Terpaku

1.3K 67 2
                                    


Aku terus ke sofa di ruang tamu setelah pulang dari kelas. Beg pula dicampak ke atas sofa bujang. Alat kawalan jauh yang terletak elok di atas meja dicapai lantas butang merah ditekan. Aku menoleh jam yang digantung pada dinding sebelah tangga.

"Dah pukul 2.55 petang. Lunch tak makan lagi ni." Perutku mula mengeluarkan bunyi yang tidak enak didengar. Lapar. (Lolz)

Aku berjalan ke dapur, mencari makanan untuk dimakan.

'Kalau pekena meggi tomyam pun best gak ni.'

Sewaktu berjalan melepasi tangga,aku terlihat sesuatu yang menakutkan berdiri tegak di tangga paling atas. Figuranya seperti manusia tapi berkulit hitam yang dipenuhi dengan tompokan putih. Berjubah putih dan jubahnya labuh sampai mencecah lantai. Rambut dia pula,kusut masai. Tanpa menguntum senyuman dia mula turun dari tangga.

Satu langkah diambil.

Tangga masih berbaki 14.

Langkah kedua.

Langkah ketiga.

Mata aku terkelip sesaat. Tetapi dia sudah berada di tangga ke-5. Waktu itu,nafas aku mula sesak. Suasana makin sunyi dan menakutkan. Dan aku,dari tadi tidak dapat bersuara dan melarikan diri. Seolah-olah kakiku telah dipaku oleh sesuatu.

Sekarang ni,hanya tinggal satu lagi tangga. Dan ya. Dia berjaya menamatkan tangga yang terakhir. Dia berjaya buat aku takut dan ketar lutut.

Beberapa tapak diambil untuk mendekatiku. Apabila dia betul-betul di hadapanku, dia menepuk bahuku. Aku masih kaku. Dan beku.

"Kau...Min..." Bau busuk dari mulutnya.

"Kenapa?" Eh? Dia tahu nama aku.

"K-kau si..siapa?" Akhirnya setelah beberapa minit membeku,aku berbalikkan soalan kepadanya. Sumpah. Itu je keberanian yang aku ada.

Jelingan dibalas. Kemudian dia memberi pandangan tajam. Masih tiada senyuman. Tapi,kalau senyuman diberi pun tetap menakutkan.

"Bengonglah kau Min! Aku tahulah rambut aku ni kalau bangun dari tidur macam hantu kak Limah. Acah-acah tak kenal pula. Sensitiflah orang main-mainkan aku,buat aku ni macam hantu."

Eh? Siapa kau ni? Kening aku mula berkerut. Kejap..suara macam.

"Azi?"
Tangannya mula menyekeh kepalaku. Sakit.

"Akulah ni!"

"Kenapa muka kau bertompok putih? Kenapa berjubah bagai? Kenapa kau baru bangun? Ke-kenapa doe? Aku seram tengok kau macam ni. Macam kimK je!"
Marah aku. Terasa seperti aku dimainkan. Ingatkan hantu,alih-alih kawan sendiri. Cibai.

"Meh. Eletrik terputus tadi, aku pakai bedak sejuk kat muka ngan belakang aku ni. Biar kasi sejuk. Tak sedar bila rasa sejuk je aku tertidur. Pasal jubah ni memang aku nak pakai. Faham? Kalau tak faham aku bebel lagi."

"Busuklah mulut kau."
Aku menutup hidungku.

Senyuman diberikan. Eii...seram pula tengok dia senyum.

"Min!" Aku menoleh ke arah suara yang memanggilku. Ternyata Azi sedang berdiri di pintu rumah sambil menggalas begnya dan lengkap bertudung litup seperti dia baru sahaja habis kelas.

"Kau cakap dengan siapa?"

"Kau?..tadi aku.. Macam kau.. Eh?" Tergagap aku menjawabnya.

Aku mula bingung. Kalau yang sekarang ni Azi,yang tadi tu sapa?

"Bengonglah kau ni." Dia terus masuk dan naik ke tingkat atas. Dan apabila Azi lolos dari pandangan,ada sesuatu yang membisik di telingaku dengan suara kecil tapi garau.

"Kali ni kau selamat Min. Lain kali,tidak akan."

Itulah kejadian dua minggu yang lalu. Dan ya,kali ini aku berseorangan di rumah dan dia sudah kembali muncul di tangga.

Cerpen: Psiko UrbanWhere stories live. Discover now