Janji: sehidup semati

2.5K 94 8
                                    


Setting tempat: di kampung (ikut imaginasi anda)

Ada sepasang suami isteri yang baru berkahwin yang telah berjanji untuk setia dan sehidup semati bersama. Itulah janji yang dibuat bagi membuktikan cinta yang terikat antara mereka. Bukti yang bukan sekadar dari madah bicara tapi dari hati yang asyik dengan rasa cinta.

Mereka ingin berpindah ke rumah baru yg trletak di hujung kampung untuk memulakan hidup sebagai pasangan bahagia.

Setelah beberapa hari perkahwinan,mereka mula mengemas barang-barangan di rumah baru mereka.
Rumah yang bakal mereka diami ialah rumah usang tinggalan arwah nenek si suami. Dengan sedikit pengubahsuaian ,rumah usang itu menjadi sebuah mahligai kecil buat si raja dan permaisuri baru itu.

Namun,ada khabar yang tidak enak didengari oleh mereka mengenai rumah itu.
Ada yang mengatakan terdapat balam-balam yang tinggal di situ. Ada juga yang mengatakan seorang psikopat sedang bersembunyi di situ. Banyak khabar yang tidak enak didengari. Namun, perasaan teruja untuk hidup bersama telah menenggelamkan semua itu.

"Khabar angin sahaja sayang." Sambil membelai rambut isterinya yang telah keletihan mengemas rumah.

Setelah rumah dibersihkan mereka berdua berehat di sofa panjang. Duduk sebelah-menyebelah. Dua pasangan ini masih tidak boleh berenggang. Pasti saja berdua.

"Malam nanti awak masakkan kari ayam untuk saya." Pinta si suami.

"Boleh saja." Jawab tersenyum.
Di sebalik senyuman itu,si isteri sembunyikan rasa. Rasa yang tidak tenang seperti perkara buruk yang bakal berlaku. ' Apa yang akan berlaku? ' resah hatinya.

Petang itu, si suami ke pekan ingin membeli barangan rumah. Nak melengkapkan lagi perabot di rumah katanya. Manakala si isteri pula duduk di rumah sahaja. Sibuk menyiapkan makan malam.

Di dapur,jendela dibuka bagi memudahkan pengudaraan berlaku. Udara segar dihirup. Suasana di luar jendela memaparkan dusun buah-buahan arwah nenek si suami dan bunyi tawa anak-anak kecil lagi memeriahkan suasana. Si isteri ambil papan pemotong yang tersangkut di gril tingkap sinki air dan mengambil pisau serta beberapa ulas bawang dan ayam untuk memasak. Meletakkan barang yang diambil di atas meja dia mula memotong bawang.

"Kau sepatutnya tidak menghirau perasaan kau." Tiba-tiba suara entah datang dari mana menyapa. Si isteri terkejut. Namun dibiarkan saja. 'Perasaan kut.'

'Prang!'
Bunyi pinggan dari rak terjatuh. Namun dipandang ke arah bunyi itu,tiada pinggan yang jatuh.

"Ingat amaran aku,dalam masa dua hari suami mu mati dibunuh." Si isteri terkejut. Lalu dia berlari ke ruang kamarnya. Menyelubung badannya dengan selimut si isteri menenangkan diri. Sungguh dia takut akan suara itu. Suara yang tidak dikenali dan tidak jelas akan jasadnya. Seolah-olah,hanya roh yang datang menyapa. Si isteri selimutkan diri sehingga suami pulang.

Esok pagi,tidak banyak suara keluar dari si isteri. Hanya banyak merenung ke lantai. 'Pelik.' Namun si suami beranggapan isterinya masih penat mengemas rumah sampaikan si isteri tidur pada waktu petang semalam.

"Abang pergi kerja dulu ya." Tangan kanan di hulur untuk bersalaman.

Si isteri terkejut dari lamunan.
"Abang, tak payahlah pergi kerja hari ni. Duduk rumah dengan saya je. Boleh? Saya sunyi sorang-sorang kat rumah ni." Rayu si isteri. Perasaan bimbang dan takut menjadi sebati. Dia bimbang suaminya diapa-apakan. Dan dia takut jika perkara itu benar-benar berlaku.

"Kenapa ni yang? Tak bolehlah. Abang betul-betul kena kerja ni. Hari ni abang dah start kerja. Kalau awak sunyi,awak bolehlah ke rumah jiran sebelah. Borak-borak dengan mereka."

Rayuan isterinya tidak dihiraukan. Si suami lalu ke kereta untuk ke pejabat.

"Kau ada masa lagi sikit lagi dengan suami kau." Suara itu datang lagi. Suara yang tak jelas jantinanya.
Si isteri kaku berdiri di hadapan pintu.

"Hmph! Suami kau akan mati di dalam rumah ini. Jadi,aku minta bersiap sedialah."

Si isteri yang ketakutan tadi telah mengumpulkan keberanian untuk bersuara.

"Kau siapa?! Hah! Aku takkan benarkan kau datang menggangu suami aku! Pergi kau!"

"Takkan kau sudah lupakan aku? Sedangkan kita selalu bersama. Dan ..bukan aku yang akan mengganggu suami kau.. Bukan aku."
Suaranya seperti mengejek.

"Kau dan aku adalah sama." Bezanya kau mempunyai jasad. Dan aku hanya wujud dengan suara."

"Argh! Pergi kau! Pergi!"
Pintu dihempas kuat bagai seseorang yang baru lalu di situ.

Malam itu si isteri menatap wajah suaminya sahaja. Mula dari petang suaminya pulang hinggalah ke saat ini. Pada waktu makan malam.
Wajahnya sugul,pucat dan ketakutan.

"Kenapa sayang pandang abang macam tu? Awak sakit ke?" Risau melihat riak wajah isterinya yang tidak tenang.
Nasinya jugak dikuis-kuis saja.

"Tak ada apa-apa."sambil menggelengkan kepala.

Mendengarkan jawapan isterinya,si suami diam sahaja. Dia ingin memberi masa kepada isterinya. Tidak mahu memaksa.

Tengah malam. Si suami telah lena tidur. Si isteri pula masih terjaga. Perasaan bimbang semakin menebal. Dia takut..dia sungguh takut. Dia takut kalau suara itu menjelmakan diri dengan jasadnya dan mengambil nyawa si suami tercinta. Dia juga takut kalau ramalan itu adalah amaran kepadanya tentang pembunuh psikopat yang mungkin bersembunyi di dalam rumah ini.

"Aku tak akan benarkan ini berlaku. Aku tak akan benarkan mereka membunuh suamiku."

Si isteri ke dapur mengambil pisau pemotong daging dan balik ke kamar semula. Berjalan sambil mendekati suaminya dia mengusap wajah suaminya sambil tangan kanan memegang pisau.

"Aku terlampau sayangkan kau wahau suamiku.." Tangisan mula mengalir.

"Jangan risau ya sayang. Aku tak akan membenarkan mereka membunuhmu."

Wajah suaminya lena dan seperti tidak menjangkakan apa-apa. Wajahnya di usap buat kali terakhir.
Dan pisau di hayunkan tepat ke dada suami. Dihayunkan lagi berkali-kali dan percikan darah mengena setiap ruang.
Mungkin suaminya sudah mati. Tapi suaminya selamat daripada dibunuh oleh suara itu. Mungkin itulah SEHIDUP SEMATI.

Cerpen: Psiko UrbanWhere stories live. Discover now