Sejak dari kecil lagi Erin suka tidur dengan nenek. Kalau nak tidur je mesti minta nenek usapkan kepala sampai dia terlelap. Bagaikan khayal dengan usapan neneknya,dia seringkali mengatakan...
"Sedaplah nenek usap. Nenek jangan berhenti usap kepala Erin ya."
"Ya,sayang." Katanya neneknya sambil tersenyum.
Begitulah setiap hari perbualan ringkas mereka sebelum tidur.
Apabila usia Erin sudah masuk umur sepuluh tahun,ibu bapa Erin memaksanya untuk belajar tidur di kamarnya sendiri. Katanya...
"Erin kan dah besar. Dah masuk darjah empat pun. Takkanlah Erin masih nak tidur dengan nenek."
Tegas dan lembut tutur daripada ayahnya."Tapi..ayah. Erin suka tidur dengan nenek."
"No! You can't. Erin dah kena belajar berdikari. Untuk starternya, you have to learn to sleep alone." Ibunya pula bertegas sambil bercekak pinggang.
"Mah,jangan bertegas sangat dengan si Erin tu. Kalau dia nak tidur dengan aku lagi,biarkan jelah. Dia suka tidur dengan neneknya,nak buat macam mana." Kali ini nenek pula bersuara.
"Mak. Tak boleh. Erin kena belajar tidur sendiri. Kalau tak macam mana dia nak biasakan diri dekat asrama nanti. No,pokok pangkalnya she have to learn. Start now!" Ibu Erin tetap bertegas. Walau di pujuk oleh nenek.
"Now, go to your room. Pack everything lepas tu turun bawah for dinner."
Erin pun berjalan dengan penuh sebal. Walaupun itu hanya hal kecil,namun hatinya gundah dan sedih apabila ibu menyuruh dirinya untuk tidur sendirian di kamar.
Nenek pun menyusul dari belakang dan membisik sesuatu kepada Erin.
"Erin sayang,malam nanti bila ibu dengan ayah tidur,Erin datanglah ke bilik nenek senyap-senyap ya."
"Betul ni nenek? Nenek takkan bagitahu kat ibu dengan ayah kan?" Kata Erin dengan teruja tapi suara diperlahankan. Khuatir perbualan didengari oleh ibu bapanya.
"Iya,nenek takkan bagitahu. Ini rahsia kita berdua."
"Janji?" Kata Erin sambil menunjuk jari kelingkingnya kepada nenek.
Jari kelingking Erin bertaut dengan jari nenek.
"Janji sayang."
Rahsia mereka berdua tersimpan kemas dan tidak diketahui oleh kedua ibu bapanya. Perjanjian rahsia itu diteruskan sehingga Erin melanjutkan pengajiannya di universiti. Dia sedar bahawa dia akan meninggalkan neneknya. Oleh itu,dia akan cuba balik ke rumah setiap minggu kalau dia berkesempatan.
* * * * * * * * * *
Malam sebelum ke kolej,nenek bertanya kepada Erin sambil mengusap kepalanya. Erin ketika itu sudah khayal dengan usapan neneknya.
"Erin sayang,macam mana Erin nak tidur kalau nenek dah takde nanti?"
Mendengarkan soalan nenek itu,Erin bingkas bangun. Dia seakan terkejut mendengar soalan nenek.
"Nenek,kenapa cakap macam tu? Tak boleh. Nenek tak boleh pergi. You have to stay with me. Erin tak suka nenek tanya macam tu."
"Yes my dear. Nenek janji takkan tanya lagi."
"And you have to promise me that you wont leave me!" Tegas.
"Ya. I wont...my dear."
Hari beransur pagi. Dan masa bersama nenek semakin singkat. Erin tidur sambil memeluk neneknya dengan erat pada malam itu.
* * * * * * * * * *
Sudah seminggu berada di kolej dan sudah seminggulah dia tidak lena tidur. Walaupun jadual padat dengan aktiviti orientasi, Erin tetap tidak terlelap kerana tiada usapan daripada nenek.
Malam itu,selepas majlis penutup, Erin berasa sangat penat dan ingin cepat pulang ke bilik untuk tidur. Dan sewaktu tidur,Erin dapat rasakan usapan halus dari nenek.
"Nenek,i wish you were here."
* * * * * * * * * *
Keesokan pagi,terdapat satu panggilan daripada ibunya.
"Sayang,i hope that you'll be strong."
"What's wrong ibu? Nenek mana?"
Erin mula berasa tidak sedap hati."It's about nenek. She's..." Ibunya seperti tidak berdaya untuk meneruskan ayat.
"Bu, what's wrong with nenek? Nenek mana? I miss her." Matanya mula berkaca. Mengagak sesuatu buruk berlaku terhadap nenek.
"She's gone."
* * * * * * * * * *
Seusai majlis tahlil, Erin berjalan dengan lemah ke arah bilik neneknya. Di sisi katil,Erin mula merembeskan air matanya. Rindunya tidak tertahan walau nenek baru meninggalkan dirinya. Rasa sesal menguasai jiwa. Kalaulah dia lewat ke kolej pasti dia ada masa lebih dengan nenek.
Erin menangis sampai terlelap. Dirinya letih kerana menanggung rindu dan sesal yang menyeksa jiwa.
Tiba-tiba,terasa usapan di kepala. Seperti usapan daripada nenek. Halus dan nyaman.Erin tersenyum.
"Nenek,you come back.""Erin,macam nenek janjikan.. Nenek takkan tinggalkan Erin."
Dan nenek pun turut tersenyum.
*kalau ada typo,ingatlah setiap insan dimuka bumi ini tak lepas daripada membuat typo...teehee
Ps: buat masa sekarang,saya sepatutnya study untuk final.
![](https://img.wattpad.com/cover/59297435-288-k681007.jpg)
YOU ARE READING
Cerpen: Psiko Urban
HororCerita pendek karya jemah bersatu. Cerita hantu,cerita kat bandar,cerita di mana tempat yang ada ciri-ciri ketamadunan dan menunjukkan ada kehidupan. Kehidupan dimensi lain maybe.