Underestimate

3.6K 177 10
                                    

Seorang gadis sedang bersendirian menunggu bas pada waktu yang hampir menginjak pukul 10.30 malam. Bas terakhir pukul 11 malam. Suasana perhentian bas di situ sunyi. Hanya beberapa kereta sahaja lalu lalang dan di belakang tempat duduk yang tersedia pula penuh dengan semak samun. Hadapannya jalan dan satu taman perumahan yang baru sahaja siap dibina. Sangat sunyi. Jalan pun masih berbau tar. Rumah-rumah di situ masih tidak banyak berpenghuni. Lampu jalan juga hanya terpasang dua tiga. Kalau diikutkan, agak bahaya bagi anak gadis untuk keluar berjalan sendirian. Tapi tidak bagi gadis yang ini. Dia tampak tenang dan tidak langsung gusar.

Beg yang disandang langsung di letakkan di sebelah tempat dia duduk. Penat menampung berat kali.
Hood sweater yang tersarumg di atas kepala mula di turunkan. Membebaskan rambut terkena angin malam.

"Segar." Dia berkata dan Menghirup udara segar sambil memejamkan mata. Menunjukkan betapa nikmatnya udara malam itu.

Dari seberang jalan yang agak suram, kelihatan dua orang lelaki berjalan menuju ke tempat si gadis duduk.

"Pergh! Jackpot doe!" Kedengaran suara salah seorang daripada dua lelaki tadi.

Mereka mula mengapit  tempat si gadis itu duduk. Kiri dan kanan di duduki oleh dua pemuda itu. Beg yang sepatutnya berada di sebelah di alih ke bawah lantai. Riak wajah si gadis tetap bersahaja. Matanya tetap memandang suasana jalan.

"Hai cik adik. Sorang-sorang kat tempat sunyi tak takut ke?"
Lelaki di sebelah kiri mula mengayat. Ayat yang klise bagi seorang lelaki yang miang.

"Eh cik adik sayang, takkan diam kot? Abang kat sebelah tu tanya cik adik ni. Dia nak beramah mesra dengan awak."

Tiada suara yang keluar dari mulut gadis itu. Dan mata masih memandang jalan.

"Sombongnya awak." Lelaki di sebelah kiri tadi tidak berpuas hati. Dia menyeka rambut gadis tu ke telinga. Bibir mula merapat ke telinga untuk membisik sesuatu.

"Kami teman ya....." Katanya perlahan namun masih dapat didengari oleh lelaki satu lagi.

Gadis itu tersenyum. "Kalau berani."
Katanya seperti mencabar lelaki itu.

"Pergh! Perempuan ni cabar kau weh!! Aku suka perempuan main cabar-cabar dengan aku ni. Kasi stim lorh! "
Lelaki di kanan tadi mula mengapi-apikan kawannya.

"Rilek kawan. Tenang aja. Mungkin cik adik kita ni tengah kesunyian sebab tu dia garang semacam. Betul tak sayang?" Lelaki itu mengukirkan senyuman. Miang. Dasar lelaki.

Beg yang berada di lantai mula diangkat. Gadis itu mula bangun dari tempat duduk. Dia mahu beredar dari situ. Tak sempat kaki melangkah,dia telah dihalang oleh dua lelaki itu.

"Eh,nak pegi mana? Kan cik abang yang hensem ni nak temankan."

"Takkan dah nak balik. Bas pun belum sampai lagi. Jomlah kita berkenalan dulu." Katanya sambil mengenyitkan mata.

"Kalau berani." Sambil tersenyum.

"Aku tak rasa kau patut cakap macam tu."

"Kau buat kitorang rasa... U know.." Senyuman yang terukir di bibir masing-masing.

"Mungkin sedikit pengajaran kita perlu kasi kat kau! " Tangannya mula merentap beg gadis itu. Seorang lagi menutup mulutnya dari belakang dan mereka berdua mula menyeret si gadis itu ke belakang semak. Dan di belakang semak itulah tragedi.

***          ******              ******          *****

Agak sedikit lewat dia bangun kerana kerjanya yang agak berat semalam. Kalau ikut hati mahu saja dia tidur lagi biar sampai ke petang. Tapi kerja semalam masih perlu disambung.

Daging yang tersimpan di dalam peti ais di bawa keluar. Dirinya mula melangkah ke kaca tv dan tangan mula mencapai alat kawalan di atas meja kaca. Tujuannya ingin menonton berita tengah hari. Seperti sesuatu yang dia mahu dengarkan. Siaran tv5 masih dengan iklan.

"Takpe tunggu kejap lagi." Suara tv dikuatkan lagi. Dia melangkah ke dapur dan memotong daging tersebut. Daging-daging tersebut bukanlah untuk dirinya. Tapi untuk diberi makan kepada anjing-anjing di kawasan perumahannya. Bukan selera dia  untuk meratah daging itu.

'Polis telah menjumpai dua mayat lelaki di belakang perhentian bas Taman Jaya. Mereka ditemukan dalam keadaan badan di toreh dan isi lengan dan kaki dipotong dan hilang tanpa jejak. Polis.."

Dia mengukirkan senyuman. Berita yang ditunggu menceriakan harinya.

****kalau ada typos kt mna2,sila komen lah yer...

Cerpen: Psiko UrbanWhere stories live. Discover now