Izni seorang anak yang baik dan patuh kepada kedua ibu bapanya. Segala permintaan mereka akan dia laksanakan dengan segera. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka.
Oleh itu,dia tidak pernah menghampakan orang tuanya.Tetapi sejak akhir-akhir ini,Izni berasa tidak selesa dengan permintaan ibu bapanya. Dia takut. Dia gerun. Dan pada masa yang sama dia marah. Bagaimanapun dia tidak mahu melenting sebab tidak mahu menjadi seorang yang derhaka.
Permintaan ibu bapanya sangat terlampau. Dia ingin menolong. Tapi ini sangat keterlaluan. Dia buntu. Tapi takut untuk melakukan sesuatu perkara yang gila.
Tetapi,dari awal dia nyatakan dia tidak mahu derhaka,permintaan orang tuanya ditunaikan juga.
Botol berisi racun di tangan kanan diteguk di hadapan kubur ibu dan bapanya.
Dan dari jauh,kelihatan sepasang orang tua tersenyum di balik pokok dan daun lalang yang tumbuh meliar.
*_* lulz,lemak makin bnyk. Typo mungkin bersepah. Harap maaf.
YOU ARE READING
Cerpen: Psiko Urban
HorrorCerita pendek karya jemah bersatu. Cerita hantu,cerita kat bandar,cerita di mana tempat yang ada ciri-ciri ketamadunan dan menunjukkan ada kehidupan. Kehidupan dimensi lain maybe.