi latte. Dia memghirup kopinya.
Sunyi membalut segenap ruang.
"Can i ask you about what you did earlier?" Pertanyaannya sedikit janggal untuk aku menjawab. Apa akan Shah fikirkan nanti. Aku malu. Teramat malu.
"Err..I'm..."
"Terlampau peribadikah?" Sambil meletakkan cawan kopi latte tadi.
Ingin sahaja aku kongsikan cerita dengannya.
"Saya cuba bunuh diri setelah orang lain tinggalkan saya." Aku memandang ke bawah.
"Why would you do that for him? Awak tak patut buat macam tu untuk orang yang tak sayangkan awak. How about your family? Your parents? Can't you think about their feelings?" Suaranya sedikit tegas.
"Semua orang. Semua orang yang tinggalkan saya. Even my parents."
"I'm sorry. I don't." Dia sedikit keliru.
"My parents,they involved in a car crash. My lover...being killed by a robber. I have no siblings. I just have me." Sayu.
"I'm sorry about that."
"It's okay. It just happened too fast."
Senyap.
"Well, Aireen. I believe you're a tough girl. Kopi yang awak buat pun sedap." Aku senyum memandangnya. Dia turut tersenyum. Jelas kelihatan lesung pipit di pipinya. Hatiku tertawan dengan senyumannya. Dia mula menguap. Kepalanya digeleng beberapa kali untuk menghilangkan kantuk yang mula menguasainya. Senyumanku mati dan aku hanya memerhati.
"Saya rasa mengantuk. Mata saya rasa sangat berat." Dia menguap untuk kesekian kalinya.
"Damn seriously. What have you put in my coffee?" Matanya mula terkatup.
Aku hanya diam. Hatiku berat untuk melepaskannya pergi. Biarlah aku yang memilikinya seorang. Aku mengambil tali di dapur lalu tangan dan kakinya ku ikat. Dan penyeksaan akan bermula sebentar lagi.
*****sorry klu tjuk tu xsesuai. Mcm cliche sgt bagi tajuk nama org ni.******lulz
ANDA SEDANG MEMBACA
Cerpen: Psiko Urban
HorrorCerita pendek karya jemah bersatu. Cerita hantu,cerita kat bandar,cerita di mana tempat yang ada ciri-ciri ketamadunan dan menunjukkan ada kehidupan. Kehidupan dimensi lain maybe.
